Tip
5 Faktor Penyebab Pergaduhan Dalam Hubungan Cinta

5 Faktor Penyebab Pergaduhan Dalam Hubungan Cinta

Dalam hubungan cinta, pelbagai faktor boleh menyumbang kepada perbalahan antara pasangan. Cemburu dan mudah naik angin antara punca tercetusnya pergaduhan dalam perhubungan. Namun, adakah anda tahu, terdapat punca lain juga yang boleh buat anda dan si dia bermasam muka . Pesona Pengantin kongsikan 5 punca yang tak masuk akal jadi penyebab sesebuah pergaduhan dalam hubungan cinta.

1. BERI SOKONGAN MELAMPAU

Sanggup batalkan temu janji dengan rakan-rakan kerana si dia telah menerima berita buruk? Syabas! Ia menunjukkan anda seorang teman wanita yang begitu prihatin dan turut memikirkan masa depannya. Tetapi, jika anda terlalu memberi sokongan yang keterlaluan sangat, ia akan membuatkan si dia rasa bengang. Ingat, lelaki tak suka wanita yang terlalu merimaskan.

2. MEMBUAT PANGGILAN KETIKA MEMANDU

Lebih baik berhenti dulu daripada membuat panggilan kepada si dia ketika anda sedang memandu. Menurut ahli sains, berbual ketika memandu mendorong kepada salah faham dan perhatian kepadanya juga terganggu. Tak pasal-pasal anda dan dia bergaduh pula.

3. SUKA MENGALAH

Apabila si dia buat anda naik angin, memang anda terasa untuk pergi dan ambil masa untuk bertenang. Namun, satu kajian mendapati strategi tersebut tidak berapa menjadi dan jika salah seorang sering mengalah dalam pertengkaran, ia meningkatkan peluang untuk anda berdua berpisah.

4. JADI SUMBER KEWANGAN SI DIA

Memang hebat bila wanita mula mengatasi lelaki dari segi pendapatan. Tetapi jika si dia bergantung harap padamu dari segi kewangan, dia mempunyai potensi lima kali ganda menjadi penipu dan ini boleh beri kesan buruk pada hubungan .

5. KUAT TIDUR

Mungkin perkara ini nampak remeh, namun ia boleh menyebabkan perbalahan dalam hubungan. Pasangan yang kuat tidur boleh menjadikan rumah tangga kucar-kacir dan mengganggu institusi kekeluargaan. Sebagai contoh suami menghabiskan masa lapang dengan tidur tanpa menghiraukan isteri dan anak-anak. Walhal, isteri dan anak-anak perlukan masa bersama seperti pergi beriadah dan bercuti.

Buat 6 Perkara Ini Kalau Nak Hubungan Dengan Pasangan Sentiasa ‘Sweet’

Buat 6 Perkara Ini Kalau Nak Hubungan Dengan Pasangan Sentiasa ‘Sweet’

Bila sebut tentang hubungan cinta, tentu ia penuh dengan rintangan yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Perselisihan faham sering terjadi dalam perhubungan sekali gus boleh merenggangkan hubungan anda dengan pasangan. Sebab itulah hubungan dengan pasangan kena sentiasa ngam agar percintaan yang anda jalinkan bahagia dan harmoni.

Bagi mendapatkan hubungan yang ngam ini dengan pasangan, kuncinya ada pada 8 perkara ini. Pastikan anda beri perhatian agar hubungan anda bersama pasangan akan bertambah erat.

1. JANGAN MENIPU

Siapa yang suka ditipu? Kalau anda dalam hubungan yang baik dengan pasangan, tiba-tiba anda tahu hubungan itu hanyalah palsu. Pasti anda terasa seperti membuang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul penipuan-penipuan yang lain.

2. SELALU BERSAMA

Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan pasangan. Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita, tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.

3. JANGAN BERPURA-PURA

Memang anda sentiasa mahu menjaga hati si dia walaupun dalam hati anda sebenarnya ada benda yang anda tidak suka dengan dia. Buang sifat itu kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri anda menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. Ada pula yang sanggup melukakan diri hanya kerana anda enggan memberitahu seseuatu yang anda tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan anda. Cuba buang sifat tu, terus-terang apa yang anda ingin katakan kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.

4. MINTA MAAF DENGAN IKHLAS

Kalau mahu meminta maaf, buatlah dengan ikhlas dan dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respons daripada si dia. Kalau dia tidak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia rasa tenang hati misalnya anda boleh meninggalkan sekeping nota dan nyatakan yang anda mohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.

5. SELESAIKAN MASALAH DENGAN CEPAT

Bila anda bergaduh dengan pasangan, tidak kiralah fasal apa pergaduhan itu jangan sampai ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya diselesaikan dengan cepat. Katakan hari ini anda bergaduh, lepas itu anda terus tidur, malas mahu melayan kerenah pasangan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, dan minggu depan. Nanti lama-kelamaan ia boleh mendatang stres kepada anda dan pasangan hingga menjejaskan hubungan anda berdua.

6. JANGAN SEBUT TENTANG PUTUS HUBUNGAN

Jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali anda berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa anda terus kepada negatif. Jika setiap perbalahan berakhir dengan keputusan untuk berpisah, ia adalah penyelesaian yang negatif. Lebih baik anda fikir dahulu sebelum berkata-kata. Gara-gara mulut, badan binasa!

Jangan Ambil Mudah! 4 Perkara Ini Jika Tak Dibendung, Boleh Jejaskan Hubungan Suami Isteri

Jangan Ambil Mudah! 4 Perkara Ini Jika Tak Dibendung, Boleh Jejaskan Hubungan Suami Isteri

Dalam hubungan rumah tangga, setiap pasangan perlulah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ikatan yang dibina kekal utuh dan berkekalan. Jika berlaku pergaduhan, segeralah bawa berbincang dan selesaikan dengan cepat. Jangan biarkan ia berlarutan hingga boleh mengganggu emosi anda mahupun pasangan.

Jika anda mula rasa risau akan situasi tersebut, anda mungkin boleh buat beberapa persediaan minda dengan menyedari 4 sebab yang menjadi punca keretakan hubungan. Anda boleh nilai sendiri dan kemudian sediakan minda anda untuk menghadapinya dengan sikap positif.

Di sini Pesona Pengantin kongsikan 4 penyebab hubungan cinta suami isteri tak kekal lama dan selalu berentakan.

1. KURANG KOMUNIKASI

Komunikasi adalah asas kepada setiap perhubungan. Bila anda mula berkenalan dengan pasangan yang anda sukai, anda akan bercerita, berkongsi pelbagai macam kisah dalam masa yang lama.Jika tidak bercakap, khidmat pesanan ringkas (SMS) juga boleh jadi. Semua komunikasi tiba-tiba terhenti dan anda dapati anda begitu kesunyian serta bersusah payah mencari topik untuk disembangkan. Ketika ini anda patut sedar pasangan anda bukanlah seperti yang dahulu lagi.

2. HILANG NIKMAT HUBUNGAN INTIM

Hubungan yang sihat dibuktikan dengan keserasian pasangan terutama ketika perhubungan seksual.Apabila salah seorang tidak lagi mempunyai keinginan tersebut maknanya tanda amaran hubungan sudah terjejas telah timbul. Pasangan yang menginginkan pula pasti berasa begitu kecewa, rasa diketepikan dan keseorangan.

Perasaan ini menjurus kepada pergaduhan jika berterusan. Jika anda sudah melalui peringkat ini maka janganlah terlalu bersedih. Fikirkan perkara lain dan sibukkan diri bersama anak-anak atau teman di pejabat.

3. MENYAMPAH DENGAN PASANGAN

Apabila setiap perkara yang dilakukan pasangan membuatkan anda menyampah. Sepatutnya apabila pasangan bercinta, walau si dia berperlakuan pelik anda menerima seadanya. Namun, jika anda semakin jelek dan menyampah, sebagai contoh pasangan anda minat bola sepak, tapi anda mula membebel tidak berkenan dengan hobi pasangan anda itu, maka itu satu tanda bahawa anda perlu putuskan hubungan sebelum anda semakin sakit hati dengannya dan melakukan perkara yang bukan-bukan.

4. SELALU BERI PELBAGAI ALASAN

Alasan adalah tanda perhubungan yang tiada persefahaman. Jika anda semakin kerap melahirkan alasan, anda tanya diri sendiri kenapa. Jika anda sedar bahawa pasangan anda tidak mencapai tahap yang anda mahukan, tapi anda masih boleh memberikan pandangan positif tentang dirinya di hadapan sahabat anda, maknanya anda masih boleh mempertahankan hubungan tersebut. Tapi jika anda mula membangkitkan sekecil kecil kelemahan dirinya maka lebih baiklah anda memutuskan sahaja hubungan tersebut sebelum ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Tak Perlu Risau, Hubungan Anda Terbukti Stabil Jika Miliki 6 Tanda Ini!

Tak Perlu Risau, Hubungan Anda Terbukti Stabil Jika Miliki 6 Tanda Ini!

Hubungan percintaan tidak terlepas dari perselisihan faham dan pergaduhan. Perkara tersebut sering berlaku dalam hubungan cinta. Mungkin hubungan cinta kerap terputus dan sambung kembali kerana masih ada perasaan sayang dalam hati. Namun, adakah anda sedar bila hubungan anda bersama pasangan sudah stabil?

Pesona Pengantin kongsikan 6 tanda bahawa hubungan anda mulai stabil dan harmoni.

1. NAMPAK KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PASANGAN

cinta ini memang seperti magis. Bila sedang angau dibuai cinta kadang kala mata pun boleh jadi kelabu. Namun, apabila awan nano cinta ini sudah ditiup ketepi sedikit oleh realiti, anda akan mula nampak perkara yang anda tidak perasan sebelum ini.

Sebelum ini semuanya manis, sekarang ada sedikit pahit. Jangan risau, ini bukan sebab anda benci pasangan anda atau anda sudah tidak sayang akan pasangan. Anda cuma mula mengenali baik buruk pasangan. Just be glad yang anda dan pasangan sudah melalui fasa berikutnya iaitu fasa reality.

2. TIDAK PERLU MESEJ/TELEFON SEPANJANG MASA

Selepas sekian lama menyemai cinta, rasa keterujaan untuk sentiasa berhubung akan sedikit berkurang. Bukan sebab dah rasa bosan atau perkara sebegitu, cuma anda sudah lebih faham tentang aktiviti pasangan anda, dengan siapa dia lepak, bagaimana waktu kerjanya dan sebagainya.

Oleh itu, kurang sedikit benda yang perlu ditanya. Selari dengan itu, rasa kepercayaan terhadap pasangan juga bertambah mengikut masa, jadi tiada rasa keperluan untuk berasa curiga tentang pasangan anda.

3. BERCAKAP MENGENAI MASA DEPAN

Jika dulu apabila cakap pasal masa depan, seperti takut-takut. Silap haribulan boleh membawa gaduh. Berbeza dengan sekarang sudah tidak sebegitu. Anda berdua lebih fokus tentang matlamat masa hadapan bersama. Perkara yang paling menarik ialah, anda berdua bukan setakat merancang, anda berdua turut berusaha gigih ke arah matlamat itu.

4. MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN

Anda berdua tahu apa yang perlu dilakukan apabila pasangan sedih. Apabila pasangan rasa stres, apabila pasangan rasa hendak makan tapi tidak tahu menu untuk dipesan. Apabila pasangan cari barang lepas itu anda boleh agak di mana barang itu dan tekaan anda tepat. Apabila anda boleh habiskan ayat pasangan. Apabila anda dan pasangan mahu gosip berdua tetaapi ramai orang jadi terpaksa bagi isyarat mata sahaja. Pendek kata, anda dan pasangan boleh ‘baca’ satu sama lain.

5. ANDA TAHU ANDA CINTAKAN PASANGAN

Pernah tak dulu apabila orang tanya, “Apa yang you suka sangat pasal dia?” lepas itu anda tidak tahu untuk jawab apa sebab anda sendiri sebenarnya tidak pasti sangat kenapa anda suka pasangan anda. Sekejap pasal ini, sekejap pasal lain. Kadang kala sampai anda sendiri keliru.

Tapi sekarang, kalau orang tanya anda boleh senaraikan dengan mudah. ’10 Sebab Anda Sayang Pasangan?’ ’15 Benda Paling Cute‘ Semua itu ada dalam tangan anda. Dulu mungkin anda tidak kenal sangat dengan pasangan anda. Tapi sekarang anda sudah lebih mengenalinya dan anda suka baik buruknya, dan yang paling memarik, baik buruk anda berdua itulah yang menguatkan lagi hubungan anda berdua.

6. TIADA MASALAH JIKA BERCANGGAH PENDAPAT

Tidak semua perkara anda dan pasangan perlu punya pendapat yang sama dan anda berdua tiada masalah dengan perkara itu. Anda berdua terima pendapat masing-masing dan tidak bergaduh atau bertengkar selepas berbincang. Anda berdua boleh menerima pendapat masing-masing dan mengganggap perkara itu bukan suatu yang boleh membawa kepada pergaduhan.

Ambil Tahu 7 Gaya Pelukan Yang Sempurna Buat Pasangan Dan Rasa Dirinya Disayangi

Ambil Tahu 7 Gaya Pelukan Yang Sempurna Buat Pasangan Dan Rasa Dirinya Disayangi

Kajian membuktikan sentuhan dan pelukan antara suami isteri membantu mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindak balas dalam tubuh ketika tertekan seperti kortisol dan adrenalin. Pelukan juga dapat mengurangkan stres dan kerisauan.

Oleh itu, penting bagi setiap pasangan suami isteri untuk mengamalkan sentuhan dan pelukan sebagai salah satu rutin harian untuk mengeratkan hubungan.

Namun, sikap endah tak endah pasangan dalam mempraktikkan pelukan sering kali menyebabkan rumah tangga menjadi dingin. Ada juga pasangan yang memberikan pelukan cuma sekadar simbol suami isteri tetapi tidak memahami maksud pelukan tersebut. Dan disebabkan itulah cara anda memeluk pasangan amat penting agar pasangan merasai kesan dan nikmatnya.

Di sini Pesona Pengantin kongsikan cara pelukan yang betul dan sempurna yang boleh anda dan pasangan amalkan. Gerenti kalau ikut cara ini, bertambah sayanglah pasangan terhadap anda.

Ikut tip ini

1. Pastikan jenis pelukan yang anda hendak berikan kepada pasangan sama ada pelukan itu berbentuk mesra, romantik, gurauan, kegembiraan, tahniah atau simpati.

2. Lebarkan tangan dan senyumlah ketika memulakan pelukan. Orang lelaki lebih suka memeluk pinggang dan belakang isterinya, manakala isteri pula lebih suka memeluk leher dan bahu suami. Tarik dan rapatkan tubuh serta rasakan sentuhan pada dada, abdomen dan paha pasangan.

3. Pelukan haruslah dilakukan dengan penuh perasaan. Sesekali peluk erat dan rapat bagi menunjukkan yang anda selesa dengan pasangan.

4. Tukar posisi pelukan sama ada pelukan dari tepi, pelukan sambil duduk menonton televisyen atau sebagainya. Anda juga boleh memeluk bahu sambil memegang tangan pasangan.

5. Yang penting, rasai kenikmatan dan keseronokan pelukan itu bersama pasangan. Tinggalkan semua perkara yang mungkin boleh mengganggu fikiran anda sama ada anda ketika itu memikirkan tentang pinggan yang masih belum dibasuh atau gangguan bunyi telefon bimbit.

6. Peluklah pasangan selama yang anda mahu, boleh jadi beberapa saat sehingga beberapa minit. Jika mampu, bolehlah memeluk isteri atau suami lebih lama sekiranya isteri berada dalam keadaan trauma seperti baharu mengalami kesedihan dan sebagainya.

7. Sambil memeluk pasangan, ucapkanlah kata-kata romantik, semangat, motivasi atau memujuk. Elakkan daripada memeluk pasangan ala kadar yang mungkin boleh memberikan tafsiran yang salah kepada pasangan.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: