Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan.

Ada juga yang yang sudah bertahun mengenali antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya. Dala erti kata lain Allah SWT telah mentakdirkan jodoh yang ideal bagi kita. Berikut 10 tanda yang dia bukan jodoh kita dalam Islam.

10 Tanda Yang Dia BUKAN JODOH Kita Dalam Islam1. Tidak perkenalkan anda dengan keluarga dan sahabat

Salah satu hal yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat apabila dia tidak mengenalkan anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia mahu menyembunyikan hubungan tersebut dari ketahui orang. Biasanya seorang yang serius tidak akan malu untuk memperkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti ia tidak akan berani bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.

2. Meletak syarat yang mustahil untuk anda penuhi

Cinta adalah berusaha menerima segala kekurangan dan mengabaikan segala keburukan. Dalam hal ini cinta sebagai pasangan ialah yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Apalagi jika ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius tentu setiap pasangan tidak akan mengenakan syarat yang sukar dipenuhi oleh pasangannya. Jika sidia berbuat demikian bermakna, dia bukanlah jodoh yang tepat.

10 Tanda Yang Dia BUKAN JODOH Kita Dalam Islam3. Kurang komunikasi

Komunikasi merupakan perkara penting dalam sebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan jadi semakin hambar. Banyak yang mengatakan jika seseorang berjodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya. Sebaliknya jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.

Ads

4. Tiada Rasa Percaya

Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan. Karena jika ia adalah jodoh yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya akan saling percaya meskipun terpisah oleh jarak yang jauh.

5. Tidak Ada Komitmen Untuk Masa Depan

Hubungan yang baik akan selalu dilandasi oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk bisa melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius . Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Nah, bagaimana yang komitmennya saja sudah tidak ada. Apakah layak disebut jodoh.

Ads

6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga

Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapapun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.

10 Tanda Yang Dia BUKAN JODOH Kita Dalam Islam7. Tidak Ada Sikap Terbuka dan Banyak Rahsia yang Disembunyikan

Setiap orang pasti memiliki rahsia dalam kehidupannya. Namun, bagi mereka yang berjodoh pasti akan saling terbuka terhadap rahsia masing-masing yang dimiliki. Apalagi jika hubungan telah mengarah ke perkahwinan. Daripada mendengarnya dari orang lain, lebih baik mendengarnya sendiri dari anda. Namun, jika pasangan anda terlalu berahsia, maka hal ini boleh menjadi tanda bahawa dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda.

Ads

8. Tidak Boleh Menerima Masa Lalu Anda

Setiap orang memiliki masa lalu yang menjadi sebahagian dari kehidupan. Namun, tahukah anda bahawa jodoh anda adalah dia yang boleh menerima segala kekurangan dan masa lalu anda seburuk apapun. Karena jodoh adalah mereka yang akan membimbing anda ke jalan yang lebih baik.

9. Kasar dan terlalu mengawal

Setiap manusia lahir dengan karakter dan tabiatnya masing-masing. Ada yang lembut, kasar dan terlalu mengawal. Dalam sebuah hubungan jika pasangan mulai menunjukkan sikap kasar dan terlalu mengawal maka ini boleh menjadi tanda dia bukanlah jodoh yang tepat bagi anda.

10. Selalu Membohongi Anda

Kebohongan adalah salah satu cara untuk menutupi kesalahan. Biasanya mereka yang biasa berbohong akan sukar dibezakan dengan mereka yang jujur. Dalam hubungan, satu kebohongan merupakan tanda bahawa hubungan yang dijalin bukan merupakan hubungan yang sihat. Bagaimana anda boleh meneruskan hubungan yang serius jika dia selalu membohongi anda. Maka sudah pasti tidak layak disebut sebagai jodoh.

Sumber: https://dalamislam.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI