Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan. Ada juga yang yang sudah bertahun mengenali antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya. Dala erti kata lain Allah SWT telah mentakdirkan jodoh yang ideal bagi kita. Berikut 10 tanda yang dia bukan jodoh kita dalam Islam.
1. Tidak perkenalkan anda dengan keluarga dan sahabat
Salah satu hal yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat apabila dia tidak mengenalkan anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia mahu menyembunyikan hubungan tersebut dari ketahui orang. Biasanya seorang yang serius tidak akan malu untuk memperkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti ia tidak akan berani bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.
2. Meletak syarat yang mustahil untuk anda penuhi
Cinta adalah berusaha menerima segala kekurangan dan mengabaikan segala keburukan. Dalam hal ini cinta sebagai pasangan ialah yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Apalagi jika ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius tentu setiap pasangan tidak akan mengenakan syarat yang sukar dipenuhi oleh pasangannya. Jika sidia berbuat demikian bermakna, dia bukanlah jodoh yang tepat.
3. Kurang komunikasi
Komunikasi merupakan perkara penting dalam sebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan jadi semakin hambar. Banyak yang mengatakan jika seseorang berjodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya. Sebaliknya jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.
Ads
4. Tiada Rasa Percaya
Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan. Karena jika ia adalah jodoh yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya akan saling percaya meskipun terpisah oleh jarak yang jauh.
5. Tidak Ada Komitmen Untuk Masa Depan
Hubungan yang baik akan selalu dilandasi oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk bisa melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius . Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Nah, bagaimana yang komitmennya saja sudah tidak ada. Apakah layak disebut jodoh.
6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga
Ads
Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapapun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.
7. Tidak Ada Sikap Terbuka dan Banyak Rahsia yang Disembunyikan
Setiap orang pasti memiliki rahsia dalam kehidupannya. Namun, bagi mereka yang berjodoh pasti akan saling terbuka terhadap rahsia masing-masing yang dimiliki. Apalagi jika hubungan telah mengarah ke perkahwinan. Daripada mendengarnya dari orang lain, lebih baik mendengarnya sendiri dari anda. Namun, jika pasangan anda terlalu berahsia, maka hal ini boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda.
8. Tidak Boleh Menerima Masa Lalu Anda
Ads
Setiap orang memiliki masa lalu yang menjadi sebahagian dari kehidupan. Namun, tahukah anda bahawa jodoh anda adalah dia yang boleh menerima segala kekurangan dan masa lalu anda seburuk apapun. Karena jodoh adalah mereka yang akan membimbing anda ke jalan yang lebih baik.
9. Kasar dan terlalu mengawal
Setiap manusia lahir dengan karakter dan tabiatnya masing-masing. Ada yang lembut, kasar dan terlalu mengawal. Dalam sebuah hubungan jika pasangan mulai menunjukkan sikap kasar dan terlalu mengawal maka ini boleh menjadi tanda dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda.
10. Selalu Membohongi Anda
Kebohongan adalah salah satu cara untuk menutupi kesalahan. Biasanya mereka yang biasa berbohong akan sukar dibezakan dengan mereka yang jujur. Dalam hubungan, satu kebohongan merupakan tanda bahawa hubungan yang dijalin bukan merupakan hubungan yang sihat. Bagaimana anda boleh meneruskan hubungan yang serius jika dia selalu membohongi anda. Maka sudah pasti tidak layak disebut sebagai jodoh.
Sumber: https://dalamislam.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pasti akan mendambakan lelaki yang soleh untuk dijadikan teman hidup mereka. Mereka mengimpikanseorang lelaki yang bagus akhlaknya terhadap Allah SWT dan taat perintah-Nya. Selain itu, tutur kata yang sopan dan sedap mata memandang juga merupakan ciri-ciri yang dicari oleh wanita. Namun adakah setiap kriteria yang diinginkan itu mudah untuk diperoleh?
Malah tidak dinafikan juga ada sesetengah wanita tidak meletakkan ciri-ciri seperti yang di atas dalam mencari pasangan hidup. Mereka merasakan memiliki insan seperti itu terlalu sempurna untuk mereka. Lebih baik cari yang biasa-biasa sahaja.
Namun bagaimanakah ciri-ciri lelaki soleh yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki soleh yang ‘jangan’ ditolak sekiranya dia datang melamar anda:
1. Hubungan baik dengan Allah
Ciri pertama yang perlu ada pada seorang lelaki adalah memiliki hubungan yang baik dengan Allah SWT. Hal ini dapat dilihat dari segi amal ibadahnya kepada Allah seperti solat 5 waktu dan melakukan amalan-amalan sunnah. Mereka yang memiliki peribadi seperti ini sentiasa ingin dekat dengan Allah dan akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Sebagai contoh mereka akan menundukkan pandangannya pada wanita dan menjaga pergaulannya dengan wanita.
