Ads

Busana Pernikahan Izara Aishah Kekal Ikonik, Elegan Dalam Rekaan Rizalman Ibrahim

Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.

Majlis penuh eksklusif itu bukan sahaja menjadi perhatian kerana keindahan dekorasi dan suasana mewahnya, malah busana pengantin yang digayakan Izara terus terpahat sebagai antara penampilan pengantin selebriti paling ikonik dalam dunia fesyen tempatan.

Direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim, busana pernikahan Izara tampil dalam siluet klasik Kurung Pahang yang cukup sopan dan elegan. Rekaan polos berona putih itu menyerlahkan sisi kemewahan yang lebih halus tanpa perlu bermain dengan elemen yang terlalu sarat.

Busana Pernikahan Izara Aishah Kekal Ikonik, Elegan Dalam Rekaan Rizalman Ibrahim

Perincian bunga-bungaan 3D yang disusun kemas pada busana memberikan dimensi lembut dan romantik, sekali gus menjadikan keseluruhan penampilan kelihatan sangat eksklusif.

Ads

Namun, antara elemen yang paling mencuri perhatian pastinya layah besar yang digayakan Izara pada hari bahagianya. Dihiasi dengan jemeki dan perincian halus, layah tersebut bukan sahaja memberikan efek dramatik, malah menyerlahkan aura klasik Melayu moden yang cukup mempesona.

Rekaan layah itu sendiri diinspirasikan daripada gaya wanita Melayu zaman dahulu yang menutupi kepala mereka dengan fabrik mewah seperti songket, lalu diterjemahkan semula dalam sentuhan lebih moden dan couture.

Ads

Apa yang membuatkan penampilan ini terus relevan sehingga kini ialah pendekatan Rizalman yang tidak terlalu mengikut trend semasa. Sebaliknya, beliau memilih estetika timeless yang mampu bertahan merentas zaman.

Busana Pernikahan Izara Aishah Kekal Ikonik, Elegan Dalam Rekaan Rizalman Ibrahim

Ads

Hampir sedekad berlalu, busana ini masih sering menjadi rujukan bakal pengantin yang mengimpikan gaya klasik, sopan dan mewah dalam masa yang sama.

Kini, rumah tangga Izara dan Adib yang dibina sejak tahun 2017 terus bahagia bersama kehadiran tiga cahaya mata yang melengkapkan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.

Selain aktif dalam dunia perniagaan dan hiburan, Izara juga sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang sentiasa elegan dan sofistikated, menjadikan dirinya antara ikon fesyen paling berpengaruh di Malaysia.

++ Untuk Lebih Inspirasi Jangan Lupa Ikuti Media Sosial Pesona Pengantin Di Facebook, Instagram & TikTok

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...