Fesyen
Ini 5 Tip Pilih Fabrik Busana Kahwin Ikut Bentuk Badan, Barulah Pengantin Boleh Feel Permaisuri

Ini 5 Tip Pilih Fabrik Busana Kahwin Ikut Bentuk Badan, Barulah Pengantin Boleh Feel Permaisuri

Sebelum membuat keputusan yang terburu-buru, pastikan panduan membeli fabrik busana perkahwinan itu betul dan menjimatkan. Maklumlah dengan kadar ekonomi negara yang semakin meningkat, anda harus berjimat cermat! Kesalahan pertama, ramai wanita pergi ke gudang kain ternama tanpa membuat rujukan dan kaji selidik tentang tubuh badan sendiri. Apa sahaja yang tampak cantik di mata terus dibeli tanpa memikirkan tentang corak dan jenis fabrik.

Amat penting untuk kenali bentuk tubuh dan juga rekaan busana yang anda idamkan. Mari kenali jenis fabrik yang sesuai mengikut bentuk tubuh anda:

1. Fabrik Sifon

Ia sesuai buat semua jenis bentuk tubuh. Asalkan potongan yang tepat dan juga olahan rekaan yang betul, ia bakal memberikan kesempurnaan dalam busana perkahwinan anda. Harus diingatkan untuk fabrik sifon, anda perlu membeli lining manakala bagi perincian rekaan pula pastikan anda padankan dengan fabrik renda.

2. Fabrik ‘Bridal Satin’

Ia lebih sesuai untuk bakal mempelai yang bertubuh langsing. Buat wanita yang berisi, elakkan fabrik yang berkilau dan penggunaan perincian rekaan yang minimalis.

3. Fabrik Organza

Fabrik jenis ini tidaklah begitu popular di Malaysia kerana sifatnya yang keras dan tidak mesra cuaca serta tidak menyerap peluh. Namun jika anda mengadakan majlis di tempat yang mempunyai penyaman udara atau pada waktu malam, anda boleh memilih fabrik ini sebagai pilihan. Fabrik ini juga sesuai buat mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir. Digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping.

4. Fabrik Renda

Renda ini selalu digabung dengan pelbagai fabrik untuk menyerlahkan keayuan si pemakai. Berhati-hati dengan pemilihan renda kerana pilihan renda boleh membuatkan anda kelihatan lebih berisi. Jika anda memiliki tubuh badan kurus dan tinggi, hiaskan dengan sedikit labuci serta batu permata di atas lace itu tadi untuk hasil lebih elegan dan eksklusif.

Kalau ada yang ingin mencari fabrik renda, Osman Silk ada buat diskaun, Lace yang bernilai RM120, RM95, RM75 & RM45 kini hanya RM15 semeter. Murahkan? Pergi la tengok-tengok dulu mana tahu ada yang berkenan.

5. Fabrik Songket

Fabrik jenis ini amat popular terutamanya pada bakal mempelai yang berjiwa tradisional. Kini fabrik songket disuntik nafas baharu seperti peplum, dres labuh, kebaya dan banyak lagi. Buat anda yang memiliki bentuk tubuh empat segi atau brick/rectangle, pilih potongan yang jelas. Ia membantu menonjolkan lekuk tubuh seperti busana dengan struktur geometris bersama tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Elak mengenakan terlalu banyak perincian manik dan pilihan motif songket agar kesannya tidak terlalu serabut.

Songket pun ada diskaun terhebat, Pesona Pengantin dah recce pricenya:

30% untuk Songket Set Exclusive RM950
40% untuk Songket Set Pengantin RM450
50% untuk Songket Set Biasa RM320
30% untuk Songket Exclusive semeter RM75

Kalau nak ala-ala Brocade Songket pun ada, harga RM55 diskaun 50% dan untuk harga RM65 diskaun 50%.

Semuanya murah boleh rujuk di Osman Silk.

Apa pun, berbincang terlebih dahulu dengan tukang jahit. Ingat! Jangan cepat membuat keputusan. Rujuk dan kaji selidik itu sangat membantu. Pastikan anda berpuas hati dengan fabrik yang dibeli. Selain itu, jangan malas untuk cari promosi terhebat untuk fabrik baju pengantin seperti di Osman Silk House. Boleh kunjungi outlet di lokasi berikut:

 

Amalan Merisik Sekadar Mengikut Adat Atau Dituntut Dalam Agama

Amalan Merisik Sekadar Mengikut Adat Atau Dituntut Dalam Agama

Perkenalan yang singkat ataupun lama tidak menjadi penanda aras bahawa sesebuah hubungan itu akan kekal sehingga ke jenjang pelamin.

Jika anda bersungguh-sungguh mahu memiliki si dia dengan iringan doa restu, mulakan dengan bismillah dan pasti risikan anda kepada si dia akan berakhir dengan bahagia.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan merisik? Adakah ia hanya sekadar mengikut adat atau memang dituntut di dalam agama.

Merisik adalah amalan adat yang dilaksanakan bagi mengaplikasikan tuntutan syariat agar tidak meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.

Merisik dilakukan bagi mengenal pasti gadis yang bakal dipinang belum menjadi tunangan sesiapa kerana syariat menentukan hukum haram meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis soheh riwayat Bukhari yang bermaksud: Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan.

Elak Timbul Masalah, Ini 8 Checklist Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Bertunang!

Elak Timbul Masalah, Ini 8 Checklist Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Bertunang!

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Persiapan menjelang majlis pertunangan juga tidak banyak bezanya dengan persediaan majlis perkahwinan. Ada yang sukakan majlis meriah dan ada juga sukakan yang serba sederhana.

Tidak kira bagaimanapun bentuk acara yang bakal berlangsung, senarai penting atau checklist tetap perlu dibuat bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Singkirkan segala kekusutan, checklist istimewa ini kami sediakan untuk anda.

Tarikh / Waktu / Tempat

Sama seperti majlis perkahwinan, pemilihan lokasi untuk melangsungkan majlis pertunangan juga sangat penting. Lokasi di sini tidaklah bermaksud sama ada dewan ataupun rumah. Cukup sekadar berlangsung di rumah tetapi dengan hanya menentukan sama ada upacara menyarung cincin dilakukan di ruang tamu ataupun di dalam bilik.

Pelamin Mini / Hiasan

Seakan menjadi trend, setiap majlis pertunangan pasti akan diserikan dengan pelamin mini sebagai tempat si gadis menunggu untuk cincin disarungkan. Variasi pelamin mini terdapat di pasaran dan juga boleh dibuat sendiri. Namun, ada juga yang lebih suka menggunakan bilik tidur yang dihiasi begitu indah sempena hari bermakna itu.

Hantaran

Menentukan jumlah hantaran yang perlu diberi dan ditukar merupakan salah satu perkara penting dalam checklist. Jumlah standard adalah lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Selain itu, pemilihan warna tema untuk hantaran juga perlu ditulis agar lebih selaras. Untuk memudahkan perancangan, tentukan sama ada ingin menggubah sendiri hantaran atau menempahnya.

Warna Tema

Warna tema majlis, busana dan konsep hantaran penting untuk menimbulkan mood tersendiri. Bergantung pada tema yang dirancang, segala persiapan harus disenaraikan dengan teliti. Apa yang paling penting adalah busana pertunangan. Jika anda tidak menggunakan khidmat butik pengantin, pastikan busana tersebut ditempah lebih awal. Begitu juga dengan kelengkapan lain yang perlu disenarai penting.

Wang Hantaran / Mas Kahwin

Jumlah wang hantaran dan mas kahwin antara senarai penting dan kebiasaan, jumlahnya ditentukan mengikut negeri. Dalam adat masyarakat Melayu, sekiranya upacara merisik tidak dijalankan, maka cincin merisik akan naik sekali bersama cincin bertunang. Manakala mas kahwin dan wang hantaran akan diserahkan pada hari pernikahan.

Solekan / Jurugambar

Pemilihan jurusolek dan jurugambar harus dibuat dengan betul agar memori hari pertunangan dapat diabadikan dengan sempurna.

Jamuan Makan

Sediakan peruntukan untuk bahagian jamuan makan. Anda mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan khidmat katering ataupun masak sendiri. Bergantung kepada bajet, duduk berbincang bersama ahli keluarga untuk menentukan makanan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.

Wakil Keluarga

Mungkin ramai yang terlupa untuk memasukkan  senarai yang satu ini. Untuk pengetahuan anda, menentukan wakil keluarga untuk berbincang bersama keluarga pasangan adalah penting. Pilih wakil yang berpengalaman dan pandai berkomunikasi agar mesej mudah disampaikan. Kemudian, maklumkan kepada keluarga pasangan jumlah keluarga yang akan turut serta menghantar rombongan meminang.

Perkara-perkara penting yang akan dibincangkan pada hari pertunangan:

1. Tarikh nikah dan kenduri?

2. Jumlah wang hantaran dan mas kahwin?

3. Jumlah dulang hantaran yang akan diberikan

Wanita Rendah Sebenarnya Lebih Senang Cari Pasangan,  No 7 Tu Lelaki Mesti Suka!

Wanita Rendah Sebenarnya Lebih Senang Cari Pasangan, No 7 Tu Lelaki Mesti Suka!

Ramai lelaki diluar sana suka pada wanita yang bertubuh genit atau rendah. Jadi buat anda yang boleh dikatakan kecil dan comel ni, jom lihat sebab utama lelaki suka pada wanita yang lebih rendah.

1. Tetap comel

Tak dinafikan wanita rendah ini comel dan kelihatan awet muda. Walaupun umur dah masuk 30an tetap nampak seperti sweet 18.

2. Mudah nak pilih pakaian

Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh ‘shopping’ kat area pakaian kanak-kanak (yang ni kena ambil saiz kanak-kanak yang paling besar).

3. Kekal dengan pasangan

Kajian mengatakan orang rendah ni akan setia pada cintanya.

4. Jimat masa

Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?

5. Boleh pakai kasut tumit tinggi

Wanita yang tinggi tidak digalakkan pakai ‘high heels’? sebab nanti terlebih tinggi dari suami pula kan. Perempuan rendah tak ada masalah, boleh pakai ‘high heels’ dengan yakinnya.

6. Senang nak dukung

Mereka ni ringan, jadi kalau dia merajuk suami boleh terus dukung saja.

7. Sangat ‘awesome’ untuk dipeluk

Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. Dan mereka ni pun sentiasa rasa selamat sebab seolah-olah dilindungi bila kedudukannya paras-paras ketiak suami sahaja.

8. Selera besar

Rata-rata wanita kecil ni tak makan banyak. Selera je besar, jadi pasangan kena ‘standby’ la perabiskan makanan yang ada.

Wanita Seringkali Tidak Rasa Puas Dengan Nikmat Yang Ada, Ini Sebabnya!

Wanita Seringkali Tidak Rasa Puas Dengan Nikmat Yang Ada, Ini Sebabnya!

Salam sejahtera, semoga rakan sekalian sihat walafiat hendaknya. Jika kelapangan silakan membaca..

Hari ini saya berbsar hati untuk berkongsi satu kisah yang agak menarik untuk dijadikan pedoman dan pengajaran dalam kehidupan kita seharian, kisah ini saya petik dari perbualan saya bersama seorang wanita yang saya anggap sebagai rakan walaupun tidak saling mengenali.. In sha Allah semoga ada manafaatnya.

Biarlah namanya dirahsiakan. Saya menerima panggilan dari ‘Siti’ (bukan nama sebenar), saya bertanya dari mana dia mendapatkan nombor saya, soalan saya tidak berjawab namun hanya kendengaran suara yang nyaring dalam bebelan, lalu saya bertanya. Apa yang membuatkan puan marah?

Katanya “saya sudah penat asyik mengalah dalam rumah tangga, semua saya nak tak dapat. Selama ni saya tahan je, isteri orang nak dapat je suami belikan tapi suami saya tak boleh jadi macam suami orang lain. Memanglah dia jaga saya, tak curang, sayang saya, solat dan boleh dikatan soleh tapi kalau tak boleh nak penuhi keperluan isteri mana boleh macam tu. Saya memang terkilan dan rasa sakit hati”. Saya menarik nafas panjang sebelum membalas kata-katanya.

Tiada hal lain yang paling bertuah dimiliki oleh seorang isteri melainkan memiliki kiteria suami yang soleh. Seperti mana yang puan kata tadi, suami puan boleh dikategorikan suami yang baik, dimana puan ada cakap yang suami puan sayang puan, bertanggungjawab, soleh cuma dia hanya tidak dapat menunaikan permintaan puan dari segi kewangan sahaja? Tak begitu?.

Muhasabah Diri

Cuba puan pejam mata dan renung, apa puan juga telah penuhi setiap permintaan suami puan? Pernahkah puan mendengar rungutan suami puan terhadap diri puan? Dalam berjuta wanita mungkin puan adalah salah seorang wanita yang bertuah memiliki seorang lelaki seperti suami puan.

Tapi kerana hal kecil, suami puan tidak dapat menunaikan permintaan puan, puan rasa terkilan dan marah? Saya ingin tanya puan adakah adil bagi lelaki memiliki seorang isteri yang tidak mensyukuri apa adanya seorang suami?

Pernah puan tahu apa usaha suami puan untuk penuhi kehendak puan? Ya, mungkin saya tidak mngenali suami puan atau juga saya tidak tahu mungkin dia bekerja keras mencari rezeki untuk puan, untuk penuhi keperluan dan kehndak puan.

Hello (‘adakah puan masih dalam talian”), tiba-tiba kedengaran tangisan. Saya bertanya, adakah kata-kata saya menyakiti hati puan?. “Tidak” balasnya.

Sambung saya lagi, “saya akui tidak ada seorang wanita pun yang tidak ingin memiliki segalanya, namun ini bukan salah takdir ini adalah ujian dalam kehidupan puan”.

Wanita Sering Kali Tidak Rasa Puas

Ada wanita yang tidak begitu bertuah, memiliki suami yang panas baran, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Namun mereka masih mampu bersabar dan terus bersabar, berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa. Sedangkan ada pula hamba Allah taala yang memilki suami yang baik, namun masih merasa tidak cukup.

Sebab itu kita harus mensyukuri apa adanya suami kita walaupn dia tidak sekaya mana. Tidak salah untuk puan mendoakan suami puan peroleh rezeki yang baik dan banyak.

Tiada Manusia Sempurna

Tidak ada manusia yang sempurna puan, sebab itu Allah ciptakan pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kata -kata saya akhir sebelum akhiri perbualan dengan siti.

Ini adalah sekadar nasihat dengan pandangan tertentu sahaja. Namun apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu kisah yang menarik hati saya dari beratus kisah yang pernah saya dengar.

Semoga memberikan manafaat yang ckup besar untuk kita terutama seorang wanita yang bergelar isteri.

Kiriman: Nazirah Hj Mohd Salleh, Guru Bimbingan dan Kaunseling at Pusat Pendidikan Tahfiz Vokasional Madrasah Al-Aminiah

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: