
Buat bakal pengantin tentunya sibuk dengan persediaan majlis kahwin, mencari baju, pelamin, kad kahwin dan sebagainya. Dalam mencari baju kahwin, agak sukar jika anda tidak tahu apa gaya yang diinginkan. Buatlah rujukan di majalah atau instagram untuk tahu apa gaya dan trend masa kini.
Kebiasaan baju untuk majlis nikah dibuat khas kerana ia momen paling bermakna terutamanya bagi wanita.
Selain itu, perincian pada busana juga perlu dititikberatkan agar penampilan anda tidak terlalu sarat. Perincian yang sesuai dan sempurna akan menyerlahkan diri anda pada hari istimewa itu nanti.
Berikut contoh baju nikah boleh anda jadikan rujukan.









Pilihan Busana Ala Fairytale

Meraikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang semestinya menjadi idaman setiap pasangan mempelai yang bakal bergelar raja sehari.
Memilih tema dan konsep yang dapat memberi momen terindah dan dapat diabadikan dalam memori cinta buat selamanya.
Bagi tahun 2016, tema ala fairytale semakin menjadi pilihan di kalangan netizen mahupun selebriti tanahair seperti yang kita dapat lihat di majlis perkawinan aktres popular Anzalna dan pasangannya yang menjadi fenomena hangat.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam memastikan majlis yang diimpikan selama ini berjalan dengan jayanya. Selain faktor lokasi dan dekorasi yang tepat dan sempurna bagi tema fairytale ini, pilihan busana yang bertepatan dengan konsep perlu diberi perhatian.
Ini penting supaya keseluruhan majlis tampak harmoni dan magis yang bakal lahir dari tema ini terserlah bagaikan berada di alam fantasi.
Potongan Busana
Sebaiknya, busana yang dipilih haruslah ringan dan tidak terlalu sarat bagi memudahkan pergerakan anda untuk bergerak. Ini kerana ada segelintir pasangan mempelai yang mengimpikan impian perkahwinan ala fairytale ini direalisasikan di kawasan outdoor. Selain itu, anda boleh memilih busana berpotongan seperti ballgown, victorian dan Edwardian. Potongan ini cukup sesuai dengan tema fantasi kerana memberi ilusi bagaikan puteri raja di alam fantasi.
Pemilihan Layah
Pilihan layah yang tepat sememangnya menghasilkan mood fantasi yang lebih nyata. Leretan layah dengan taburan kelopak bunga timbul bakal memberikan impak yang lebih magis dan fantasi. Tidak perlu sarat dengan perincian sekuin dan manik, cukuplah sekadar taburan Swarovski yang mampu memberi kilauan yang cukup elegan dan eksklusif. Selain itu, anda boleh memilih layah jenis pendek atau singkat bagi si ratu yang ingin tampil lebih ringkas dan moden.
Aksesori Kepala/Headpiece
Anda juga disarankan untuk memilih tiara yang mempunyai rekaan yang lebih ringkas kerana ingin tampilkan aura kejelitaan semulajadi anda sebagai seorang puteri raja. Selain tiara, anda juga boleh menggunakan headpiece seperti cekak ataupan flower crown yang terdiri daripada bunga-bungaan segar. Aksesori ini dapat membangkitkan seri wajah dan penampilan diri secara keseluruhannya dengan tema fantasi yang dipilih.
Busana Yang Tepat
Akhir sekali, perkara yang paling penting sekali di dalam memilih busana ala fairytale adalah memastikan anda tidak seperti memakai kostum di hari bahagia anda. Buatlah pilihan busana yang tepat dan lebih releven untuk disarung agar keserian anda sebagai ratu sehari menyerlah dan mempersona. Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pereka fesyen mahupun pihak yang lebih pakar agar penampilan anda di hari persandingan memukan dan anggun dalam persalinan magis yang cukup eksentrik.
10 Inspirasi Warna Baju Kahwin Sweet Boleh Matching Dengan Pasangan

Majlis semakin dekat, persiapan semua telah dipersiapkan tetapi pilihan tema baju kahwin masih lagi tidak dipilih? Banyak sebenarnya warna baju yang sesuai untuk dipakai pada majlis perkahwinan anda.
Namun, pilih lah warna yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Sebelum memilih padankan dulu sama ada ia sesuai atau tidak pada badan anda. Jangan terburu-buru memilih hanya kerana warnanya.
Ingat anda juga perlu sesuaikan tema baju dan dekorasi pelamin anda. Baru meletop! Jom kita lihat antara idea pemilihan baju kahwin untuk lelaki dan perempuan.
1. Biru Cair
2. Unggu Cair
3. Merah
4. Coklat Cair
5. Mint Green
6. Kelabu
7. Emas
8. Merah Jambu
9. Kuning
View this post on Instagram
A post shared by GengLensaPictures.OFFICIAL (@genglensapictures.official) on
10. Maroon
9 Butik Kahwin Online Mampu Milik Yang Harus Anda Follow

Sejak kebelakangan ini, butik-butik kahwin online menjadi trend dan ikutan anak muda yang sibuk mencari ilham baju-baju kahwin dengan harga yang berpatutan. Admin senaraikan 9 butik kahwin online yang menjadi pilihan kami.
iam_inderaloka
embunklasikbridalboutique
eszzibrahim
zamrimatouch
weddinggaloresdnbhd
amnibridetobe
lumiereconcept
Nuarweddingcouture
tyaadnanbridalboutique