Ads

Haiwan Hidup Tidak Wajar Dijadikan ‘Door Gift’ Perkahwinan. Elak Trend Mengarut Ini!

Majlis perkahwinan merupakan sambutan terhadap cinta yang dibina dan permulaan kepasda kehidupan baharu. Setiap perincian, termasuk hadiah untuk tetamu, pastinya dipilih dengan niat untuk berkongsi kegembiraan dan meninggalkan kenangan indah.

Namun, dalam banyak pilihan hadiah untuk diberikan, pemberian haiwan hidup sebagai hadiah tetamu atau door gift perlu dielakkan dan tidak seharusnya dijadikan trend.

Isu pemberian anak ayam kepada tetamu majlis perkahwinan baru-baru ini mengundang persoalan penting apabila muncul personalan tentang nasib haiwan tersebut selepas kahwin. Itu belum lagi tetamu yang meninggalkan door gift itu ditepi jalan kerana tidak memiliki ruang untuk haiwan di rumah mereka.

Comel pada Pandangan, Besar Tanggungjawabnya

Anak ayam sememangnya comel, tetapi ia bukan barang permainan atau cenderamata. Ia ialah makhluk hidup yang memerlukan kehangatan yang sesuai, makanan, air bersih, tempat perlindungan dan penjagaan harian.

Anak ayam juga akan membesar. Keperluan ruang dan penjagaannya akan berubah, sedangkan tidak semua penerima mempunyai kediaman atau kemudahan yang sesuai untuk memelihara ayam.

Tetamu datang untuk meraikan pengantin, bukan semestinya untuk menerima tanggungjawab menjaga haiwan. Ada yang tinggal di pangsapuri, mempunyai jadual kerja yang padat atau tidak tahu cara menjaga anak ayam. Ada juga yang tidak dibenarkan memelihara haiwan di tempat tinggal mereka.

Ads

Apabila haiwan diberikan tanpa persetujuan dan persediaan penerima, kebajikannya boleh terjejas.

Keseronokan Sementara, Tanggungjawab Berpanjangan

Suasana majlis yang sesak, pengendalian berulang kali dan perjalanan pulang boleh menyebabkan anak ayam mengalami tekanan atau terdedah kepada kecederaan.

Keterujaan menerima hadiah yang unik mungkin hanya seketika. Selepas itu, penerima perlu memikirkan tempat tinggal, makanan dan penjagaannya setiap hari. Nyawa haiwan tidak sepatutnya menjadi hadiah kejutan yang membawa tanggungjawab tanpa persetujuan.

Ads

Prinsip ini bukan hanya untuk anak ayam, tetapi juga ikan, kura-kura, arnab dan haiwan lain. Memelihara haiwan memerlukan kesediaan, kemampuan dan komitmen.

Niat Baik Perlu Disertai Pertimbangan

Pasangan pengantin mungkin memilih hadiah sebegini kerana mahu mencipta kelainan dan menggembirakan tetamu. Namun, niat yang baik perlu disertai pertimbangan terhadap kebajikan haiwan serta kemampuan penerima.

Kesedaran ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pasangan. Sebaliknya, ia mengajak bakal pengantin, keluarga, perancang perkahwinan dan pembekal hadiah membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab.

Ads

Terdapat banyak pilihan hadiah yang menarik dan bermakna, seperti kuih atau manisan, penanda buku, beg guna semula, pokok kecil atau paket benih tanaman. Pasangan juga boleh menyumbang kepada pertubuhan kebajikan haiwan dan berkongsi makna sumbangan itu melalui kad penghargaan kepada tetamu.

BACA JUGA: Siapa Sebenarnya Berhak Tentukan Tetamu Majlis Kahwin? Pengantin Atau Ibu Bapa?

Jika haiwan telah diberikan, pihak penganjur boleh menghubungi penerima untuk memastikan haiwan tersebut mendapat penjagaan yang sesuai. Bagi tetamu yang tidak mampu menjaganya, usahakan penempatan dengan penjaga yang bersedia dan berkemampuan. Jangan buang atau lepaskan haiwan begitu sahaja.

Biarlah majlis perkahwinan dikenang kerana kemesraan dan kebaikannya. Kasih sayang yang diraikan pada hari bahagia juga wajar merangkumi belas ihsan terhadap makhluk hidup.

Raikan cinta, kongsikan kegembiraan. Jadikan hadiah sebagai kenangan, bukan beban penjagaan yang tidak dipersetujui. Jangan sampai dosa pula yang dapat dek kesilapan kecil ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Dari Instagram Ke Pelamin, Syazani Zikry Nikahi Sofiah Abu Bakar Selepas...

Kadang-kadang jodoh hadir dengan cara yang tidak disangka. Begitulah kisah pelakon Syazani Zikry yang kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Sofiah Abu Bakar...