Solat adalah tiang agama bagi seorang muslim. Kita sebagai hambanya wajib menunaikan perintahnya. Apa yang anda akan lakukan selepas selesai solat subuh? Tidur balik atau terus terjaga? Sebenarnya adalah elok jika biarkan satu jam berlalu dahulu sebelum sambung tidur.
Kenapa? Apa yang nak buat selepas solat subuh? Jadi, ini yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh. Semoga bermanfaat.
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
Ads
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Ads
Ads
Kredit : ustaz Abu Hurairah Asifa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu makan sahur banyak tetapi kalau isteri tahu masakan yang sihat dan mengenyangkan, pasti akan tahan lapar.
Haa… jangan pandang remeh soal memasak, ini pun salah satu cara ikat suami kita, ya! Buat dia rasa lagi sayang.
Untuk mengekalkan tenaga berpanjangan, mereka yang berpuasa perlu memilih menu yang tepat agar tidak ‘kecundang’ di tengah jalan.
Menurut Hello Doktor, terdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan ketika bersahur:
Salah satu alasan mengapa kopi sebaiknya dielakkan sewaktu sahur adalah kerana sifatnya yang laksatif.
Anda mungkin menyedari kekerapan ke tandas bertambah setelah minum kopi.
Ini disebabkan komponen dalam kopi yang merangsang fungsi usus besar sehingga badan anda kemudian membuang sisa pencernaan lebih cepat.
Selain itu, sifat asid pada kopi juga dapat mengganggu keadaan perut.
Komponen yang disebut ‘chlorogenic acid’ dapat merangsang peningkatan asid perut.
Kopi juga bersifat diuretik; menggalakkan pengeluaran air daripada badan yang meningkatkan risiko dehidrasi sewaktu puasa.
Contoh makanan yang patut anda elakkan sewaktu sahur untuk mengelakkan rasa haus ialah acar, kacang bergaram, kuaci, serta makanan dalam tin.
Jenis makanan tersebut memiliki kadar garam tinggi sehingga dapat merangsang rasa haus.
Anda juga patut mengurangkan jumlah garam dan perasa makanan yang digunakan dalam masakan.
Elak makanan yang mengadungi karbohidrat sederhana. Jika anda mengambil karbohidrat kompleks, tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh.
Dengan itu, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi untuk jam-jam seterusnya sewaktu berpuasa.
Contoh makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks adalah beras perang, barli, gandum dan oat.
Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih muih dan sebagainya.
Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.
Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat merangsang rasa haus berterusan.
Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat merangsang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut.
Bagi sesetengah orang, makanan pedas juga menyebabkan sakit perut.
Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa.
Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza.
Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.
Semoga anda yang baru bergelar isteri, mampu sediakan menu sahur yang berkualiti dan jimat masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rawatan hormon adalah salah satu kaedah perubatan untuk mengurangkan berat badan berlebihan yang dimulakan oleh pakar perubatan genius dari Britain, Dr Simeons.
Ia memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Beliau merawat ramai golongan atasan di Britain, pada sekitar 1954.
Hormon itu dihasilkan secara semula jadi dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil untuk memastikan perkembangan bayi yang sihat.
Ia juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ di mana hormon akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 hingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.
Ia bertindak sebagai ‘kunci’ untuk menggerakkan lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan.
Bagaimana hormon berfungsi untuk rawatan pengurangan berat badan?
Kenapa berat badan naik
Kenaikan berat badan berlebihan berlaku apabila hypothalamus (sebahagian daripada sistem saraf otak ) gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak efektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.
Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stres, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yang mengandungi lemak, gula dan bahan pengawet berlebihan
Kurang lemak berlebihan
Hormon ini akan memberi tanda kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan, lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sukar untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival strategy’.
Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
Rawatan hormon ini berikan bersama-sama dengan diet rendah kalori 500-700 kcal (VLCD). Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan lemak berlebihan digerakkan.
Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 hingga 4,000 kalori sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.
Diet 500 – 700 kalori saja.
Kebaikan program ini adalah ia seperti program detox. Diet terbaik ialah makanan bebas gula, karbohidrat dan pengawet. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program ini.
Melalui proses’ pembersihan’ badan kita dengan pengurangan kalori – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘ketagih makanan, tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri.
Ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangka masa panjang selepas ini.
Adakah berat badan mendadak jika berhenti program ini.
Kebaikan program ini membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya kesan ‘YoYo’ -iaitu kenaikan mendadak selepas berhenti rawatan program.
Adakah lapar selepas jalani program ini.
Walaupun mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda kurang merasa lapar kerana hormon ini akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 hingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan makanan tambahan seperti mineral dan vitamin sebagai nutrisi tambahan.
Berapa berat boleh turun
Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5 kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya adalah antara 6 hingga 8kg dengan penurunan satu hingga dua saiz baju, hanya dalam masa 21 hari.
Rawatan ini boleh disambung terus untuk pusingan ke dua (42 hari) dengan potensi untuk penurunan sehingga 15 kg.
Kajian terbaharu menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada peserta. Penurunan dalam program ini adalah antara 0.3 hingga 0.5 kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor, ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.
Bolehkah program ini berjaya?
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsisten dan kekuatan impian untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Set minda untuk tempoh 21 atau 42 hari.
untuk program membersihkan diri, pembuangan lemak & detoksifikasi.
Info :
Indeks Jisim Badan (BMI) ideal:
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasan aura romantis jelas terpancar pada iringan cenderahati berhias indah dan mewah. Agungnya cinta yang bertakhta di hati terlakar jelas pada setiap pilihan cenderahti yang dipersembahkan kepada si maharani. Sentuhan magis pada setiap cenderahati membuatkan si pujaan hati terasa begitu dihargai.
Tujuan utama wujudnya cenderahati perkahwinan ialah untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada para tetamu yang datang memeriahkan majlis resepsi. Setiap kali hadir ke majlis resepsi perkahwinan tentunya buah tangan daripada mempelai menjadi perhatian tetamu.
Cenderahati berpaksikan tema vintaj misalnya boleh dijadikan pemberian unik untuk dibawa pulang oleh tetamu yang datang memeriahkan majlis hari bahagia pasangan raja sehari.
Bagi pasangan mempelai, cenderahati merupakan perlambangan tanda penghargaan kepada para tetamu kerana kesudian memeriahkan hari bahagia mereka.
Tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan tanpa buah tangan buat para tetamu yang hadir meraikan hari bahagia pasangan mempelai. Pilihan cenderahati tidak tertumpu hanya pada barang hiasan tetapi juga boleh meliputi aksesori perhiasan diri.
Gubahan cenderahati lebih sempurna apabila turut diolah bersama pilihan bunga hiasan daripada fabrik net, sangkar burung dan juga kotak metalik berbentuk heksagon. Injeksi reben dan bunga hiasan mampu menambah keindahan persembahan cenderahati. Tidak perlu terlalu sarat. Cukup sekadar hiasan minimum.
Raikan kunjungan tetamu dengan iringan buah tangan bertemakan konsep moden English di majlis bersejarah. Pilihan warna-warna lembut cukup ‘sejuk’ dan tenang dipandang. Pasti para tetamu berasa gembira dan rasa cukup dihargai tatkala menerima pemberian ole-ole daripada pasangan mempelai.
Pilihan warna bungkusan cenderahati jangan dilupa. Pilihan warna bungkusan haruslah seiring dengan tema majlis. Jika cenderahati dibuat sendiri, pastikan masa diperuntukkan secukupnya untuk menyiapkan semua cenderahati.
Selain manisan dan bunga telur sebagai cenderahati untuk dibawa pulang, cipta kelainan dengan memberikan set manikur kepada para tetamu. Set manikur misalnya merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal kerana ia bukan sekadar cenderahati yang hanya dijadikan perhiasan tetapi boleh digunakan kelak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...