2. Hubungan baik dengan ibu bapa
Ciri kedua yang dimiliki oleh lelaki soleh adalah memiliki hubungan yang baik dengan kedua-dua orang tua terutama dengan ibunya. Mereka yang menjaga hubungan baik dengan ibunya dan selalu taat akan perintah ibu nescaya akan melakukan perkara yang sama terhadap isterinya kelak. Allah SWT berfirman:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa
(An-Nisa 4:36)
عَنْ اَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قال جَاءَ رَجُلٌ الى رسولِ الله صلى الله عليه وسلم فقال يَا رسولَ الله مَنْ اَحَقًّ النّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قال: اُمُّك قال: ثُمَّ مَنْ؟ قال: ثُمَّ اُمُّك قال: ثم من؟ قال :ثم امُّك قال: ثم من؟ قال : ثم اَبُوْكَ
(اخرجه البخاري)
Ertinya: dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: “Suatu saat ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang berhak aku pergauli dengan baik?” Rasulullah menjawab : “ Ibumu!”, lalu siapa? Rasulullah menjawab: “ Ibumu!”, lalu siapa? Rasulullah menjawab: “Ibumu!”. Sekali lagi orang itu bertanya: kemudian siapa? Rasulullah menjawab: “ Bapamu!”
(H.R.Bukhari)
Hadis di atas menjelaskan bahawa seorang anak yang soleh adalah anak yang sentiasa menjaga hubungan dengan kedua-dua orang tua terutama insan yang melahirkannya.
3. Prihatin terhadap kanak-kanak
Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat keprihatinan dan ambil peduli terhadap anak-anak kecil. Apabila ternampak sahaja anak-anak kecil, secara semulajadi si dia akan menunjukkan keprihatinannya. Perasaan ini akan muncul tanpa disengajakan tetapi memang sudah sedia ada dalam dirinya. Hal ini sangat penting kerana mencari suami adalah sama seperti mencari calon ayah bagi anak-anak anda kelak.
Maka pastikanlah lelaki itu mempunyai sifat suka akan budak-budak. Baginda Rasulullah SAW juga sangat mencintai anak kecil. Ketika pulangnya dari peperangan apabila terserempak dengan anak kecil baginda turun dari untanya dan memberikan senyuman kepada anak kecil tersebut. Perkara ini menunjukkan baginda juga sangat prihatin terhadap kanak-kanak.
4. Hubungan baik dengan sosial dan masyarakat
Berumah tangga adalah proses yang lengkap iaitu dengan mempertemukan dua insan yang berbeza dari keluarga yang berbeza untuk kehidupan yang baru. Kehidupan berumah tangga sudah menjadi seperti satu kewajipan oleh setiap orang. Maka kemampuan dalam menjalin hubungan kemasyarakatan adalah sangat penting yang harus dimiliki oleh suami.
Suami juga adalah ketua keluarga dan dialah yang harus membimbing isteri dan anak-anaknya kearah kemasyarakatan. Contoh baik hubungan sosial dan kemasyarakatan yang dimaksudkan adalah seperti pergaulan sesama jiran tetangga, rakan sepejabat dan orang sekeliling.
5. Pandai mengurus kewangan
Ciri yang kelima adalah lelaki yang pandai mengurus kewangan. Ya, wang memang bukan segala-galanya. Namun kegagalan dalam mengurus wang dengan baik akan menjurus kepada kehancuran. Kehancuran yang dimaksudkan adalah seperti berlakunya perceraian dalam rumah tangga.
Kemampuan dalam mengurus wang atau kewangan dengan baik adalah kemampuan wajib yang mesti dimiliki oleh si suami. Baik hubungannya dengan wang bukan bererti seorang yang kaya raya. Si suami mestilah mampu mengendalikan wang dengan baik (dari segi pengeluaran dan perbelanjaan demi penggunaan masa hadapan)
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai alasan diberikan oleh seorang lelaki apabila pasangannya mendapat tahu tentang kecurangan atau perselingkuhan yang dilakukannya. Lelaki dan curang memang sukar dipisahkan. Namun tidak semua lelaki bersikap begitu ya!
Sebelum hubungan anda kecundang dan putus di tengah jalan gara-gara lelaki curang, ayuh cepat selamatkan. Jom lihat sebab-sebab mengapa lelaki suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.
1. PERNAH DITIPU
Kecurangan yang lelaki lakukan mungkin disebabkan dia pernah ditipu dalam hubungan sebelum ini dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Apabila ada wanita yang ‘kantoi’ disebabkan main kayu tiga dengan lelaki lain, maka secara semula jadi lelaki tersebut akan berdendam lantas membalasnya. Bunyinya agak janggal dan ekstrem tapi itulah hakikatnya!
2. PELUANG ADA DI MANA-MANA
Saat pasangan tiada di sini lelaki akan mula menunjukkan taringnya apatah lagi dia merasakan pasangannya tidak akan tahu apa yang sedang dilakukannya di belakang pasangannya itu. Ini akan membuka peluang untuk lelaki berfoya-foya dengan wanita lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingatkan, ketika lelaki leka mencuri peluang, di pihak wanita pula sibuk memasang ‘mata-mata’.
3. SEKADAR TEST MARKET
Setia dengan perhubungan jangka masa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata wanita di luar sana? Jadi mereka akan cenderung untuk flirt dengan mana-mana wanita atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara atau sekadar cuba-cuba tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.
4. DAH TAK ADA PERASAAN CINTA
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Lelaki yang curang mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Barangkali juga mereka belum mempunyai sebab yang kukuh untuk putus atau masih perlukan love-with-benefit daripada anda (wang, pengaruh atau pelajaran). Ya! Lelaki kadangkala seteruk itu…
5. SALAH LELAKI ITU SENDIRI
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya kecurangan. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, anda hendaklah menanganinya dengan waras akal dan berhemah
Lelaki sebagai pemimpin haruslah berusaha untuk mengekalkan hubungan yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.
Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya.
Jom tengok apa bahan-bahannya.
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar
Cara-Caranya:
#Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
#Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
#Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
#Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
#Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
#Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
#Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
#Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!