
Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga melalui orang perantaraan yang biasanya diadakan di dalam sebuah majlis meminang. Pihak-pihak wajib yang terlibat adalah lelaki yang ingin berkahwin, perempuan yang ingin dikahwininya, bapa atau wali perempuan tersebut.
Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia keluarga pihak lelaki tersebut juga turut melibatkan diri. Tempoh pertunangan bergantung kepada keupayaan kedua pasangan tersebut. Walaubagaimanapun tempoh yang lama adalah tidak digalakkan. Namun, semestinya seorang wanita inginkan kelihatan menawan pada langkah pertama mereka ini untuk menambat hati semua dengan pakaianya. Jom kita lihat antara baju tunang yang tengah Hot sekarang ini.









Inspirasi ‘Glitter’ Dalam Gaya Ratu Sehari, Barulah Nampak Menyerlah Di Pentas Pelamin

Pastinya aura glitter di dalam penataan gaya bakal menyerlahkan lagi penampilan ratu sehari dihari bahagia. Biasan kilauannya menghasilkan sinaran yang cukup elegan dan eksklusif.
Selain tampak lebih glam, aura glitter mampu memberi keserian yang tiada tara. Ini tentunya menjadikan keseluruhan majlis tampak lebih menyerlah dan mengagumkan.
Jom cedok ilham dan inspirasi dengan memberikan nada elegan dalam penampilan anda di hari bahagia.

1. Rantai Dan Subang Van Cleef & Arpels
Kerdipan cinta yang terhasil dari biasan mewah rantai dan subang jenama mewah ini pasti memberi gaya elegan buat anda. Perhiasan bertatahkan berlian ini menyuntik statement ‘classy’ dalam gaya anda dengan rekaan yang lebih moden dan minimalis.

2. Sepatu Christian Louboutin
Ringkas namun cukup relevan untuk digayakan untuk majlis resepsi. Rekaan yang memperlihatkan bentuk kaki anda ini disaluti dengan glitter yang memancarkan nada sensual buat si pemakai. Sesuai digayakan untuk majlis resepsi.

3. Pewangi Jimmy Choo
Segarkan diri anda dengan pewangi dari jenama Jimmy Choo. Haruman memikat jiwa ini bakal membuatkan si dia tertawan dan bertambah sayang. Pewangi ini juga sesuai dijadikan hadiah dan dihias indah di atas dulang hantaran.

4. Tas Tangan Alexander Mc Queen
Rekaan ringkas tas tangan ini sesuai dijadikan hantaran untuk si dara. Dihias indah bersama kuntuman bunga segar berona pastel, tentunya dulang hantaran yang digubah tambah elegan dan eksklusif.

5. Busana Stephane Rolland
Percikan glitter pada busana ini menyerlahkan lagi aura ratu sehari. Dipadankan dengan fabrik polos, busana ini tampak seimbang dan memberi nafas mewah buat si pemakai. Hanya padankan bersama tiara dan layah ringkas, tentunya gaya ratu sehari anda bagaikan bidadari yang turun dari kayangan.
Jangan ‘Mengata’ Bila Pengantin Lelaki Pakai Cermin Mata Hitam Ketika Bersanding, Bukan Perbuatan Suka-Suka

Memakai cermin mata hitam ketika bersanding bukan perbuatan suka-suka. Cuma biasalah, dalam norma masyarakat kita, memakai cermin mata hitam atau sunglasses selalu menyebabkan mempelai dilabel sebagai ‘poyo’. Kenapa?
Tahukah anda dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari University of London, memakai cermin mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri.
Cermin mata hitam membuatkan seseorang itu berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat.

Ini adalah logik buat seorang mempelai. Bersanding di hadapan orang ramai. Diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa. Apabila memakai cermin mata hitam, aksesori ini selain memberi gaya, ia membuatkan pengantin lebih tenang dan selesa berada di singgahsana.
Ada orang yang memerlukannya. So don’t judge!
Checklist jawapan lain kalau ada kawan-kawan tanya kenapa pakai cermin mata hitam ketika bersanding:
1. Selain unik dan kreatif berkaca mata hitam, kau hanya nak be yourself. Ok apa! Memanglah tetamu tak nampak mata, tapi senyuman lebar sampai telinga tu confirm diorang tau kau tengah bahagia.
2. Mata sensitif, taknak rosakkan gambar. Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Matahari terlampau terik, jenuh mata terkelip-kelip. Apabila mata lari fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?

3. Cermin mata ada daya penarik peribadi seseorang individu. Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina.
4. Sebab ada kat hantaran masa bertunang, jadi gunakanlah. Buat apa simpan. Ini pun satu alasan brilliant.
Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.
Kredit foto (top image): Freepik
8 Busana Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Menjadi Impian Semua Wanita

Setiap tahun pasti kita akan melihat ada di antara selebriti malaysia kita yang akan naik pelamin. Iyelah perkara yang baik kenapa di lengahkan. Pastinya bila menyebut mengenai selebriti mesti ramai yang teruja kerana kebiasaannya perkahwinan selebriti ini semua mewah.
Bagi perempuan, anda mesti akan melihat gaun selebriti tersebut bukan? kerana mungkin anda boleh mengambil inspirasi atau ilham untuk di pakai pada majlis perkahwinan anda. Kami sediakan antara gaun selebriti yang menjadi perhatian ramai.
Elfira Loy
Wow, busana ini memang membuatkan El kelihatan seperti seorang puteri dan pakaian songket tradisional memang bersesuaian dengannya.
Izara Aishah
Menawan, tona pemilihan warna membuatkan izara tampak begitu mewah dan elegan.
Fazura
‘Princess’ itu lah yang kelihatan pada fazura dan busana purple cair membuatkan fazura nampak begitu ayu sekali.
Anzalna Nasir
Ala-ala ‘Barbie doll’ gaun anzalna ini, memang cantik.
Elvina Mohamad
Veil panjang menaikkan lagi keseriaan elvina apabila memakainya nampak begitu mewah.
Mawar Rashid
Gaun pengantin lain daripada yang lain kerana designnya, nampak rare dan mawar kelihatan sungguh manis.
Yuna
Artis popular ini mengambil langkah simple but pretty. Biar pun gaun yuna tidak seperti selebriti yang lain namun, corak gaunnya semestinya menarik perhatian ramai pihak.