• 22.3K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    22.3K
    Shares

Zaman sekolah pastinya tak lengkap jika anda tidak melalui cinta monyet ataupun pernah menyimpan perasaan minat pada seseorang. Tak kiralah sama ada perasaan itu diluahkan atau dipendamkan begitu sahaja.

Sudah nama pun cinta monyet, tak semestinya hubungan itu akan kekal lama. Namun tak kurang juga yang setia menunggu dan sanggup mempertahankan perasaan suka sehingga membawa pada hubungan cinta yang bahagia.

Lelaki ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita setia menunggu, apatah lagi setelah dia berjaya menawan gadis yang diminatinya sejak 15 tahun lalu.

Kisah sweet ini dikongsikan oleh pengacara TV, Dayah Bakar di Instagramnya tentang pelajar lelaki yang pernah meminatinya sejak zaman sekolah dan kini menjadi tunangannya. Gambar yang dimuatkan Dayah itu ternyata mendapat perhatian rata-rata netizen yang turut rasa teruja dengan kisah cinta anda dia dan pasangannya, Hanif Hamidi yang baharu sahaja melangsungkan ikatan pertunangan dua hari lalu.

Selepas 15 tahun akhirnya mereka mengikat tali pertunangan. Tulis Dayah di akaun Instagramnya, “Who would have known 💙”

“You said I’m a dream come true, because you’ve started loving me 15 years ago. I said you’re a dream come true, because no man of my dream is anywhere close to you. Thank you Ya Allah,” tulis Dayah di akaun Instagram dalam setiap kapsyen gambar pertunangan mereka. 

Bismillahirrahmanirrahim 💙 Introducing, my @hanif_hamidi, tunang saya. 😊

Bila ada yang berpasangan , bertunang dan berkahwin dengan anggota beruniform tentera ini, pastinya berbagai cabaran dan dugaan diterimanya. Satu perkara yang perlu diketahui, kerjaya mereka ini merupakan kerjaya yang tak tentu masa.

Apa yang dikongsi oleh pengacara Dayah Bakar ini sedikit sebanyak mungkin mampu menaikkan lagi semangat kaum hawa untuk lebih berbakti dan menjadi tunggak belakang buat pasangan kita. Jawapan Dayah ini memang buat ramai kagum!

 

A post shared by Dayah Bakar (@dayahbakar) on

Bila ditanya , adakah Dayah bersedia menempuhi cabaran untuk bersama dengan seorang pegawai tentera ?

Some of my thoughts adalah “Kalau dia seorang hero, saya perlu jadi seorang superwoman” “Dayah, kalau awak nak bersama orang yang hebat sebegini , awak perlu jadi lagi hebat sebab awaklah yang akan mendukung dia nanti”

Much respect to those who selflessly serve for the country , and to all the great women out there who is courageous enough to stand strong beside their very own nation heroes .

Much ❤️,
DB

Menjadi pasangan kepada anggota tentera ini banyak mengajar untuk menjadi lebih kuat, tabah, sabar dan berdikari. Segalanya harus dilakukan sendiri. Yang penting, bagaimana menepis godaan orang di luar sana ketika kita ditinggalkan pasangan kerana bertugas demi negara. Selamat bertunang, Dayah!

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: