Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya! Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan. Mungkin ini 5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik. Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
IKLAN
Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut. Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
IKLAN
Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan. Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah. Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
IKLAN
Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Salah satu ujian terbesar di dalam perkahwinan adalah kehadiran orang ketiga. Ibarat batu besar jatuh menimpa atap rumah, begitu jugalah perasaan pasangan yang menjadi mangsa curang. Secara tiba-tiba hidup hancur dan kita mungkin tidak tahu lagi apakah kita akan dapat membangunkan kembali rumah tangga yang dibina.
Puan Ain Mahazis kongsi mengapa wanita harus ada pendapatan sendiri walaupun sebesar RM10. Ini bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri.
First thing saya sendiri duk fikir , kenapa dia begitu naif mempersalahkan diri “tak pandai jaga suami” walhal si isteri sehingga mampu melahirkan dua orang anak
Rupanya , first wife , full housewife . Tak bekerja dan bergantung harap pada suami. Sampai sanggup telan pahit hempedu yang datang
Betul , ajal dan maut di tangan Tuhan . Letaklah dalam kepala selalu bahawa suami itu bukan hak kita . Kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan .
Wahai kaum isteri sekalian carilah pendapatan sendiri walaupun sebesar “RM10” , walaupun cuma RM10 , jika ianya dilakukan dengan passion dan kesungguhan boleh pergi jauh dari RM10 .
Wahai si isteri , selagi suami mu makan gaji dari company , bantulah suami ! Carilah pendapatan hanya dengan duduk di rumah .
Orang cakap , buat apa suami isteri nak kerja ? Tak cukup makan lagi ke ?
Let me explain , saya berkawan dgn kelompok semua kawan kawan sy berbisnes walaupun suami nya seorang bussines yg berjaya . Suami dia sebulan belas belas ribu income . Tp si isteri tetap jual online , pergi makeup orang , tahu sebab apa ?
Puas ! Puas dgn duit sendiri . Puas dengan usaha sendiri . Puas tengok anak anak cantik dgn apa yang kita rasa NAK BELI .
Why not jadikan kisah rampas merampas suami , menumpang kasih ni semua satu TURNING POINT untuk kita as a wife , mulakan hidup baru dengan mencari duit poket sendiri .
Setidak tidaknya , kita tidak risau apa akan mendatang nanti . Sebab orang kata hidup ni tak selalu indah . Kalau bukan kerana sebab suami di rampas , mungkin ada sebab dan musabab lain yang boleh menimpa kita .
Dengan kegawatan ekonomi sekarang , saya sangat percaya , seorang isteri itu perlu cari duit sendiri , utk diri sendiri , anak anak , dan suami .
Alhamdulillah , im proud with all of my agent Jamu Tun Teja , diorang dah buat Turning point utk buat income , sebulan boleh capai 2K . Siap boleh beli gelang emas utk anak perempuan .
Tidak kah kalian mahu begitu jugak ?
Buat suami ku , jangan risau . U are mine , Insyallah . ini juga peringatan buatku .
Kehamilan merupakan momen yang paling indah buat seorang wanita apabila dirinya disahkan telah berbadan dua. Apatah lagi melihat perubahan bentuk badan, pergerakan kecil si bayi dan pengalaman berdepan dengan ‘morning sickness’ yang mungkin teruk bagi sesetengah wanita.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat serta cukup sifat fizikal dan mental.
Penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu diamalkan ketika awal kehamilan lagi supaya kesihatan bayi terjamin.
Selain asid folik penting kepada si ibu supaya anak mendapat zat yang cukup, pengambilan susu juga perlu diutamakan kerana wanita hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Bayi akan mendapat kadar kalsium yang baik ketika di dalam kandungan. Ini dibuktikan dengan satu kajian yang menyatakan si ibu memerlukan antara 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari. Khasiat susu ini dapat memberi perlindungan dan memperbaiki kulit, hati, mata, otot dan jantung si comel.
Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsi di Facebooknya wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt.
MINUMLAH SUSU SBG PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu. Tetapi terpaksalah minum untuk kesihatan anak dalam kandungan, apabila mereka hamil.
Sudahlah tak suka minum susu, banyak pula jenama di pasaran. Tidak tahu mana yang terbaik.
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan .
Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.
Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini.
Namun saya mencadangkan agar minum susu yang segar kerana ia tidak mengandungi gula yang ditambah sepanjang 3 trimester kehamilan.
Susu segar juga kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini akan
mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir.
Selain itu susu segar mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C dan E yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan.
Susu segar adalah terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia kerana membekalkan zat besi, vitamin B complex & vitamin C yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.
Sesekali elok mengambil yogurt segar atau minuman yogurt kerana ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir.
Jadi bagi wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt. Seorang wanita tidak mengetahui bila dia telah hamil, kecuali selepas melakukan ujian UPT dan ultrasound setelah 6-8 minggu kehamilan.
Saya mencadangkan susu segar dan yogurt Farm Fresh.
Hidup bergelar suami isteri memang akan banyak ujian yang perlu dilalui. Tanggungjawab yang digalas sebagai seorang suami mahupun isteri bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang pelik jika kadang-kadang pertengkaran boleh berlaku.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami siteri. Begitulah umpama asam garam dalam perkahwinan. Hatta perihal kecil pun kadang-kadang boleh jadi perkara yang besar.
Lagi-lagi sewaktu isteri sedang ‘bercuti’. Waktu ini emosi mereka memang tak stabil. Semua benda tak kena pada mereka. dengar cerita dan nasihat dari saudara bernama Ammar Kamilin ini. Semoga kaum suami dapat hadam dengan baik. =)
Isnin itu,
Sebelum subuh dia sudah mula ‘bersilat’ di dapur. Bunyi air pili mengalir ke singki tak putus-putus dari tadi. Tanda banyaknya pinggan dan cawan tidak berbasuh yang ditinggalkan anak-anak malam tadi. Sudah jenuh dipesan, ada masa berkesan, kebanyakan masa tak ‘jalan’.
.
Masing-masing ada ‘misi pagi’. Dia dengan urusan dapur. Memastikan anak-anak mendapat bekalan ‘air tangan’ setiap hari. Saya dengan urusan ‘perkucingan’. Memastikan ‘anak-anak bulu’ mendapat bekalan makanan mencukupi dan lokasi ‘penyahtinjaan’ sedia bersih. Ikutkan hati, tak larat dah. Tetapi setiap pagi menguruskan sisa kumbahan, memberi kesan yang agak signifikan kepada ‘ketundukan hati’.
Selalu saja ada bisikan, ‘Padan muka kau, kau rasa kau hebat? Setiap pagi jadi abdi kucing-kucing ni. Mereka yang membuang, kau yang kutip.’ Rendah diri rasanya. Dengan kucing pun kalah. Belek-belek mengemaskan beg kerja. Baru perasan bekas makanan hari Jumaat lupa nak dikeluarkan dari dalam beg.
Allah! Cepat-cepat keluarkan dan bawa ke dapur.Baru saja mahu letakkan bekas makanan ke dalam singki, isteri merungut, “Bang, macam mana nak cakap dengan Iman ye. Petang Jumaat hari tu lagi dah ingatkan. Balik sekolah, keluarkan ‘lunchbox’. Basuh.
Jenuh cari mana ‘lunchbox’ dia pagi ni. Rupanya tak keluarkan lagi dari dalam beg.”Perlahan-lahan saya mulakan membasuh bekas sendiri. Entah kenapa, telinga saya yang berdesing. Sungguh itu cerita Iman. Tapi nampaknya saling tak tumpah dengan perangai abahnya.
Kebetulan yang menyakitkan. “Bercakap dengan budak, memang perlu berulang-ulang. Tak boleh harap dengan sekali cakap, terus dia akan ikut. Manusia ni mudah lupa. Itu sebabnya, Al-Quran pun ada ayat peringatan yang berulang-ulang. Dibaca selalu untuk ingatkan kita.”
Dia hanya diam sambil tangan laju membuka bungkusan mozzarella. Kuali sudah mula panas. “Orang dewasa pun sama. Kita dah pesan jangan letak beg tangan merata-rata. Sangkut dalam bilik. Balik kerja, sofa depan ruang tamu juga tempatnya.” Entah dari mana meluncur laju terlepas dari mulut. Nampaknya telinga yang berdesing tadi mula ‘memuntahkan’ respon buruk.
.
Suasana hening. Dia meneruskan kerja-kerja memasak. Tugas saya seterusnya mengejutkan anak-anak dan membersihkan diri. Pagi itu, sebelum bergerak ke tempat kerja, wajahnya tidak seperti biasa. Jelas tiada sinar dalam mata. Ulas bibir melurut semua. Ikut pengalaman, memang ada yang tak kena. Ada sesuatu yang mencabut ceria. Ciuman di tangan tidak sekuat biasa. Pelukan juga cepat-cepat dilepaskan sekadar ada.
Sedang sibuk di meja kerja, Jam 10.07 pagi.
‘Salam abang. Ryn minta maaf tau. Mungkin ada stress sikit. Emosi terganggu. Cepat terasa hati.’ Teks dihantar melalui whatsapp. Benar apa yang disangka. Dia memang terasa hati. Rasa bersalah pada diri sendiri. Satu, kerana tidak dapat mengawal hati yang terlampau sensitif terus mengeluarkan kata-kata yang menyindir.
Dua, kerana tidak segera menurunkan ego meminta maaf apabila sudah tahu terlajak cakap. Jika tidak terus dijawab teks whatsapp ini, maka ini kesalahan ketiga. Melengah-lengahkan kemaafan. ‘Abang sentiasa maafkan. Maafkan abang juga.’ Send.
Baru hadir ketenangan bekerja pagi itu. Patutlah serba tak kena pagi itu. Boss-boss di pejabat juga seakan ‘angin satu macam’. Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan ‘gila meroyan’ yang mengorbankan nyawaa. Kejadian itu realiti.
Penyakit ‘gila meroyan’ itu juga realiti. Mengabaikan tanda-tanda awal yang ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku dan sikap seorang wanita.
Kebanyakan lelaki mungkin lupa, jika ‘gila meroyan’ hanya berlaku pada wanita lepas bersalin, ‘datang bulan’ pula berlaku pada wanita setiap bulan.
Perubahan hormon itu sesuatu yang benar-benar ada kesannya. Kesan pada fizikal yang boleh dilihat dan kesan pada psikologi yang samar-samar. Ada wanita, saya pernah lihat masa di kolej dulu, sedang mesyuarat boleh tiba-tiba berguling-guling memegang perut menahan kesakitan. Baru saya tahu, boleh tahap itu kesakitannya. Ada juga yang mengalami sakit-sakit badan dan sakit pinggang.
Jika tiba-tiba si isteri menunjukkan tahap sensitiviti yang tinggi atau ‘merapu’, itu tanda-tanda mereka perlukan perhatian. Lebih baik lagi, ketenangan melalui sentuhan dan belaian. Dalam kesakitan dan ketidaktentuan, tiba-tiba dimanjakan, bukankah itu ‘nikmat’ buat mereka. Entah kenapa tiba-tiba saya bercerita kisah ini. Sungguh, luar niche penulisan saya. Mungkin atas rasa mahu menebus kesalahan.
Mahu kawan-kawan lelaki atau adik-adik yang baru bercadang untuk berpasangan, tahu dan sedar hakikat fitrah yang Allah ‘embedded’ dalam diri seorang wanita.
Lelaki seperti saya, ada juga hormon. ‘Hormon ego’. Ada masa sedar, tetapi hidung tetap mahu ditinggikan. ‘Datang bulan’ memang ujian untuk kaum lelaki setiap bulan. Ujian mengukur tahap keprihatinan
“Macam mana? Dah ok?” Menyambut beg-beg sekolah anak yang dihulur.
“Alhamdulillah.” Melepaskan beg yang berat dan beban emosi yang ditanggung bersama senyum terukir.
Saya belajar tiga perkara dari peristiwa ini,
1. Sensitif dengan perubahan emosi isteri. Perempuan jika terlepas kata, mungkin disebabkan hormon. Lelaki tenang saja.
2. Respon reaktif (segera) mengundang bahaya. Dengar, tarik nafas dalam-dalam. Tenang. Langkah terbaik, terus diam. Diam juga ada makna. Beri masa 10 saat untuk respon.
3. Ego merencatkan bahagia. Dalam banyak kegunaan ego manusia, ego dengan isteri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
Mana mungkin kita boleh ego pada wanita yang menemani kita tidur setiap malam, malah melahirkan anak kita.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.