Simboliknya majlis perkahwinan Ahmad Faliq Ahmad Rosli dan Siti Azlyana Azmi (Nana) apabila berlangsung pada 16 September iaitu Hari Malaysia.” Kami sengaja memilih hari tersebut agar sentiasa diingati buat selamanya dan bangga meraikan sebagai anak Malaysia,” akui Nana.
Dealova Place Sunway Nexis menjadi lokasi untuk majlis akad nikah dan resepsi bagi pengantin lelaki dan perempuan. Majlis akad nikah berlangsung dengan meriah di mana sebanyak lima dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.
Walaupun tempoh perkenalan begitu singkat, Nana yakin dengan pilihan hati apabila melihat akan kesungguhan Faliq terhadapnya. Mula berkenalan dari tahun 2016 namun mulai rapat antara keduanya sejak Disember 2017. Adik Faliq kebetulan menjadi teman rapat Nana. Perkenalan semakin rapat setelah mereka pulang dari bercuti di Phuket bersama kawan-kawan.
“ Faliq merisik Nana pada hari ulang tahun iaitu 30 Jun 2018. Kemudian tanpa disangka Faliq pelawa seluruh keluarga Nana untuk makan tengah hari di restoran Bali. Ketika ini dia bertanya soalan di hadapan keluarga Nana. Saya sangat sebak dan tidak menyangka yang dia benar-benar serius untuk mengahwini saya. Tapi dia sangat berani dan beradab dan tentunya mama dan daddy menyukainya,” cerita Nana.
Peribadi Faliq membuat Nana tertarik dengannya. Faliq seorang yang sangat teknikal dan bertanggungjawab. Dia sangat mengambil berat hal keluarga dan sangat menghormati orang yang lebih tua. Dia juga sering mendahului keperluan dan keselamatan Nana.
“ Nana bekerja sebagai Konsultan PR dan bekerja di kalangan media. Dia seorang outgoing, funny dan berkeyakinan. Dia juga tahu apa dia mahukan. Jadi kami berdua dari dunia yang berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain,” akui Faliq.
Majlis resepsi
Bagi majlis resepsi Faliq dan Nana, tema Garden Gathering Wedding menjadi pilihan. “Kami tak mahu common wedding seperti mana diadakan di dewan atau hotel. Kami mahukan majlis resepsi yang berkonsep mingle dan raikan hari istimewa ini dengan keluarga dan rakan-rakan.
Kami rancang majlis sebegini kerana kami percaya setiap majlis resepsi harus menonjolkan personaliti seseorang dan kami tonjolkan personaliti kami yang fun and close dengan keluarga,” jelas Nana.
Baju pengantin mendapat sentuhan oleh pereka muda Hana Kufli kerana identiti rekaannya yang sangat minimal and fashion forward serta menepati cita rasa Nana dan pasangan. Manakala sentuhan mekap oleh Leeya.Yana sangat sempurna memandangkan latar belakang kepakarannya yang bergurukan MUA terkenal seperti Ferra Rossa, Nuex Rosli, Alha Alfa dan Nvdism.
Akui keduanya banyak dugaan yang dihadapi seperti masalah keluarga dan masa. Namun keduanya fokus dan percaya setiap cabaran akan memberikan hasil yang amat memuaskan.
“ Kami mahu menjadi ‘The Urban Couple’ yang lari dari stereotypes pasangan baru berkahwin. Siapa kata kalau dah kahwin tak boleh mengembara sekeliling dunia atau membina karier apabila mempunyai cahaya mata. Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Kami akan cuba buat yang terbaik at the same time living the life. Lokasi bulan madu semestinya ke Phuket kerana di sini lah titik pertemuan dan menjadikan kami semakin rapat. Perancangan seterusnya bulan madu sama ada ke Gold Coast atau London,” cerita keduanya menutup bicara.
AKAD NIKAH & RESEPSI (PEREMPUAN + LELAKI)
Tarikh: 16 Sep 2018
Lokasi: Dealova Place Sunway Nexis
Tema: Garden Gathering Wedding
Dekorasi pelamin: Ras Deco
Busana: Hana Kufli
Solekan : Makeup by Leeya.Yana
Bunga tangan: The Chempaka
Fotografi: Azim Puch
Videografi: Hafiz Anson
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI