Apakah anda salah sorang bakal pengantin yang sedang menghitung hari menuju hari bahagia? Jadi persiapkan majlis kahwin anda dengan sebaik mungkin. Bercakap soal persiapan, tak cukup hanya mempersiapkan segala persiapan dekorasi dan hal-hal yang berkaitan dengan majlis kahwin.
Sebagai bakal ratu dan raja sehari, persiapan diri juga perlu diutamakan. Dengan begitu, anda perlu tampil cantik dan segar pada majlis kahwin.
Berikut merupakan empat perkara yang perlu anda lakukan 24 jam sebelum naik pelamin.
Ads
1. Pastikan perut dalam keadaan sihat
Jaga makanan anda, jangan sampai merosak acara. Sekitar 24 jam sebelum naik pelamin, sebaiknya hindari makanan yang mengandungi banyak garam, seperti acar, makanan segera juga aneka masakan Cina. Batasi juga minuman berkarbonat yang boleh menimbulkan gas. Anda tak mahu nanti, perut tiba-tiba meronta dan mengeluarkan bunyi ketika anda bersalam dengan para tetamu?
2. Tidur yang cukup
Ads
Hindari berborak hingga larut malam. Kurang tidur akan membuat anda lesu. Wajah pun akan tampak kuyu. Untuk itu, malam sebelum naik pelamin, lemaskan otot-otot anda dengan mandi air panas. Jika perlu lakukan urutan yang lembut. Merasa lapar? Minumlah teh panas dengan madu secukupnya, ditambah sepotong pisang untuk menenangkan otot.
3. Bebaskan diri daripada kafein
Ads
Boleh saja bakal pengantin menikmati kopi. Tapi sebaiknya, minumlah kopi setelah bangun tidur di pagi hari. Setelah itu jangan ambil lagi kopi. Sebagai gantinya, anda boleh menikmati secangkir teh, jus buah, atau air mineral. Mengapa kopi tak begitu baik untuk bakal pengantin? Kopi yang bersifat diuretik akan membuat anda sering buang air kecil. Bayangkan, betapa sukar jika anda mesti ke tandas sebaik mengenakan baju pengantin. Selain itu, terlalu sering buang air kecil, juga boleh membuat anda dehidrasi (kekurangan cairan).
4. Jangan lupa makan
Di majlis anda akan tersedia banyak makanan. Namun, tidak mudah bagi pengantin untuk menyantapnya kerana sibuk menerima ucapan selamat dari para tetamu. Agar tak kehabisan stamina, pastikan mengisi perut sebelum acara bermula. Makanan yang baik ialah ayam, ikan dan salad. Untuk langkah berjaga-jaga, tak ada salahnya meminta pengapit anda menyiapkan makanan kecil sebagai alas perut jika diperlukan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465. Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.
Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.
Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan Hasilnya :
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya! 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00 Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.
Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Topik gaji ini semestinya menjadi titik tolak seseorang itu untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja. Tidak kiralah di dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Dan buat yang baru bekerja anda disarankan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Huishh macam mana pula tu? Macam susah je kan?
Tapi sebenarnya semua itu boleh direalisasikan jika anda menguruskannya dengan betul. Jom ikuti tips yang sangat berguna oleh Syafieqah A’lya ini:
Permulaan bekerja anda disarankan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Banyak? Mula simpan sikit-sikit, ianya penting sebagai simpanan kecemasan, jika anda diberhentikan kerja atau berhenti kerja.
.
2. Buat kiraan
RM1800 X 6 bulan = RM10,800
RM10,800 / 24 bulan = RM450
RM10,800 / 36 bulan = RM300
RM10,800 / 48 bulan = RM225
Anda kena simpan RM225 sebulan untuk capai 6 bulan gaji dalam tempoh 4 tahun. Anda rasa lama nak tunggu sampai 4 tahun? Anda kurangkan jadi minimum simpanan 3 bulan gaji:
RM1800 X 3 bulan = RM5,400
RM5400 / 24 bulan = RM225
3. Apply ASB
Pada tahun berikutnya, anda mula apply ASB financing RM30K untuk tempoh 30 tahun. Bulanan RM165 tanpa takaful. Anda kekalkan pelaburan ini selama tempoh 3 tahun tanpa ambil dividen dan batalkan pelaburan. Hasilnya baki prinsipal + dividen terkumpul = RM1350 + RM7,009 = RM8,359
4. RM100 sebulan simpanan cash
Dalam tahun yang sama apabila anda apply ASB Financing, anda juga mula simpan RM100 sebulan sebagai simpanan cash anda di ASB. Bermakna simpanan bulanan anda adalah RM265. Hasil simpanan selepas 3 tahun adalah RM4,017
5. Beli rumah pertama kurang RM100 ribu
Pada tahun kelima juga simpanan epf akaun 2 anda ada jumlah lebih kurang RM10,000. Gunakan duit ini untuk beli Rumah pertama yang berharga kurang RM100K. Tak jumpa? Cuba cari. Mesti jumpa
Gunakan duit ini sebaiknya. Lebih baik lagi apabila bakal pasangan juga mempunyai simpanan yang lebih kurang sama. Anda berdua akan dapat jumlah cash RM54K. Seronok kan. Jangan guna untuk enjoy sakan. Simpan pula untuk masa depan.
8. Reward diri yang sudah penat bekerja
Anda tahan kehendak anda sementara untuk miliki rumah dan berkeluarga. Jika bakal pasangan tak boleh tunggu 5 tahun. Anda adjust lah sampai cukup duit untuk kahwin dan miliki rumah pertama. Jangan banyak berfoya-foya sekali sekala pergi travel tidak mengapa. Reward lah diri anda yang penat bekerja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin mesti sudah melakukan persiapan majlis perkahwinan anda bukan? Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah.
Tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis mereka biasa-biasa kerana ini hanyalah sekali seumur hidup. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tidak mahu menanggung hutang yang tinggi. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting. Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tidak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.
6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah lebih elok jika saudara mara dan rakan terdekat sahaja.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CDlagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah.
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan?
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
Sumber : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!