Asam garam rumah tangga, semua orang pernah melakukan silap. Namun, apa yang jadi persoalannya adakah anda selesaikannya atau anda biarkan sahaja? Memperbaiki kesilapan adalah perkara penting dalam kunci rumah tangga bahagia.
Namun begitu, anda harus beriltizam supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali supaya kehidupan perkahwinan anda adalah dalam fasa yang cukup menggembirakan hingga ke hujung nyawa. Di sini kami akan kongsikan antara kunci kebahagiaan rumah tangga.
1. Jangan cuba tukar sikap pasangan
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan pasangan. Sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.
2. Tidak berubah sebab orang lain
Kunci rumah tangga bahagia yang lain adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan. Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.
3. Buang perkataan ‘bercerai’
Ini juga sering terjadi pada pasangan yang masih ‘mentah’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai. Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja. Sebab itu kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.
Ads
4. Berkomunikasi antara satu sama lain
Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami. Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
5. Cuba bertenang
Bila bergaduh, jangan menggunakan perkataan yang tidak sopan dan senonoh. Sebaiknya bercakap secara lembut untuk menyelesaikan masalah.
Ads
6. Ucap maaf jika buat silap
Semua orang melakukan kesilapan, jadi jika anda ada melakukan silap yang telah menguris hatinya. Ucaplah perkataan ‘maaf’. Tidak susah pun hanya perlu memberitahu sahaja.
7. Beri ruang antara satu sama lain
Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri, termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada kalanya anda memerlukan waktu dan masa anda sendiri untuk menenangkan fikiran dan sebagainya.
Ads
8. Beri kepercayaan terhadap pasangan
Kpercayaan merupakan kunci utama untuk rumah tangga bahagia. Oleh itu, jangan menuduh tanpa usul bukti. Sebaiknya tanya terlebih dahulu.
9. Elakkan membebel pada pasangan
Sudah menjadi kebiasaan seorang isteri akan kuat membebel lebih daripada suami. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja. Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.
10. Jangan lupa hubungan intim
Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya. Sedangkan hubungan kelamin itu dapat mengeratan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesan untuk kaum hawa yang belum berkahwin, jika pasangan anda ada 5 ciri-ciri ini.. batalkan saja hasrat anda utk berkahwin dengannya!
1. Tidak tahu agama
Solat 5 waktu pun tak ckup.. apatah lagi nk suruh pergi solat kt masjid. Main futsal pun pakai seluar pendek atas lutut, aurat lelaki pon dia tak tau daripada mana sampai mana. Kalau bulan puasa, perkara yang membatalkan puasa pun dia confius. Apatah lagi nk ambil tahu pasal haid isteri nnti.
2. Tidak bertanggungjawab
Kerja time rajin pergi..time malas tak pergi. Bawak mak ayah keluar pun, nak isi minyak mintak duit mak ayah apatah lagi nk tanggung isteri anak nanti. Duit gaji bulan-bulan habiskan dekat perfumes dan pakaian bukannya nk bagi dekat mak ayah di kampung. Jadi, boleh bayangkn betapa culasnya dia nanti pada nafkah kita?
3. Main belasah je
Apa pun yang dia buat, dia buat sambil lewa. Langsung tak ambil kira pendapat atau prasaan org lain. Adab? Memang fail lah.. tengok je adab dia dengan family dia sendiri mcm mana.. kalau dengan family sndiri pon dia boleh acuh tak acuh, apatah lagi dengan bini nanti.. kot lah bila kwin, bini nak beranak disuruhnya pergi hospital sendiri. Mahu tak nangis??!
4. Pemarah
Tu lah.. kadang-kadang perempuan ni nak cari laki yang tegas tpi selalu tertukar dengan yang pemarah. Dia tak boleh beza tegas dgn pemarah tu macam mana. Of course la pemarah tu sikit-sikit asyik naik angin je. Kita buat ape pun serba tak kena kat mata dia. Muka tu tak usah cakap la, dah macam singa nk telan harimau!
Mak bapak dia pun dia boleh tengking gitu je, apatah lagi bini dia.. mahu nanti naik kaki tangan pulak bila dia mengamuk.
5. Pengotor
Ish.. hari-hari pakai baju sama. Tak basuh ke? Katanya, alah.. tak berpeluh pun sebab tu tak basuh. tak bau pun. Eleh! Dia yg perasan tak bau padahal orang sebelah dia ni dah tutup hidung tak tertahan busuknya. Kalau diri sendiri pun mcm tu, gamaknya bila dah ada anak memang dia tak kan pernah nak mandikan anak lah. Jangan kan kata mandi, bsuh berak, buang pempers anak pun memang tak lah! Kang tak pasal nanti ada yang kata rumah tu mcm lori smpah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beringat sebelum persoalkan kerja rumah tangga, mana yang nampak tak sempurna suami boleh sambung siapkan. Saling memudahkan dan menghargai apa sudah selesai dalam rutin harian.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?
Jangan Persoalkan Kerja Rumah Tangga
Dia kena marah pun dia tetap masak. Dia merajuk pun dia masak. Dia tak sihat pun dia masak. Bergaduh dengan kita pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon kita:
“Abang dah bangun?” “Abang dah sampai tempat kerja?” “Abang dah lunch?”, “Abang dah otw balik kerja?” “Abang dah sampai umah?” “Abang dah makan malam?”
Sampailah dia tanya, “Abang dah tidur?”
Berjauhan pun, dia tanya satu-satu, masih risaukan kita. Jadi pergi lah mana pun, duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugasnya sebagai seorang isteri.
Ambil tahu kebajikan kita, jaga suami. Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri dan kita yang jadi suami ini, ada tak tugas-tugas kita yang kita tak tunaikan terhadapnya? Ada kan? Banyak sebenarnya tuan-tuan.
Balik kerja, ada tak kita tanya,
“Macam mana hari ni, ayang ok?”
Ada tak mesej dia,
“Ayang dah makan? Ayang sihat tak hari ni?”
Usah Cari Kelemahan Isteri
Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa. Kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi lah tak buat langsung.
Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suaminya. Even waktu tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suaminya. Perbetulkan kedudukan tidur suaminya, pastikan suaminya itu selesa.
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan kita pula asyik memikirkan tentang perempuan lain? Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri?
Tak guna betul kita ni tuan-tuan. Hargailah isteri tuan-tuan. Hidupnya selain untuk Allah adalah untuk SUAMINYA.
Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada. Hadiah daripada Allah untuk kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salam buat semua pembaca majalah Pesona Pengantin, sebagai editor baru Majalah bercorak perkahwinan ini, ingin saya rungkaikan beberapa perkongsian mengenai persoalan yang sering diajukan kepada saya iaitu mengenai bagaimana untuk turunkan berat badan.
Menjadi lumrah untuk semua bakal pengantin, mempunyai bentuk badan ideal sebelum menjelang hari bahagia adalah satu impian, tetapi bagaimana? Apa yang harus diamalkan? Di sini saya ingin menulis sedikit pengalaman saya sendiri dalam menurunkan berat badan.
Terus menyokong Majalah Pesona Pengantin dan dapatkan tip berguna dari platform cetak, digital juga program televisyen kami.
Ini adalah di antara soalan yang sering ditanya kepada saya.
Kenapa nak kuruskan badan?
Dahulu saya mempunyai berat sekitar 113kg, kehidupan sebagai pelajar di semester akhir membuatkan saya terfikir untuk merubah. Lagi setahun saya mahu bekerja, tak kan saya perlu bawa sikap dan tabiat lama di alam pekerjaan nanti? Di situ saya mahukan transformasi dalam hidup, saya timbang berat saya di Mid Valley sewaktu berjalan-jalan, terkejut dan tidak sangka saya boleh seberat itu. Mana tidaknya saya boleh habiskan sekotak 24 biji donut Big Apple hanya seorang diri!
Mula berdiet?
Pada mulanya memang sangat susah nak berdiet, tipulah saya katakan saya tak pernah rasa berputus asa. Tetapi bila mengenangkan badan di fitting room sewaktu nak membeli baju, saya kembali bersemangat. Pada bulan pertama apa yang saya lakukan adalah dengan set gol untuk turun sebanyak 2 kg setiap bulan. Jika turun lebih dari itu lagilah saya gembira. Hanya dalam tempoh 4 bulan saya boleh turun hampir 8 kg.
Apa yang saya makan sewaktu berdiet adalah segala benda yang tidak berasaskan‘NASI’. Saya cuba elak mengambil karbohidrat itu selama hampir setahun.
Pagi : Saya ambil roti sebelum ke kuliah
Tengah hari : Saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng
Malam : Saya akan ambil makanan berunsur sup sahaja.
Sebelum tidur : Saya akan minum secawan teh hijau untuk penghadaman lebih lancar.
Motivasikan diri
Mahu kurus, sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi untuk disiplin adalah satu tanggungjawab yang sangat sukar. Jadi anda perlu ada motivasi untuk bawa anda pergi jauh!
1.Cari siapa ikon yang anda suka dan mahu jadi sepertinya.
Saya juga teringin untuk memakai baju size M ketika itu, saya beli dan simpan di dalam almari. Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat, alhamdulillah ia berhasil.
Jangan berdiet seorang diri, cari kawan dan bersaing dengan mereka.
Perlu Senaman
Obsesi ketika itu membuak-buak, sampai saya bersenam pagi dan petang pada mulanya. Tetapi apabila semakin sibuk dengan jadual kerja, saya akan meluangkan masa untuk bersenam setiap petang sekurangnya satu jam berjoging ataupun paling tidak 3 kali dalam seminggu. Jangan malas kerana ia akan menghilangkan momentum anda untuk terus kekal aktif.
Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang berdisiplin, tetapi sangat sukar untuk mengekalkannya. Tambahan bagi mereka yang mempunyai tahap metabolisme seperti saya, mudah gemuk, mudah turun, penjagaan pemakanan sangat dititikberatkan. Diharapkan perkongsian ini boleh memberi sedikit harapan dan ilmu buat pembaca Pesona Pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!