Trending
Pengalaman Melakukan Aktiviti Mencabar Di Sekitar Hong Kong Buat Siti Saleha Jatuh Cinta Dengan Destinasi Ini

Pengalaman Melakukan Aktiviti Mencabar Di Sekitar Hong Kong Buat Siti Saleha Jatuh Cinta Dengan Destinasi Ini

Masa berdua semestinya suatu yang sungguh bermakna buat pasangan khususnya buat mereka yang baru berumahtangga. Kenikmatan berdua bersama teman hidup sambil mengabadikan kenangan di tempat yang indah pastinya memberi kenangan abadi yang tidak mungkin dilupakan.

Baru-baru ini pelakon jelita Siti Saleha berkesempatan ke Hong Kong untuk penggambaran siri realiti TV channel – KIX . Rancangan ini memaparkan empat selebriti bersama tetamu istimewa untuk merasai pengalaman aktiviti outdoor  yang mencabar di Hong Kong.

Rancangan ini disokong bersama oleh Hong Kong Tourism Board dan bakal disiarkan bermula 17 Oktober di KIX , Rabu 8.30 malam.

Semestinya ia memberi pengalaman yang bermakna buat Siti Saleha. Kota Hong Kong merupakan salah satu lokasi pelancongan paling popular di Asia. Antara tempat-tempat di mana anda boleh menikmati keindahan kota ini dari ketinggian ialah seperti dari The Peak dan Sky100 Observation Deck

Pesona Pengantin sempat bertanyakan pengalaman Siti Saleha sendiri semasa berada di sana.

S: Adakah ini kali pertama anda ke Hong Kong? Pernahkah anda ke Hong Kong sebelum menyertai acara ini?

J: Ya, ini kali pertama saya ke Hong Kong berbanding suami yang sudah  tiga kali ke sini.

S: Apa pendapat anda mengenai Hong Kong? Adakah ia lebih sesuai sebagai destinasi romantik/keluarga/membeli-belah atau sesuatu yang mencabar (aktiviti outdoor)?

J: Program ini memang sesuai dengan diri saya. Pihak produksi juga mahukan seseorang yang pandai berkomunikasi. Bonus bagi saya yang tidak pernah ke Hong Kong. Program memang ini tidak  mempunyai skrip langsung dan saya tidak tahu apa pun yang akan berlaku. Sejujurnya produksi tidak mahu memberitahu secara terperinci kerana ia adalah rancangan realiti, Apa yang mereka nak lihat ialah reaksi muka saya.

S: Apakah yang anda lakukan sepanjang berada di Hong Kong?

J: Bagi saya, persepsi ramai tentang Hong Kong ialah ia sangatlah mahal; dari cost of living kepada makanan dan shopping. Ramai yang cakap kepada saya perkara yang sama. Tapi saya bertuah kerana berpeluang untuk explore Hong Kong dari sudut extreme sports mereka dan juga tempat tarikan pengunjung. Saya berpeluang mendaki gunung yang tertinggi di waktu malam dan dapat melihat pemandangan Hong Kong yang sangat cantik. Lutfi ( suami) pula mendaki gunung ‘Lovers Rock’.

S: Pada pendapat anda apakah top 3 tempat di Hong Kong yang paling romantik?

J:   1. Daki gunung ‘Fei Ngo Shan’ di waktu malam.

  1. Lovers Rock (make a wish)
  2. Menaiki cruise mengelingi Hong Kong

S: Apakah pengalaman paling berharga bercuti di Hong Kong?

J: Pengalaman saya di Hong Kong sangat istimewa. Kali pertama menjayakan program realiti, pertama kali bekerja di kaca televisyen bersama suami dan program ini juga mengeratkan lagi hubungan saya dan suami.

S: Sekiranya ini percutian berbulan madu anda, apakah yang pasti akan anda lakukan di Hong Kong ini?

J: Go on a Private Cruise! Sunsets di Hong Kong sangat cantik.

S: Apakah tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di Hong Kong?

J: Banyak tempat bersejarah terutamanya tokong yang ada sekitar. Namun saya tidak mempunyai waktu  untuk melawatinya. Saya amat meminati tempat-tempat bersejarah. Kalau saya ada peluang untuk pergi sekali lagi, pasti saya akan ke sana.

S: Apakah pendapat anda tentang penginapan di Hong Kong?

J: Harbour City merupakan penaja bagi penginapan kami di Hong Kong. Bilik kami pula berdepan dengan the Harbour. Pemandangannya sungguh mengagumkan.

S: Berapa bintang anda berikan kepada Hong Kong sebagai destinasi percutian dengan mengambil kira faktor kebersihan, keselamatan, kemudahan dan keseronokan?

J: Saya bagi sembilan bintang. Tempat penginapan kami di Kowloon menjanjikan kebersihan, keselamatan, keseronokan dan pengangkutan awam juga sangat mudah.

Pendek kata kunjungan ke Hong Kong penuh bermakna buat saya dan suami.

Senarai Tetamu Antara Perkara Terpenting Dalam Keseluruhan Proses Perkahwinan

Senarai Tetamu Antara Perkara Terpenting Dalam Keseluruhan Proses Perkahwinan

Berapa agaknya tetamu yang patut diundang untuk kenduri kahwin? Pengalaman peribadi membuktikan ini bukan kerja mudah. Malah senarai tetamu adalah antara item terpenting dalam keseluruhan proses perkahwinan.

Ada mempelai, ada pelamin. Ada nasi putih, ada nasi minyak. Ada kurma, ada ayam masak merah. Ada acar buah, ada sirap bandung. Ada bunga manggar, ada kompang. Ada pulut pahar, ada telur pengantin.

Bayangkan jika semua sudah disediakan, tetapi tetamu tidak ada. Majlis warna-warni – dengan muzik dan nyanyian artis tersohor pun – pasti menjadi muram durja jika tiada tetamu bertandang.

Tanpa para undangan, nasi minyak akan dingin tidak berjamah. Ayam golek, kurma, acar buah, semua terbiar di penanggah. Pelamin dan bunga manggar pun sayu tidak diperhatikan. Hatta, telur pengantin pun terkoteng-koteng tidak disentuh.

Demikianlah pentingnya tetamu dalam mana-mana kenduri atau resepsi perkahwinan. Sebenarnya kehebatan dan kesempurnaan majlis bukan terletak pada juadah dan perhiasan, tetapi pada ramai dan meriah sambutan tetamu.

Sebab itu bukan mudah merancang siapa yang patut diundang. Kerja ini perlu dilakukan jauh lebih awal dari perkara-perkara lain. Kalau sudah ditentukan jumlah tetamu, baru boleh dibajetkan berapa gantang nasi, berapa kilo kurma daging, berapa butir telur pengantin.

Jadi, berapa kad undangan perlu dicetak? Berapa kepala patut dijemput? 500? 1,000? 1,500? Ini kena congak betul-betul. Dan biasa terjadi, betapa pun kita telah dan semak berulang kali, pasti akan ada seorang dua yang tercicir dari senarai undangan. Almaklumlah kita selalu lupa.

Apabila teringat namanya, kad undangan sudah habis diposkan. Nasib baik zaman sekarang undangan boleh diedarkan menerusi media sosial. Boleh guna WhatsApps, Facebook, Twitter, SMS, dan lain-lain. Secara peribadi, saya lebih suka menerima undangan menerusi pos.

Adat orang kita apabila berkahwin, mana boleh jemput setakat orang sebelah rumah dan keluarga rapat. Paling tidak pun kad kahwin kena edar sekampung. Saudara mara, termasuk yang bau-bau bacang pun kena jemput juga. Pendek kata, selagi ada bau, wajib dipanggil.

Kawan sepejabat terutamanya bos, patut diberitahu. Datang atau tidak belakang kira, tetapi kad mesti dihulur, kalau tidak nanti ada yang berasa hati. Perangai orang kita, kalau tidak diundang akan menjadi bahan sindiran. Kalau diundang tidak pula datang.

Selain teman pejabat, cikgu dan pensyarah pun masuk dalam senarai undangan, termasuk guru yang paling garang. Teman-teman sekolah pun kena panggil, demikian juga alumni kolej atau universiti.

Itu tidak termasuk bekas kekasih, rakan kuliah agama, penjual ikan, India surat khabar, hatta pengawal keselamatan kawasan perumahan. Wajib juga dipanggil ialah rakan dan taulan yang pernah mengundang kita ketika mereka kahwin dahulu. Kalau tidak dijemput, dikatakan tidak tahu membalas budi pula.

Tolak, campur, tolak lagi, campur lagi, maka untuk majlis kahwin biasa-biasa yang dibuat di bawah khemah depan rumah pun, paling koman kena juga undang 500. Kalau semua datang berdua, ertinya 1,000 orang. Kalau ada yang bawa anak, bawa pembantu rumah, bertambahlah lagi bilangan kepala. Lagipun dalam kad undangan biasanya dijemput “tuan/puan seisi keluarga.” Belum pernah saya terlihat dalam kad undangan dinyatakan dengan jelas “kita jemput laki-bini sahaja, anak-pinak, cucu-cicit, pembantu rumah tak boleh bawa, harap maklum!”

Maka jika yang dijemput dan hadir hanya 500 orang, itu bererti purata 500 pinggan nasi, 500 ketul lauk, 500 gelas sirap bandung, 500 pisang pencuci mulut, dan 500 telur pengantin sebagai buah tangan. Al maklumlah, perkahwinan kita tidak sah jika tiada telur pengantin.

Pendek kata, bilangan undangan ada kaitan rapat dengan kos majlis. Itu baru kos makanan. Tetapi seperti yang semua sedia maklum, perkahwinan bukan setakat makanan.

Ada penanggah, ada kanopi, meja, kerusi, itu semua kena duit. Wajib juga ada pelamin, ada pulut pahar, itu pun kena fulus. Tidak kira status mempelai, pelamin mesti ada. Mana boleh pengantin baharu hanya bersanding di atas tangga!

Kemudian ada pasukan kompang, ada tukang selawat dan tukang baca doa. Kalau di kampung, ada acara silat menyambut pengantin. Menjadi kemestian juga ada muzik, ada karaoke, dan ada juruhebah sambilan sebagai penyeri majlis. Semua itu sekarang kena duit, tidak ada yang percuma lagi.

Paling tidak pun alasan pasukan kompang: “Kenalah hulur sikit, boleh juga kita orang beli koyok sebab tangan lenguh pukul kompang…” Si juruhebah sambilan pun menuntut upah juga sebab “nak beli ubat batuk, suara serak ketika mengendalikan majlis.”

Pendek kata, majlis sederhana di kampung dengan tetamu sekitar 500 kepala pun, paling tidak kena keluar belanja sekitar RM10,000. Itu masak sendiri secara gotong-royong.

Pernah saya dan isteri diundang ke resepsi perkahwinan anak seorang VVIP di sebuah hotel terkemuka. Saya difahamkan kos per kepala RM200, dan ada lebih 1,000 tetamu.

Perihal kahwin di hotel, jamuan sudahlah RM ratus-ratus ribu, belanja lain pun kena fulus besar juga. Sebab buat di hotel serba-serbi kena yang berkelas-kelas. Pengendali majlis tidak boleh koman, paling tidak pun yang pernah menjadi pengacara di stesen TV.

Tukang selawat dan baca doa pun tidak boleh pakai imam surau, paling tidak pun calon ‘Imam Muda’ atau ‘PU’. Hatta penyanyi undangan pun mesti artis tersohor, atau paling tidak pun mana-mana finalis ‘Gegar Veganza’. Barulah putih…

Pendek kata kahwin memang semakin mahal sekarang. Baik pihak lelaki mahupun pihak perempuan kena betul-betul mengatur bajet, supaya semua berjalan sempurna, dan yang lebih penting tidak kantoi selepas kahwin. Ada yang persiapan melampaui kemampuan, akibatnya lepas kahwin dikejar ahlong.

Anak teruna masa kini menangguhkan perkahwinan, juga atas sebab fulus. Walaupun sudah berjumpa si jantung hati, sudah bersumpah setia sehidup semati, hasrat terhalang sebab orang tua gadis meletakkan hantaran di luar kemampuan. Bajet hanya RM5,000, bakal mertua mendesak RM10,000. Kantoi!

Jadi, berapa tanda harga yang patut diletakkan di batang tubuh anak gadis kita? Kalau tanya pihak lelaki pasti mereka mahu wang hantaran serendah mungkin. Alasannya, anak teruna baharu lepas universiti, baharu dapat kerja, gaji tidak seberapa. Tetapi, kena ingat anak gadis pun baharu dapat kerja, belum sempat kumpul duit. Pihak perempuan memerlukan belanja yang lebih besar sebab adat perkahwinan kita, persiapan sebelah perempuan biasanya lebih menjadi tumpuan. Tetapi, bagi pihak perempuan pula janganlah meletakkan harga terlalu tinggi.

Sebab selain harga hantaran dalam bentuk tunai, anak teruna perlu juga menyediakan hantaran-hantaran lain seperti kasut, beg tangan, kain persalinan, cincin kahwin, sirih junjung, coklat, buah-buahan dan sebagainya. Barang-barang ini pun anak teruna kena keluar paling tidak tiga empat ribu RM.

Perkahwinan – tidak kira yang pertama, kedua, ketiga, hatta keempat! – adalah benda baik. Mudahkan, jangan susahkan!

Oleh:  ABD JALIL ALI

[email protected]

Jarak Usia Bukan Penghalang Untuk Bercinta Buat Adam Lee Asalkan Ada Kematangan Diri

Jarak Usia Bukan Penghalang Untuk Bercinta Buat Adam Lee Asalkan Ada Kematangan Diri

Adam Lee pelakon yang mula meningkat naik  dan aura lakonannya meninggalkan kesan di hati peminat menerusi  drama Sejuta Rasa Buat Adelia dan Pengantin Musim Salju. Adam akui mahu secara serius dalam bidang lakonan dan kini sibuk dengan penggambaran Adam Chempaka. Berbual dengan anak muda ini sempat bertanya tentang jodoh dan wanita pilihannya. Ini luahan jujur Adam buat pembaca Pesona Pengantin.

Definisi jodoh

Jodoh adalah satu pertemuan yang Allah S.W.T  tentunya antara lelaki dan wanita.

Anda telah menemui jodoh?

Saya telah menemui jodoh tetapi kecewa apabila putus cinta.  Cinta yang terbina tiga tahun lerai mungkin faktor tidak sefahaman dan  sibuk bekerja. Menemui cinta baru ini ketika Adam patah balik kepada kehidupan lama, bekerja di gym. Dia mengenali Adam bukan semasa Adam berlakon tetapi semasa di gym.

Ada meletak sasaran umur untuk berkahwin?

Bagi Adam, untuk serius dalam perhubungan bukan dalam masa yang terdekat. Tetapi tidak berani menidakkan jika sampai jodoh. Adam just ikut plan, tetapi jika Allah dah tentukan jodoh dalam masa yang terdekat , Adam ikut.

Ciri-ciri wanita idaman

Apa yang Adam mahu calon wanita itu boleh mendengar cakap ibu bapa , taat dan ada rasa hormat. Adam juga akan hormat ibubapanya. Kalau dia tidak boleh hormat ibu bapa Adam bermakna tidak boleh menerimanya walaupun dirinya cantik macam bidadari. Bila nak kenal seseorang, ibubapa jangan diketepikan. Tanpa ibubapa siapalah kita.

Jika jodoh lebih tua atau muda

Bagi Adam tidak menjadi masalah, sebelum ini juga saya bercinta dengan jarak umur lima tahun. Sebab setengah orang berpendapat, umur lebih dari kita menjadikan diri lebih matang. Sebenarnya tidak. Bila ada girlfriend lagi matang, lama berkawan maka terkeluarlah perangai masing-masing.

Adam tidak prefer yang lebih muda, pendek kata sesiapa pun Adam temui selepas ini memberi peluang belajar perkara baru dan hadapi dengan tenang.

Nak majlis kahwin yang bagaimana?

Saya seorang yang simple. Tak payah nak grand sangat. Lepas tu menanggung hutang… sakit . Buat yang Islam suruh sahaja.

Erti bahagia

Bahagia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit  kerana kebahagiaan ini lahir dari hati.Adam bahagia dengan keluarga. Walaupun tidak dilimpahi kereta mewah dan sebagainya.

Andai ada yang mahu menaja perkahwinan anda.

Alhamdulillah, jika menolak seoalah kita  mengecewakan pihak terbabit.

Sisi berbeza Adam

1)Adam tidak minat KPop namun willing to study. Sekarang pun Adam bakal terlibat dengan penggambaran Adam Cempaka. Dengan watak KPpop ini terpaksa study karakter itu dulu.

2) Adam suka menghabiskan masa dekat gym.

3) Kalau tentang makan, Adam suka yang simple. Suka makanan yang dimasak oleh ibu bapa saya.

4) Adam suka warna hitam.

Lokasi bulan madu

Adam teringin nak  ke luar negara seperti Amsterdam.

Perkembangan terkini

Bermula dengan dunia lakonan sejak usia 19 tahun. I love my job akui Adam. Baru selesai penggambaran Sejura Rasa Buat Adelia di Astro Ria. Dan akan masuk set penggambaran Adam Chempaka. Adam memegang watak sebagai Adam dengan Sweet Qismina untuk slot Lestari di TV3. Adam banyak dapat watak Oppa yang beri cabaran buat diri sebenarnya.

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

Cinta zaman sekolah atau cinta monyet kebanyakkannya tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin kerana masing-masing tidak matang di kala itu. Setakat suka-suka dan tidak memahami makna sebenar hati dan perasaan pasangan. Ramai juga yang terjerat dengan cinta zaman sekolah ini. Macam-macam ragam percintaan bagi mereka yang melalui fasa tersebut,contohnya bercinta secara sorok-sorok maklumlah masih di bangku sekolah.

Namun tidak kurang juga berterusan cinta hingga membina istana bahagia. Pokok pangkalnya terletak pada kesabaran dan hati sejauh mana mereka bersabar menempuhi cabaran dan dugaan percintaan yang dibina.

Bagi pasangan Muhammad Faiz Bin Sabri, 26 dan Nur Farhana Murfiqah Binti Mustaffa, 24 perkenalan selama 10 tahun dengan suami memberi makna buat mereka berdua. Bagai tidak disangka hubungan yang dibina bertahun-tahun itu kekal utuh sehinggalah sah menjadi suami isteri. Akui mereka sungguh terharu dengan pengalaman yang dilalui.

 Bilakah mula perkenalan anda berdua?

Perkenalan kami berdua bermula dari bangku sekolah ketika tahun 2007. Ketika itu saya seorang pengawas sekolah,  saya mengawasi kawasan bilik guru bersama  supaya tiada pelajar yang merayau di waktu tengah hari. Ketika itu saya bertemu Faiz. Dia lalu dan menegur saya dengan berkata “eh ada cikgu minta nombor awak” sedangkan  dia yg minta.

Sejak dari itu kami mula berkawan dan berkenalan. Sehingga keluar dari sekolah kami masih menghubungi antara satu sama lain hingga ke peringkat universiti. Kami mengikat pertunangan sebelum Faiz menamatkan pelajaran di peringkat master pada ketika itu.  Setelah tamat pelajaran kami melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2017. Alhamdulillah kini genap setahun lima bulan kami berkahwin.

Apa yang membuat anda jatuh hati dengan pasangan?

Suami seorang yg kelakar itu yang membuat saya tertarik hati dengannya.

Apa perkara manis yang pasangan lakukan dan masih tersemat di minda?  
Banyak sebenarnya,  antara perkara yang Faiz lakukan ialah dia buat kejutan di hari lahir saya. Zaman belajar di UiTM,  Pulau Pinang dulu, tiap kali balik selepas kelas, Faiz akan datang dari Shah Alam dan menghantar saya pulang ke rumah. Boleh dikatakan kerap kali pulang ke rumah akan dijemput oleh Faiz.

Apa istimewanya Faiz di mata Nana?

Akui Nana, Faiz seorang yang bertanggungjawab , suka buat dirinya gembira , berhati mulia, sweet, kelakar dan kacak.

Bagaimana Faiz memujuk bila Nana merajuk?

Biasanya kalau Nana merajuk, suami akan buat lawak hingga tergelak dan Nana tidak merajuk lagi.

Apa perkara sweet yang Faiz lakukan?

Perkara sweet yang suami lakukan selepas kahwin ialah suka bawa Nana  melancong. Kadang-kadang suami akan masakkan untuk Nana bila penat . Malah ada masanya suami cakap hari ini tak payah  masak kita makan luar. Dia sangat memahami diri Nana.

Apa yang meyakinkan Nana memilih Faiz sebagai suami?

10 tahun perkenalan membuatkan Nana sudah tahu hati budi Faiz dan tambah meyakinkan untuk bersama sebagai pasangan yang sah. Nana yakin Faiz dapat membahagia dan menggembirakan Nana setiap masa dan sampai bila bila.

Genap 11 bulan berkahwin kami dikurniakan cahaya mata yang pertama dan insyaAllah sedang menunggu ketibaan ahli baru dalam keluarga dalam masa yang terdekat. Itulah penantian yang paling ditunggu-tunggu oleh kami berdua dan momen paling indah dalam hidup. Sesungguhnya cahaya mata ini menjadi pengikat cinta dan kasih sayang kami berdua. Tidak sabar menanti menunggu kehadiran orang baru dalam hidup kami.

Pada pandangan Nana apa yang membuatkan cinta ini bertahan lama?

Pada pandangan saya yang membuatkan cinta kami bertahan lama adalah yang paling penting sifat kesetiaan, kejujuran, toleransi dan percaya antara satu sama lain. Itulah rahsia kebahagiaan hidup kami sampai sekarang dan selamanya InsyaAllah Amin.

Syafie Naswip Mengharapkan Hubungan Cintanya Sentiasa Mekar Dan Berakhir Ke Gerbang Bahagia

Syafie Naswip Mengharapkan Hubungan Cintanya Sentiasa Mekar Dan Berakhir Ke Gerbang Bahagia

Hubungan Syafie Naswip dan Aishah Azman bukan menjadi rahsia lagi. Baru-baru ini keduanya kelihatan dalam suasana  romantis di sebuah restoran mewah seakan-akan sudah terbau nasi minyak. Syafie akui kini bahagia dengan cinta hatinya dan berharap  hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin. Syafie berkongsi rasa tentang soal jodoh dan istimewa si dia dihatinya.

Erti perkahwinan

Penyatuan dua jiwa, saling bertolak ansur. Keduanya ada peranan masing-masing. Bila sudah berkahwin kita sering memahami pasangan dan saling memperbaiki kesalahan masing-masing dengan cara yang baik.

Sudah berpunya?

Sudah…berkawan sudah setahun di kalangan artis juga.

Sasaran untuk mengakhiri zaman bujang?

Dalam masa empat tahun lagi. Dia empat tahun muda dari saya. Saya ambil masa untuk ke arah itu kerana mahu mengukuhkan karier terlebih dahulu memandangkan saya masih baru dan banyak benda saya nak capai dahulu. Paling lambat saya sasarkan usia 30 tahun.Andai kata dua tahun lagi jodoh sampai, saya terima dengan hati yang terbuka.

Cabaran pasangan di kalangan artis.

Dalam tempoh berkenalan kami sudahpun berbincang tentang hal tersebut. Lebih baik dia tahu segalanya. Ada sesetengah orang bila sedang bercinta dia tidak beritahu diri dia sebenar. Buruk dan baik kita tunjuk di peringkat awal. Kalau si dia tidak suka, just let go. Kami sering berkomunikasi. Saya sendiri tidak tahu bagaimana situasi selepas berkahwin. Tetapi kita kena terangkan perkara ini lebih awal. Apa yang kita kurang dan apa yang  lebih.

Wang hantaran terlalu tinggi, apa komen ?

Sebenarnya bergantung pada individu itu. Sebagai seorang lelaki dan saya bukan datang dari latar belakang keluarga yang senang, kalau boleh kita nak kahwin sekali sahaja. Kita tidak perlu berlebihan sangat pun. Tetapi hari perkahwinan kita itu, biar ia menjadi turning point maksudnya kita akan mengingati hari tersebut. Hari paling bermakna dalam hidup kita. Jika kemestia kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk ke arah itu. Perkara ini tidak boleh seorang yang memikirkan ia kena berdua dengan pasangan.

Perkahwinan impian anda

Saya memilih untuk majlis yang simple dan  warna pilihan ialah warna putih, Baby blue dan warna pastel.

Apa special ‘dia’ di hati anda?

Saya seorang yang selektif. Saya cakap dengan emak, seandainya saya tiada pasangan, maka tiadalah. Dengan dia ni apa yang saya suka cara dia melayan ibu bapanya dan dia layan ibu bapa saya , penyayang manja, suka bercakap tentang masa depan. Kami sering buat perkara yang orang lain tidak buat. Contohnya kita lepak dekat taman dan masak masakan kegemaran, lagi sweet. Kami buat perkara yang kurang kos tetapi ia akan dikenang buat selamanya.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: