Dalam perancangan majlis perkahwinan, bajet memainkan peranan paling besar dalam menentukan kelancaran sesebuah majlis. Bagi yang mempunyai bajet besar, mungkin ia tidak menimbulkan masalah.
Namun, bagi yang ‘berkira-kira’, pastinya tidak mahu majlis impian terbantut serta tercela akibat kewangan yang tidak mencukupi atau ‘terbabas’ bajet yang telah disusun dengan baik.
Bagaimana hendak jimatkan wang untuk majlis kahwin? Anda boleh berjimat dengan tidak mengambil perancang majlis. Namun, andalah yang perlu menjadi perancangnya. Pelbagai cara boleh dijimatkan untuk majlis perkahwinan sekiranya anda mengamalkan konsep DIY.
Namun, bantuan dari ibu bapa serta saudara mara terdekat untuk khidmat nasihat berkaitan majlis yang ingin diadakan juga penting. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan banyak perkara boleh dikongsikan berkaitan urusan majlis perkahwinan.
Adakah wang perbelanjaan kahwin boleh dijimatkan menerusi hidangan makanan? Ya. Tahukah anda bahawa 60% daripada perbelanjaan kahwin akan disalurkan pada hidangan makanan untuk para tetamu? Sekiranya anda ingin menempah katering, maka sediakan wang ribuan ringgit untuk setiap hidangan yang dikira mengikut jumlah tetamu yang hadir.
Ads
Untuk bajet rendah, anda boleh berjimat dengan membuat gotong royong dan ‘rewang’ daripada sanak saudara dan jiran tetangga. Banyak juga bajet yang boleh jimatkan. Fikirkan pilihan terbaik untuk diri anda dan pasangan.
Macam mana nak berjimat tanpa membazir duit pada cetakan kad kahwin? Pelbagai cara boleh dicuba dengan kehadiran internet masa kini. Anda boleh membuat kad kahwin digital dan menghantar jemputan menerusi emel atau ‘facebook’. Ini lebih menjimatkan tanpa perlu mengeluarkan bajet ratusan ringgit untuk kos percetakan kad sahaja.
Ads
Lupakan kad bercetak untuk tetamu VVIP, buatlah keistimewaan dengan jemputan kad secara formal agar ia tampak lebih sopan. Selain itu, DIY kad dan mencetak sendiri juga lebih menjimatkan bajet anda.
Banyak bunga yang diperlukan untuk menggubah dekorasi pelamin, tetapi bajet pula kurang. Bagaimana? Cara terbaik adalah dengan memilih jenis bunga yang murah harganya di pasaran dan beli secara pukal. Sekiranya tema majlis adalah merah, tidak semestinya anda perlu menggunakan bunga ros merah. Harganya pula agak mahal. Gantikan dengan bunga yang berharga lebih murah dan menjimatkan.
Ads
Anda perlu ingat, perbelanjaan pada dekorasi bunga hanyalah sementara iaitu sehari sahaja. Selepas majlis tamat, ia tidak akan digunakan lagi. Fikir-fikirkanlah. Elakkan pembaziran, amalkan penjimatan.
Apakah barangan yang boleh dijimatkan dari segi bajet, untuk majlis resepsi di dewan? Dekorasi bunga segar, boleh digantikan dengan gubahan bunga tisu bersaiz besar dan cantik. Bajet yang dikeluarkan hanya pada kertas tisu sahaja. Ianya murah dan senang untuk dibuat DIY.
Selain itu, kek kahwin juga boleh dikurangkan bajetnya dengan menempah kek artifisial yang semakin menjadi trend masa kini. Gubahannya mudah, dengan hanya menggunakan kain rona lembut dan susunan gabus akan kelihatan seperti kek betul. Sekiranya anda menginginkan kek betul, buatlah tempahan yang murah sahaja dan tidak membebankan pasangan.
Bajet apakah yang boleh dijimatkan dari aspek pakaian? Mestilah busana lelaki. Anda boleh berjimat sekiranya tidak membuat tempahan sewa kot tuksedo dengan butik. Gunakan kreativiti dengan memakai kemeja dan kot ringkas yang dibeli di pusat beli belah. Ianya tidaklah terlalu mahal dan boleh digunakan semula di kemudian hari. Tidaklah nampak membazir kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hayati perkongsian murni dari Intan Dzulkefli mengenai kebahagian sejati dan syukur.
Bercakap soal bahagia, sebenarnya yang perlu kita faham adalah kayu pengukur kebahagiaan setiap dari kita adalah tidak sama.
Teringat Saudara Sukur Ibrahim pernah berkata, “jika saya nak ukur kebahagiaan ikut kaca mata orang biasa, contohnya bila ada sekian, sekian hal baru saya nak bahagia, rasanya sayalah orang paling tak bahagia sebab saya ini, kaki dan tangan pun tidak sempurna,”
Namun, begitu, dalam satu temubual, isteri beliau sendiri mendedahkan bahawa segala kerja rumahtangga dan menguruskan diri, Sukur buat sendiri hatta menseterikakan baju dan mengasuh anak yang masih bayi. Tiada alasan untuk bersenang-senang walau isteri beliau dan anak beliau seorang yang dilahirkan sempurna tubuh badan.\
MasyaAllah. Sukur mengajar kita, berjuanglah memberikan yang terbaik dalam kapasiti yang kita mampu, insyaAllah ia akan memberikan kita kebahagiaan. Live life to the fullest, in context of striving for mardhatillah.
Bahagia orang susah mungkin pada berlaganya lutut dan gelak tawa bercerita sesama keluarga sambil menyuap nasi berlauk garam, tetapi hati mereka rasa lapang kerana bersangka baik dengan rencana Tuhan.
Bahagia orang kaya mungkin pada lapangnya hati apabila mampu mewakafkan banyak harta pada si miskin fakir yang memerlukan. Senyum mereka membuatkan si pemberi turut tersenyum.
Jika si miskin mengukur hidupnya dengan si kaya, maka, dia akan merasa tidak bahagia. Namun, apabila dia mengukurnya dengan cara pandangan seorang hamba yang mensyukuri segala pemberian Tuhan, dia akan faham bahawa Allah tak pernah salah dalam memberikan rezeki. Maka, dia tak merisaukan hal yang bukan dalam kawalannya.
Sekalipun kita memiliki semua hal yang diidamkan manusia, mendapat segala dihajati dengan mudah, kita belum lagi bahagia dan berjaya sekiranya kita suka melakukan apa yang Allah Benci dan sukar mentaati apa yang Allah syariatkan.
Bahagia yang sebenar apabila kita kenal Allah.
Bahagia yang sebenar apabila kita tak putus usaha untuk beri yang terbaik agar meraih redha Allah. Agar Allah sayang kita.
Bahagia yang sebenar apabila kita berusaha bawa insan yang kita sayang untuk sama-sama masuk syurga Allah.
Buat yang terbaik, beri yang terbaik, mudah-mudahan Allah meredhai segala amalan kita. Amiin.
InsyaAllah. Erti kebahagiaan hidup ini pada banyak yang kita beri bukan pada berapa yang kita dapat.
Muhasabah saya terutamanya.
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cinta itu tidak kenal pangkat dan harta bila hati sudah sayang. Orang tua-tua selalu kata, cinta itu buta. Setiap perbezaan dari segi rupa paras, harta mahupun pangkat dan darjat tak pernah diendahkan pasangan bercinta untuk kekal bersama.
Jurugambar dari Thailand, Yusree Yusohem ini kongsi foto- foto unik dan menarik di antara si jururawat dan penoreh getah.
Sunita Salaemae merupakan graduan di Fakulti Kejururawatan manakala Adeelan Salae seorang penoreh getah.
Menariknya, foto kahwin mereka tidak seperti orang lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap cara itu ada kebaikannya tapi yang sebenarnya adalah dengan mengenalpasti titik-titik tekanan yang terdapat pada tubuh korang. Dengan hanya menyentuhnya, korang akan rasa kelegaannya
1. Kulit kepala bahagian belakang
Bahagian kepala inilah yang selalu menampung bebanan stress. Apa kata korang ambil masa 5 minit dengan mengurut di bahagian tengah belakang kepala sambil bernafas dengan betul dan fikirkan perkara yang baik-baik sahaja.
2. Telinga
Ini adalah titik tekanan yang dikenali sebagai shen men dalam bahasa cina, bermaksud pagar bagi roh. Beberapa pakar mendakwa ini adalah titik tekanan terbaik yang perlu disentuh untuk melegakan fikiran dan tubuh badan. Cuba ambil kutil kapas atau pen dan urut perlahan-lahan di kawasan ini. Ketenangan akan sedikit demi sedikit datang.
3. Perut
Kebanyakan pakar refleksiologi selalu menggunakan titik ini kerana ia membantu mewujudkan pergerakan yang bebas di antara dada dan otot perut yang boleh meningkatkan pernafasan. Orang yang bernafas sambil menekan jari di bahagian pangkal perut ini biasanya akan merasa lebih sensasi dan tenang.
4. Lengan
Antara titik yang klasik tapi popular dalam akunpuntur dan refleksiologi. Cubalah tekan di bahagian ini. Ia membantu tenaga korang untuk bergerak ke arah yang betul disamping membantu tumpuan mental dan mengurangkan tekanan.
5. Tapak tangan
Ramai yang percaya, banyak tekanan yang kita alami disimpan dalam hati. Oleh itu, pakar berpendapat dengan menekan bahagian ini dapat melegakannnya. Selain stres, ia juga dapat memberikan kelegaan pada gejala insomnia dan senak perut.
6. Tapak kaki
Sesetengah pakar refleksiologi percaya dengan menekan di bahagian tengah-tengah tapak kaki dapat meringankan fikiran dan merungkai kekusutan. Ia juga baik untuk merawat pankreas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...