Amboi terujanya nak kahwin! Banyak ilmu dah dituntut tapi mungkin ada tiga perkara ini yang anda terlepas pandang. Selepas berkahwin, ada pengantin baharu yang akan merasai tiga penyakit ini.

 

Janganlah terus rasa takut untuk berkahwin. Tiga penyakit ini bukanlah serius tetapi perlu diberikan perhatian kerana tidak mahu ia berlarutan sehingga menjadi lebih serius,. Jom kita baca satu per satu.

 

  1. Kencing kotor
  • Mungkin ada yang pernah mengalami kencing kotor sebelum berkahwin namun bagi anda yang tidak pernah mengetahui mengenai penyakit ini, sila ambil perhatian.

 

  • Kencing kotor boleh dikenalpasti apabila anda berasa sakit untuk membuang air kecil. Untuk mengelakkan daripada terkena penyakit kencing kotor, para wanita dinasihatkan untuk membuang air kecil selepas berjimak supaya dapat mengeluarkan kuman yang boleh merebak pada saluran kencing.

 

IKLAN

2. Keputihan

  • Masalah keputihan sering dialami wanita namun ada juga keputihan yang berlebihan keluar selepas berumahtangga. Ia menyebabkan kegatalan dan rasa kurang selesa untuk melakukan hubungan kelamin.

 

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang bentuk perubatan tradisional atau ikutlah nasihat doktor.

 

IKLAN
  • Berbincang dengan suami sekiranya anda tidak selesa untuk melakukan hubungan kelamin agar suami lebih memahami.

 

3. RINDU

  • Ada orang mengalami ‘homesick‘ meninggalkan rumah tetapi kali ini ada isteri yang rindu apabila berjauhan dengan suami. Tak mengapa, itukan suami sendiri. Sebagai isteri, anda perlu lebih ‘profesional’. Takkan suami nak ke pejabat pun dah rindu?

 

IKLAN

Pendek kata, janganlah terlalu takut untuk berumahtangga. Boleh baca artikel Biarlah Hidup Susah Daripada Berhutang, Ini Antara Tip Buat Pengantin Baru – Pesona Pengantin

 

Kredit foto: Sweetpictures KL

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI