• 38
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    38
    Shares

Sesudah kita bernikah dengan pasangan, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa sendiri.

Bukan mudah nak mencapai kata sepakat dalam kehidupan berumah tangga, jika tiada persefahaman dan toleransi, masalah lain pula yang akan timbul. Ramai beranggapan duduk bersama mentua banyak negatifnya tetapi berlainan pula dengan perkongsian Muhammad Naim yang mengulas tentang satu posting ini.

Jangan Drastik, Sabor Dulu

Tak kena mesej begitu. Tak detail. Dan ambillah pandangan ulama, bukan pandangan logik akal dgn kes2 negatif yg telah berlaku sebelum ini, menghukumkan ianya akan sama dgn mertua kita. Dok betul pegangan gitu

Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham di antara ipar dan mertua saja. Bukan terus asingkan.

Sebenarnya banyak manfaat drp mudhorat bila dekat dgn mertua. Bukan org lain pun, taraf ibu. Bukan semua mertua mcm cerita “ibu mertuaku”.

Si isteri dpt belajar sedikit sebanyak perangai suaminya dan kegemaran suaminya drp ibu mertuanya. Dan harus diingat, ibu kpd suami masih ditempat utama drp isteri dlm tggungjawab suami, sbg kebajikan anak lelaki. Isteri ditempat kelima dlm turutan tggjawab suami dlm islam.

Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertua
Bapa mertua
Isteri
Anak2

Namun isteri wajib meletakkan suaminya no.1 dlm kewajipan tggjawab dan kebajikannya.

Suami
Anak2
Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertu
Bapa mertua

Bagi mertua yg keseorangan dan uzur, haram bg anak dan menantunya meninggalkannya demi kepentingan sendiri kerana hilang berkat ibu pd anaknya.

Redha Allah terletak pd redha ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya. Jika tiada masalah, tak usah asingkan terus. Jgn sombong menerima teguran atau sindiran mertua kerana dia menegur seperti menegur anaknya, bahkan anak sendiri lg teruk kena tegur, tp tak pernah meninggalkan ibunya. Dia ibu, berhak menegur jika ada salah.

Maka ulama berpendapat, jika teguran atau sindiran yg sengaja membawa perbalahan, maka barulah wajib suami mengasingkan isterinya. Kena teliti satu persatu. Bukan drastik. Tak semua mereka baru berkahwin punyai penuh ilmu rumah tangga. Maka ibu bapalah pendorong ilmu.

Tambahan tertinggal:

Soalan,
Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yg tinggal bersama mertua?

Jawapan,
Dengan teliti ulama menjawab dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal dirumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa maka terlepas nafkah tempat tinggal.

Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan.

Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara wajib diambil kira. Ada tandas yg suku utk isteri antara yg kena jaga. Ada ruang utk isteri membuka auratnya.

Setengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yg dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yg melibatkan kewangan yg besar, mendapat manfaat daripada perkara2 yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yg ditetapkan syarak.

##Ulama menjawab utk kemudahan org awam. Nak ikut silakan xnak tak mengapa. Sbg contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab, tp baginda tidak makan Dhab. Nak makan silakan, xmakan pun tak apa. Sama spt tinggal bersama mertua. Nak duk skali boleh, tp jagalah perkara2 yg sensitif. Nak duk asing pun boleh tak mengapa.

Jawapan untuk kemudahan org ramai.

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: