Sebenarnya bukan senang nak memilih doorgift kahwin kepada tetapu untuk majlis perkahwinan. Makan masa juga dan anda tak boleh ikut orang.
Menerusi perkongsian Puan Afikah Zahra, ini yang sepatutnya anda buat bila niat nak buat majlis kenduri dalam masa terdekat.
Elakkan Memilih Doorgift Kahwin Macam Ini
1. Beli terlalu awal hingga goodies hampir expired dan rosak terutamanya makanan.
Ads
2. Memberi goodies keagamaan, melainkan semua tetamu dijamin adalah Islam. Kadang-kadang rakan sekerja, rakan course, jiran tetangga kita adalah non-muslim. Jadi tak manis beri tasbih kepada golongan non-muslim. Nak selamat, sediakan asing barang lain.
3. Mementingkan brand dan SAUVAGE. Nak elok, sekurang-kurangnya RM5 per goodies. Tetapi kalau mampu boleh bagi lebih.
Ads
4. Beri sample yang terlalu kecil dan tidak berguna.
Ads
5. Too personalized yang mana anda memberikan goodies seperti mug dan bag yang ada muka atau nama anda dan pasangan. Ada sesetengah orang tak akan pakai. Akhirnya buang, membazir.
Okay, selepas ini anda boleh fikir dan buat keputusan terbaik sebelum beli barang untuk dijadikan doorgift kepada tetamu.
Semoga majlis anda berjalan lancar dan dipermudah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam memastikan agar hubungan suami dan isteri kekal berkekalan ke akhir usia, bajainya dengan kasih sayang dan rasa cinta yang mendalam. Hidup bersama-sama setiap hari dapat menumbuhkan rasa sayang anda terhadap pasangan, namun tidak kurang juga berlaku konflik atau tidak sefahaman. Begitulah asam garam hidup dalam rumah tangga.
Ketahui 5 janji yang perlu ada dalam hubungan suami isteri supaya terus bahagia hingga ke Jannah.
1.Sentiasa utamakan pasangan
Pasangan anda akan merasa bahagia jika anda memberikan perhatian lebih kepada daripada mengutamakan pekerjaan, hobi, pergaulan dan hal-hal lain.
2.Sentiasa cintai pasangan
Jatuh cinta adalah proses seumur hidup. Cinta anda biarlah terus mekar dari hari ke hari. Jatuh cintalah selalu kepada pasangan anda setiap hari. Pelihara kasih sayang dan cinta anda dengan selalu mengucapkan “ Saya akan terus mencintai awak”.
3.Sering bertanggungjawab
Jadilah pasangan yang bertanggungjawab, baik sebagai suami atau isteri. Dengan ini, maka pasangan akan sentiasa merasa selamat berada di sisi anda.
4.Selalu berkata”YA!”
Pasangan anda berhak mendapatkan respon positif dari anda. Jika anda berkata “YA!”, maka aura positif akan memenuhi suasana dalam keluarga anda, menciptakan kebahagiaan bagi pasangan anda dan juga diri sendiri. Pastikan selalu berkata “YA!” untuk hal yang positif.
5.Jadilah pelindung bagi pasangan dan keluarga
Dalam situasi hidup yang penuh cabaran atau bahkan dalam situasi aman sekalipun, pasangan anda berhak memiliki seorang pelindung bagi dirinya, iaitu anda. Jadilah pasangan yang mempunyai peribadi yang lembut, namun bijaksana dalam mengatasi pasang surut kehidupan keluarga anda.
Sumber:http://lifestyle.liputan6.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahuilah para suami, membahagiakan isteri merupakan salah satu jalan pembuka rezeki dalam sesebuah rumah tangga. Jika tidak mahu rezeki semakin sempit, hargailah isteri dan jangan sakiti hatinya.
Saat suami melukakan dan menyakiti hati isteri sehingga membuatkan isteri menangis, ia boleh diibaratkan seperti suami menzalimi isteri. Lantas tindakan suami itu boleh memberikan enam kesan terhadap isteri sehingga membuatkan rezeki suami semakin jauh.
Jika isteri dilukai semestinya seluruh keluarga juga akan terkena kesannya sehingga mengganggu tugasan harian seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga. Namun apabila isteri rasa bahagia, secara tidak langsung isteri akan menjadi perangsang terbaik untuk suami mencari lebih banyak rezeki.
Melukakan hati isteri sama ada dalam bentuk ucapan ataupun tindakan boleh membuatkan isteri menjadi seorang yang tidak bersyukur. Namun jika isteri disenangi oleh suami, pasti isteri sentiasa bersyukur dan mendoakan rezeki suaminya terbuka luas kerana Allah akan mengurniakan banyak rezeki kepada mereka yang sentiasa bersyukur.
Isteri yang dilukai tentu sahaja akan melayani suaminya tidak ikhlas kerana ia mencerminkan sikap kecewa isteri terhadap tindakan suami. Apabila kedua-duanya bersikap negatif ia akan membuatkan pintu kebaikan dan sumebr rezeki tertutup. Namun jika suami melayani isteri dengan seikhlas hati dan bersyukur maka Allah akan menggandakan ganjaran rezeki yang begitu luas untuk dirinya dan keluarga.
Apabila suami menyakiti isteri tentu sahaja isteri akan menyimpan perasaan sedih dan kecewa sehingga boleh memburukkan mood mereka. Perasaan negatif ini akan tersimpan di dalam hati sehingga menjejaskan hubungan suami isteri dan akhirnya menyebabkan berlakunya pertengkaran.
Jika sebelum ini isteri sentiasa memberikan sokongan kepada suami dalam apa jua perkara, namun saat isteri dilukai sokongan tersebut mulai hambar. Perkara ini akan membuatkan suami rasa hilang semangat terutama sekali apabila suami ditimpa masalah.
Apabila mood isteri terganggu dan hati isteri dilukai, ia juga akan memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Ini kerana anak-anak merupakan rezeki dalam rumah tangga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak perlu dinafikan lagi, Korea Selatan sememangnya menjadi salah satu destinasi percutian pilihan ramai rakyat Malaysia. Dengan lambakan drama dan lagu-lagu K-Pop yang sering disogokkan dalam media massa, tidak hairanlah kenapa ramai yang ingin ke Korea Selatan.
Selain bandar-bandar utama Korea Selatan seperti Seoul dan Busan yang sering dipaparkan dalam filem-filem serta drama K-Pop, ada beberapa lokasi lain yang turut mendapat perhatian. Salah satunya adalah Pulau Jeju di selatan Korea yang sering dijadikan latar belakang untuk kisah cinta drama K-Pop. Jadi sudah tentu ia juga sesuai untuk berbulan madu!
Pulau yang indah ini juga sudah menjadi destinasi terbaru salah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah paling popular di dunia. Dan sejak diperkenalkan, ramai rakyat Malaysia yang sudah berpeluang memijakkan kaki ke sana.
Berbanding kota-kota besar, Jeju tidaklah sesibuk metropolitan lain di dunia kerana ia merupakan sebuah bandar yang sinonim dengan keindahan alam sekitar serta budaya dan sejarah tempatan. Oleh kerana itu banyak yang boleh dipelajari dan dinikmati oleh pasangan pengantin baru di situ.
Demi memudahkan perancangan percutian, ramai juga yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan tempatan di Jeju sendiri. Ini kerana mereka sudah tentu lebih arif dalam memperkenalkan tempat-tempat pelancongan yang menarik. Atas nasihat badan pelancongan Korea Selatan, salah satu syarikat pemandu pelancong tersohor di Jeju iaitu Yeha Tour banyak menolong rakyat Malaysia khasnya pasangan yang berbulan madu. Selain menyediakan perkhidmatan bas-bas persiaran besar, mereka turut menyediakan perkhidmatan penjelajahan peribadi (private tour) di sekitar pulau Jeju.
Kembara di Jeju harus dimulakan di sebuah taman tema terbaru negara tersebut yang dikenali sebagai Jeju Shinhwa World. Ia merupakan sebuah kawasan hartanah terkini yang mempunyai segala-galanya. Bermula dengan penginapan berbintang bertaraf antarabangsa seperti Landing Resort, sehinggalah aneka tempat makan serta taman temanya sendiri.
Malah, taman tema Jeju Shinhwa World ini merupakan taman tema pertama yang mengangkat pelbagai watak dari siri animasi asli Korea, iaitu Larva. Di dalamnya tersedia ajnas permainan yang boleh dicuba. Ini termasuk beberapa permainan interaktif dan 3D yang menawarkan pengalaman kepada para pengunjung untuk turut serta merasai pengembaraan yang dilalui watak-watak animasi tersebut.
Ia juga tempat terletaknya kafe bertema milik artis tersohor K-Pop, G Dragon. Jadi kalau anda peminat G-Dragon pastikan anda menjejakkan kaki ke sana.
Pada hari berikutnya, cuba teruskan perjalanan ke muzium teh Osulloc. Seperti yang diketahui umum, orang Korea memang terkenal dengan teh hijau mereka yang kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat. Di muzium teh ini, pengunjung bukan sahaja boleh membeli teh Korea terbaik, malah terdapat juga kedai Innisfree yang menjual produk-produk kecantikan berasaskan bahan-bahan organik serta tumbuh-tumbuhan sekitar pulau Jeju pada harga yang sangat berpatutan.
Dari muzium teh, pelancong dinasihatkan ke Seongsan Ilchulbong atau ‘Sunrise Peak’. Ia merupakan sebuah kawasan pergunungan yang terkenal dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Selain latar belakang samudera biru, dari ‘Puncak Matahari Terbit’ itu juga pengunjung boleh menyaksikan pemandangan kota Jejuyang romantis dari atas. Di tepi pantai di kawasan kaki bukit juga terdapat pertunjukan khas penyelam wanita berusia. Mereka meneruskan tradisi mencari hasil lautan dengan menyelam ke dalam lautan biarpun sudah lanjut usia di atas 50 tahun. Namun pertunjukan hanya akan diadakan jika keadaan tidak terlalu sejuk dan mengizinkan.
Selesai dari muzium teh, jangan lupa ke Play K Pop. Sebuah muzium khas yang didedikasikan kepada dunia K-Pop. Ia adalah singgahan wajib buat para pencinta budaya dan produk K-Pop kerana segala sejarah tentang muzik tersebut ada di situ. Malah, ia satu-satunya muzium K-Pop di dunia! Di muzium tersebut pengunjung boleh menyaksikan konsert K-Pop oleh artis-artis ternama mereka dalam bentuk hologram dan berasa seolah-olah berada di sebuah konsert yang benar. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di situ seperti ruang khas untuk menari dan menyanyi lagu-lagu K-Pop selain tempat untuk mengambil gambar bersama ikon-ikon K-Pop yang ternama.
Andai berkunjung di musim sejuk, jangan lepaskan peluang untuk cuba meluncur di atas salji di gunung Halla. Papan luncur kecil boleh disewa pada harga yang murah dan anda hanya perlu duduk dan biarkan papan itu meluncur ke bawah di atas tanah yang dipenuhi salji. Ramai penduduk tempatan yang suka ke situ di musim sejuk untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Selain itu, ia juga tempat yang sesuai untuk mengambil gambar kerana jatuhan salji semula jadi di situ menjadikannya satu panorama yang indah untuk diabadikan.
Selain tempat-tempat yang kaya dengan alam semulajadi, Jeju juga mempunyai tempat-tempat menarik lain yang merupakan buatan manusia. Antaranya adalah tempat-tempat bertema seperti Maze Land dan Love Land.
Maze Land merupakan sebuah taman yang cantik dan dipenuhi dengan ‘maze’ atau pagar sesat yang besar. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk cuba mencari jalan keluar dari pagar sesat yang ada. Selain itu, lanskap di sekitar kawasan tersebut juga sangat indah kerana dijaga dengan baik.
Love Land pula merupakan sebuah taman tema luaran yang didedikasikan untuk penghayatan cinta. Ia memaparkan arca serta ukiran patung-patung yang dicipta mengikut posisi-posisi keintiman fizikal manusia. Biarpun ia sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak di bawah tiga tahun sahaja, ia juga satu tinjauan lucu ke dalam dunia pendidikan seks serta keintiman. Taman tema ini memang sesuai untuk pasangan pengantin yang sedang berbulan madu!
Untuk cadangan penginapan pula, cubalah bermalam di Hyatt Regency Jeju. Selain harganya yang sangat berpatutan, lokasinya juga sangat menarik. Terletak di tepi pantai di kawasan yang cantik dan romantis, hotel ini juga menepati pilihan mereka yang sedang berbulan madu!
Kalau soal menjamu selera pula, Jeju sangat kaya dengan makanan laut yang lazat jadi ini tidak menjadi masalah buat para pengunjung beragama Islam. Malah sekarang terdapat banyak pakej-pakej percutian khas yang disediakan untuk pengunjung Muslim yang pentingkan makanan halal serta waktu solat. Untuk keterangan lanjut boleh juga merujuk kepada badan pelancongan Korea Selatan dan Jeju.
Dan ini semuanya hanyalah imbasan ringkas tentang apa yang dapat dilakukan di Jeju. Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh dicuba sekiranya berkunjung ke sana. Jadi jika anda ingin merasai dan melihat sendiri tempat-tempat cantik yang sering menjadi latarbelakang drama serta filem Korea, pastikan anda melawat pulau Jeju!
Sumber : Shah Shamsiri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...