Ada orang jenis yang susah nak turun berat badan, ada orang senang je nak turun berat badan. Semua dah buat, senaman dah, diet pon dah, detoks pun dah, ada tu sampai sanggup seksa diri tak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun pun ada.
Tolong, jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik ya. kami faham, ramai sebenarnya wanita diluar sana yang mahukan bentuk badan yang cantik segera. Kalau boleh dalam masa satu ke dua hari terus nampak kesan. Tapi, kena fikir juga kesihatan di masa hadapan.
Disini, kami ingin kongsikan satu petua iaitu turunkan berat badan dengan hanya minum air kosong sahaja. Air kosong sahaja, murah dan senang nak dapat. Percaya atau tak, sebenarnya air kosong sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan.
Sebenar nya dengan mengamalkan minum air kosong yang banyak setiap hari, kita dapat mengurangkan berat badan dengan mudah tanpa perlukan bantuan supplement atau sebarang pembedahan.
1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas sahaja sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.
Ads
2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.
3- Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum.
Persiapan majlis perkahwinan yang sempurna memerlukan masa, tenaga, serta mental dan fizikal yang sihat. Setiap pasangan pasti mendambakan majlis perkahwinan yang berjalan lancar dan berkesan di ingatan.
Salah satu tanda kejayaan majlis ialah apabila tetamu undangan pulang dengan senyuman dan puas hati. Oleh itu, berikut adalah beberapa tips penting persiapan majlis perkahwinan agar acara anda berjalan lancar dan menepati impian:
Jangan abaikan kehadiran tok kadi dan saksi semasa persiapan majlis perkahwinan. Pastikan mereka dihubungi lebih awal dan tahu jadual majlis. Simpan nombor telefon mereka dan lakukan perjanjian waktu hadir agar tidak berlaku sebarang kelewatan yang boleh menjejaskan kelancaran majlis. Jika perlu, lantik seseorang untuk menjemput tok kadi dan saksi supaya anda lebih yakin mereka hadir tepat waktu.
Keselamatan adalah aspek penting dalam persiapan majlis perkahwinan. Dengan ramai tetamu, risiko perkara tidak diingini boleh berlaku. Sewa petugas keselamatan seperti RELA atau polis bantuan, terutamanya jika majlis berskala besar. Pastikan pintu keluar masuk jelas dan ada pengawasan untuk menjaga keselamatan semua tetamu. Beritahu petugas tentang sebarang keperluan khas dan pantau keadaan sekeliling secara berkala.
Vendor seperti katering, fotografi, dekorasi, dan juru mekap adalah tulang belakang kejayaan majlis anda. Sebelum hari majlis, pastikan semua vendor telah disahkan dan tahu tugas masing-masing. Semak reputasi vendor dalam bidang majlis perkahwinan dan bincang sebarang permintaan khusus anda lebih awal. Elakkan vendor yang kurang pengalaman supaya tiada masalah timbul pada hari bersejarah anda.
Persiapan majlis perkahwinan yang rapi bukan sahaja memastikan kelancaran majlis, malah mengurangkan stres anda. Dengan perancangan yang teliti, hari bahagia anda pasti lebih bermakna!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah sudah bermula. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar. Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya:
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Lebih baik!
Sumber : Facebook AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salam buat semua pembaca majalah Pesona Pengantin, sebagai editor baru Majalah bercorak perkahwinan ini, ingin saya rungkaikan beberapa perkongsian mengenai persoalan yang sering diajukan kepada saya iaitu mengenai bagaimana untuk turunkan berat badan.
Menjadi lumrah untuk semua bakal pengantin, mempunyai bentuk badan ideal sebelum menjelang hari bahagia adalah satu impian, tetapi bagaimana? Apa yang harus diamalkan? Di sini saya ingin menulis sedikit pengalaman saya sendiri dalam menurunkan berat badan.
Terus menyokong Majalah Pesona Pengantin dan dapatkan tip berguna dari platform cetak, digital juga program televisyen kami.
Ini adalah di antara soalan yang sering ditanya kepada saya.
Kenapa nak kuruskan badan?
Dahulu saya mempunyai berat sekitar 113kg, kehidupan sebagai pelajar di semester akhir membuatkan saya terfikir untuk merubah. Lagi setahun saya mahu bekerja, tak kan saya perlu bawa sikap dan tabiat lama di alam pekerjaan nanti? Di situ saya mahukan transformasi dalam hidup, saya timbang berat saya di Mid Valley sewaktu berjalan-jalan, terkejut dan tidak sangka saya boleh seberat itu. Mana tidaknya saya boleh habiskan sekotak 24 biji donut Big Apple hanya seorang diri!
Mula berdiet?
Pada mulanya memang sangat susah nak berdiet, tipulah saya katakan saya tak pernah rasa berputus asa. Tetapi bila mengenangkan badan di fitting room sewaktu nak membeli baju, saya kembali bersemangat. Pada bulan pertama apa yang saya lakukan adalah dengan set gol untuk turun sebanyak 2 kg setiap bulan. Jika turun lebih dari itu lagilah saya gembira. Hanya dalam tempoh 4 bulan saya boleh turun hampir 8 kg.
Apa yang saya makan sewaktu berdiet adalah segala benda yang tidak berasaskan‘NASI’. Saya cuba elak mengambil karbohidrat itu selama hampir setahun.
Pagi : Saya ambil roti sebelum ke kuliah
Tengah hari : Saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng
Malam : Saya akan ambil makanan berunsur sup sahaja.
Sebelum tidur : Saya akan minum secawan teh hijau untuk penghadaman lebih lancar.
Motivasikan diri
Mahu kurus, sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi untuk disiplin adalah satu tanggungjawab yang sangat sukar. Jadi anda perlu ada motivasi untuk bawa anda pergi jauh!
1.Cari siapa ikon yang anda suka dan mahu jadi sepertinya.
Perlu Senaman
Obsesi ketika itu membuak-buak, sampai saya bersenam pagi dan petang pada mulanya. Tetapi apabila semakin sibuk dengan jadual kerja, saya akan meluangkan masa untuk bersenam setiap petang sekurangnya satu jam berjoging ataupun paling tidak 3 kali dalam seminggu. Jangan malas kerana ia akan menghilangkan momentum anda untuk terus kekal aktif.
Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang berdisiplin, tetapi sangat sukar untuk mengekalkannya. Tambahan bagi mereka yang mempunyai tahap metabolisme seperti saya, mudah gemuk, mudah turun, penjagaan pemakanan sangat dititikberatkan. Diharapkan perkongsian ini boleh memberi sedikit harapan dan ilmu buat pembaca Pesona Pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...