
Biasanya kita banyak mendengar kisah ibu yang menangisi pemergian anak tersayang keluar dari rumah. Berbeza dengan video yang dikongsikan seorang wanita di Tik Tok dengan menggunakan akaun @Zzianazamzuri. Gembira dengan keputusan ibunya untuk mendirikan rumahtangga namun terasa sedih apabila ibu terpaksa meninggalkan anak untuk mengikut suaminya.
Kebahagiaan saat mendirikan rumahtangga sukar dinafikan. Bila ada pasangan di sisi yang boleh menjaga, menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita sudah mampu menerbitkan kebahagiaan yang tiada tandingan apatah lagi pada usia emas. Ada juga peneman untuk menemani di saat memerlukan.
Saat bahagia ibu disunting selepas 10 tahun hidup bersendirian diceritakan semula @Zzianazamzuri dalam perkongsian di Tik Tok. Perkenalan ibunya dengan suami pilihan yang merupakan seorang duda hanya melalui telefon, hasil usaha anak menantu. Selepas lebih kurang tiga bulan, pasangan ini selamat dinikahkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis dalam satu majlis ringkas pada 17 Julai lalu.
Di dalam kegembiraan menyambut ‘ayah’ baharu, terbit juga kesedihan dalam hati si anak apabila ibunya berpindah ke rumah baharu di Kedah. Rumah yang belum pernah disinggahi dek kerana larangan rentas negeri akan menjadi syurga baharu buat ibunya.
Tidak ada sesiapa menyangkal bahawa jodoh Allah adalah yang terbaik. Saat disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan, hanya nawaitu kerana Allah Taala yang akan membawa pasangan ke syurga abadi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Badak Air Jiwang & Juwita Selamat ‘Disatukan’, Meriah Betul Majlis Resepsi Mereka!

Keinginan untuk melangsungkan perkahwinan dan membina keluarga menjadi idaman semua orang. Namun seandainya belum ada jodoh, janganlah disalahkan takdir. Sabar dulu. Mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk anda.
Baru-baru ini sepasangan badak air melangsungkan perkahwinan dengan cukup meriah. Kali ini Pesona Pengantin sengaja membawa kisah ini buat bacaan pembaca sekalian. Sesekali nak ukir senyuman anda membaca kisah haiwan comel ini disatukan.
Dalam satu perkongsian di media sosial, pasangan badak air ini disatukan pada 21 April lalu bertempat di Sunway Lost World Of Tambun, Perak. Wedding of the year ini mengangkat tema glamor, dongeng dan ala Melayu tradisional. Ramai yang berkongsi video dan ucapan. Jom kami share momen ‘bahagia’ badak air yang disatukan ni!



Bukan calang-calang tau majlis resepsi Jiwang dan Juwita ni. Siap ada makan-makan, doorgift bunga telur dan majlis yang cukup meriah.
Video yang dikongsikan salah seorang ‘teamu jemputan’ di majlis resepsi Jiwang dan Juwita betul-betul membawa kita ke sebuah majlis perkahwinan.
Selamat pengantin baru Jiwang dan Juwita! Ada yang nak tengok pasangan bahagia ni? Boleh klik SINI untuk dapatkan tiket.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simpan Malu Disentuh Suami Kali Pertama. Lama-lama Nampak Gedik Pula Bila Melentuk Depan Khalayak!

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suara Lunak, Wajah Ayu Dan Menawan Mampu Menarik Jodoh Datang Mendekat

Isi Kandungan
TogglePemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau nama komersialnya, Wany Hasrita memiliki pakej lengkap sebagai seorang penyanyi. Punya seraut wajah yang ayu serta penampilan yang sopan bertudung menjadi inspirasi kepada hijabi untuk lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu yang diimpikan.
Memiliki suara yang lunak, mantap dan mengasyikkan, Wany berjaya memikat selera ramai pencinta lagu-lagu berentak balada. Malah buat peminat setia Wany, kebanyakan mereka tidak hanya meminati kehebatan suaranya semata-mata malah mengakui gadis ini memiliki seraut wajah yang ayu dan menawan.
Menebak tentang perasaannya ketika menyarungkan busana pengantin, akui gadis berkulit cerah ini, ada satu perasaan yang sukar diungkapkan. Pertama kali menggayakan gaun pengantin membuatkan dirinya terasa seperti tidak percaya yang dia sedang memakai gaun pengantin.
Jodoh Pilihan
Berkongsi kisah apa yang tersemat di dalam kalbu yang selama ini menjadi rahsia peribadi, ternyata seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya, Wany juga ingin mengecapi indahnya pelayaran alam rumah tangga. Jauh di sudut hati, sudah sesuai untuk Wany menyemai harapan untuk dirinya bertemu si dia, jodoh yang dinantikannya.
“Sesungguhnya jodoh telah ditentukan oleh Allah. Namun pilihan jodoh saya mestilah mendapat restu daripada keluarga. Restu keluarga itu amat penting untuk keberkatan ke arah membina keluarga yang bahagia. Mengenai calon suami, saya tidak kisah sama ada dia sama bidang dengan saya ataupun tidak. Saya bukanlah seorang yang terlalu selektif dalam memilih calon suami. Jika dia jodoh saya maka saya akan terima dengan hati yang terbuka.
“Jika boleh, saya mahu mengelak daripada memilih calon suami yang lebih muda daripada saya. Sebenarnya ia bergantung kepada pembawaan diri masing-masing. Yang penting cara kita berfikir dan juga bertindak. Jujurnya, tidak pernah terlintas di benak fikiran untuk saya jatuh cinta dengan lelaki yang lebih muda. Ini kerana saya mendambakan calon suami yang berumur lebih tua daripada saya iaitu sekitar lewat 20-an. Walau bagaimanapun jika sudah tersurat yang jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda, saya terima sahaja,” ujar Wany sambil tersenyum manis mengatur pembuka kata.
Menyingkap tentang takrifan cinta, Wany punya pengertian yang tersendiri. Bagi Wany, cinta itu berkait rapat tentang sikap saling bertolak ansur dan juga memperbaiki kekurangan yang ada pada diri masing-masing.
“Tentang calon suami, biarlah atas pilihan sendiri. Bukannya saya menolak jodoh pilihan keluarga namun apabila melibatkan masa hadapan, saya lebih selesa untuk membuat keputusan sendiri. Namun begitu, jika pilihan ibu seorang jejaka yang sesuai dengan saya, apa salahnya. Yang penting perkahwinan yang saya akan bina nanti direstui oleh semua pihak,” ujar Wany penuh makna.
Pertunangan
Kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. Sudah menjadi kelaziman sebelum uda dan dara disatukan, alam pertunangan merupakan tempoh untuk saling menyesuaikan diri antara satu sama lain. Apa pula pendapat Wany tentang alam pertunangan.
“Saya memilih untuk tidak melalui tempoh pertunangan kerana seperti yang kita ketahui, alam pertunangan ialah satu fasa yang amat mencabar dan penuh dengan liku-liku dugaan. Lagipun pada pendapat saya, jika alasan tempoh pertunangan itu bagi memberi peluang kepada pasangan bakal mempelai mengenali lebih rapat lagi, ia tidak relevan. Ini kerana kita hanya akan tahu sikap sebenar seseorang itu hanya apabila kita telah hidup sebumbung dengannya.
“Oleh itu saya memilih untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa melalui proses pertunangan. Jika ada pun majlis pertunangan, biarlah sebelum majlis pernikahan berlangsung. Ia sebagai syarat selain memenuhi permintaan ahli keluarga,” tutur Wany.
5 Ciri-Ciri Calon Suami Pilihan Wany Hasrita
1. Penyabar dengan kerenah saya.
2. Pendengar yang baik sebab saya suka bercakap.
3. Boleh membimbing saya ke arah kehidupan yang diredai oleh Allah.
4. Lelaki yang membuatkan saya selesa dan selamat bersama dengannya.
5. Berilmu agar si dia dapat mengajar saya tentang ilmu dunia dan akhirat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI