5 Fakta Menarik Perkahwinan Kali Ke-3 Britney Spears! Lagu Pilihan Britney Ke Altar Memang Klasik!

Share

Penyanyi pop, Britney Spears yang popular dengan lagu ‘Baby One More Time’ dan ‘Oops! I Did It Again’ sekali lagi bergelar isteri buat kali ke-3 setelah selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasih yang juga jurulatih peribadinya, Sam Asghari. Pasangan ini bertunang pada September 2021.


Perkahwinan Britney, 40, dan Sam Asghari, 28, yang merupakan seorang pelakon serta jurulatih kecergasan berlangsung sembilan bulan selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka.


Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu.
Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline yang bertahan sehingga 2007, Spears mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun.

Jom lihat beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan kali ke-3 Britney Spears ini:

1.Majlis tertutup itu diadakan di Los Angeles yang turut dihadiri rakan baik Britney antaranya Selena Gomez dan Madonna.

2. Britney dan Sam tampil glamor serta elegan dengan busana perkahwinan hasil rekaan Donatella Versace.

3. Pasangan itu berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum bercinta setahun selepas itu.

4. Britney menggayakan barang kemas dari Stephanie Gottlieb dan disolek Charlotte Tilbury pada hari bahagianya.


5.Britney juga memilih lagu Can’t Help Falling in Love nyanyian Elvis Presley bagi mengiringinya ke altar perkahwinan.

IKLAN