Rezeki sememangnya memerlukan usaha yang berlipat ganda agar ia sentiasa ada dan tidak pernah putus. Namun dengan iringan doa, ia menjadikan rezeki itu semakin dipermudahkan. Sebagai bakal pengantin mahupun yang sudah berkahwin, doa adalah pendinding untuk anda lebih kuat dalam bekerja. Semoga setiap rezeki kita lancar dan diberkatinya.
“Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Mahamulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”
Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”
Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.
“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penceraian bukanlah suatu masalah dalam masyarakat, sebaliknya ia merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan agama. Walaupun perkara tersebut bukanlah sesuatu yang disukai kebanyakan masyarakat, tetapi ia wajar dilaksanakan bagi melindungi sebelah pihak daripada terus dizalimi atau ditindas.
Pun begitu, masih terdapat beberapa lagi hak selepas perceraian yang perlu ditunaikan walaupun terputus sudah ikatan suami isteri.
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah SWT telah menyatakan: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya,” (Surah at-Talak:6).
Tanggungjawab
Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai.
Hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak yang tidak boleh diganggu dan disekat.
Bagaimanapun, menurut pendakwah bebas, Ustaz Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman, keculasan dalam pemberian nafkah merupakan perkara yang lazim berlaku.
Katanya, punca utama perkara tersebut berlaku disebabkan kurangnya pemahaman berkaitan hukum dalam munakahat.
“Kebanyakan lelaki berpendapat, sesudah bercerai mereka tidak perlu lagi menanggung keluarga itu. Hakikatnya, yang terputus hubungan itu ialah ibu dan bapa tetapi hubungan antara anak itu tidak akan pernah terputus,” katanya ketika dihubungi K2 baru-baru ini.
Tambah Muhamad Aizuddin, golongan wanita perlu celik mengenai perundangan Islam bagi mengelakkan mereka daripada terus ditindas.
Hal ini kerana ia merupakan hak yang telah ditetapkan oleh perundangan bagi melindungi golongan tersebut.
Membela
Kajian mengenai perkara itu kini dalam peringkat akhir setelah pihaknya mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kewangan, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ia dijangka dilaksanakan serta-merta tahun ini.
Langkah itu bertujuan membela kaum wanita yang selama ini ditindas oleh sesetengah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab membayar nafkah kepada isteri yang mereka ceraikan. Mekanisme itu juga bagi membolehkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah menggunakan kaedah seperti menuntut nafkah daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan akaun bank suami untuk membayar nafkah kepada isteri yang diceraikan. Ini juga sebagai satu bentuk perlindungan terhadap golongan wanita.
Menerusi mekanisme sekatan bank ini, golongan suami tidak boleh lagi melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Ia merupakan tindakan tepat lebih-lebih lagi apabila masih ramai lagi golongan wanita bercerai yang selama ini ditindas oleh bekas suami. Secara tidak langsung, ia dapat meringankan beban golongan wanita.
SUMBER : KOSMO
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luasnya nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadap hambaNya, termasuk yang bukan Islam. Namun ada kalanya kita berdepan dengan masalah kewangan sehingga perbelanjaan tertentu terpaksa dipotong dan rasa seperti tidak ‘cukup’.
Sebagai umat Islam, terdapat beberapa amalan dan doa murah rezeki yang boleh diamalkan malah amat disukai Allah SWT. Berikut adalah antara amalan dan doa supaya rezeki kita dilancarkan dan melimpah ruah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak.
1) Sentiasa beristighfar
Perbuatan berbentuk rintihan hamba kepada Allah SWT kerana kesal dan mengakui dosanya. Allah SWT amat suka dan kasihan kepada mereka yang sering bertaubat. Allah SWT akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa beristighfar seperti yang dijanjikanNya di dalam sebuah hadith :
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’I, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.).
2) Solat 5 waktu
Jika mahu rezeki sentiasa masuk dan mendapat keberkatanNya, pastikan anda tidak tinggal solat 5 waktu, malah lebih elok jika mampu menunaikan secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu nexcaya Aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A).
3) Sentiasa bersedekah
Tahukah anda, mereka yang gemar bersedekah hartanya tidak berkurangan bahkan semakin bertambah. Sentiasa ikhlaskan hati ketika bersedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurnianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261).
4) Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
Janganlah kita menjadi golongan anak derhaka yang mengabaikan ibu bapa dan hanya mengingati mereka ketika berdepan dengan kesempitan hidup. Berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah reseki (Allah) daripadanya.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).
5) Memudahkan urusan orang lain
Sentiasa ada kebaikan untuk kita apabila kita berbuat baik terhadap orang lain. Malah Allah SWT akan permudahkan pula urusan kita. Justeru itu, sentiasalah memudahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan.
Selain amalan, umat Islam digalakkan sentiasa berzikir dan mengamal serta menghafal doa murah rezeki. Antaranya adalah :
Asma’ul Husna boleh dijadikan sebagai doa murah rezeki seharian kerana ia menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati serta mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. Selain membantu melapangkan rezeki, ia juga membantu ‘memaniskan’ iman.
Surah Al-Ikhlas juga boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki. Sebagaimana Hadis Riwayat At-Tabrani yang bermaksud:
Surah Al-Waqi’ah juga punya ‘khasiatnya’ tersendiri dalam usaha untuk melapangkan rezeki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas buat pasangan bakal berkahwin, impikan bentuk badan menarik sebelum menjelang hari bahagia, di sini kami simpulkan beberapa tip diet dari Kevin Zahri untuk anda yang ingin mengejar impian untuk kelihatan segak dan cantik di hari bahagia.
1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda.
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.
11-20: Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? 🙂
Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
Sumber : https://kevinzahri.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!