Siapa kata wanita Malaysia lebih suka kan lelaki berkulit cerah seperti k-pop? Sebenarnya lelaki berkulit gelap atau hitam manis lebih memikat hati para wanita kerana ia dilihat lebih matang dan maskulin.
Rata-ratanya memilih lelaki kulit gelap kerana mereka mempunyai aura tersendiri, membuatkan ia menjadi lebih istimewa dimata mereka. Apa yang istimewa sangat lelaki kulit gelap ini dimata wanita? Jom kita lihat.
Kelihatan lebih macho
Mempunyai kulit gelap dan hitam manis akan membuatkan mereka kelihatan lebih macho dimata wanita. Berbanding dengan lelaki kulit cerah, lelaki berkulit gelap dianggap lebih kelihatan kelakian kerana sering melakukan pelbagai aktiviti.
Ads
Aura kelakian terserlah
Tidak hanya kelihatan macho, malah mereka ini memiliki aura kelakian lebih tinggi daripada lelaki berkulit cerah. Malah, ada yang menyatakan warna kulit mereka ini lebih menunjukkan mereka ini adalah lelaki sejati.
Ads
Nampak matang dan sasa
Lelaki berkulit gelap ini juga dikatakan lebih nampak matang dan sasa. Mengapa? Ia kerana rupa paras mereka ini dilihat lebih mudah kelihatan sasa.
Ads
Rajin bekerja
Bila memiliki kulit gelap ini, ramai yang akan mengaitkan dengan kerajinan mereka bekerja. Mana tidak, ini kerana kulit mereka ini seakan tidak takut untuk berjemur dan melakukan pelbagai aktiviti ditengah panas jika nak dibandingkan dengan lelaki berkulit cerah.
Berbanding dengan lelaki kulit cerah. Lelaki berkulit gelap dilihat lebih kacak kerana gaya dan personaliti mereka. Jadi tak hairanlah kenapa ramai wanita memilih lelaki berkulit gelap ini sebagai pasangan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika pasangan suami isteri tidak bersetubuh selama 5 bulan dan suami tidak pernah bersumpah untuk meng-ila’ isteri, adakah situasi tidak bersetubuh selama 5 bulan itu tetap dihukum sebagai ila’? Perlukah si suami membayar kafarah ila’ jika dia menyetubuhi isteri selepas 5 bulan?
JAWAPAN
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Ila’ (الإيلاء) adalah termasuk dalam perkara-perkara yang menyerupai talak dalam perhubungan suami isteri. Dari segi bahasa, ila’ dimaksudkan sebagai sumpah. Manakala dari segi istilah pula bermaksud suami yang mempunyai hak bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau dalam tempoh yang melebihi empat bulan. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 4/120)
Dalil hukum bagi ila’ itu sendiri telah ada dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Kepada orang-orang yang meng-ila’ isterinya, diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian, jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika mereka berazam (bertetap hati untuk) talaq, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah : 226-227)
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Ali R.A, katanya:
Maksudnya: “Apabila suami melakukan ila’ kepada isterinya, tidak jatuh walaupun telah berlalu empat bulam sehinggalah suami membuat keputusan sama ada menceraikannya ataupun menggauli isterinya semula.”
Riwayat Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ (2/556)
Sememangnya sumpah untuk meng-ila’ para isteri adalah termasuk dalam dosa-dosa besar yang perlu dijauhi oleh semua suami. Sekiranya si suami telah bersumpah ila’ terhadap isterinya, suami itu perlu membayar kafarah bagi menebus semula sumpah yang telah dilafazkannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT berikut:
Maksudnya: “Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah.”
(Surah al-Maidah : 89)
Berbalik kepada persoalan di atas, ila’ tidak jatuh kepada isteri. Ini kerana syarat untuk jatuh ila’ itu sendiri adalah apabila suami melafazkan lafaz ila’ kepada isterinya, dimana tidak berlaku dalam situasi di atas. Namun begitu si suami dikira berdosa sekiranya dengan sengaja tidak menyetubuhi isterinya tanpa sebab syar’i yang membenarkan kepada perbuatan tersebut. Suami juga tidak perlu untuk membayar kafarah ila’ kerana hukum ila’ tidak jatuh ke atas isterinya.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada persoalan di atas, kami berpandangan bahawa tidak jatuh hukum ila’ ke atas isteri dalam situasi di atas. Hal ini kerana, ila’ tidak berlaku semata-mata kerana ketiadaan hubungan seksual suami isteri selama tempoh tertentu. Namun, lafaz ila’ perlu dilafazkan terlebih dahulu oleh suami bagi menjatuhkan hukum ila’ ke atas isteri.
Dalam isu nafkah pula, si suami wajib untuk memberi nafkah zahir yang merangkumi makan, minum, pakaian dan selainnya yang diperlukan oleh isteri, manakala dari sudut nafkah batin, seorang suami perlu untuk melayan isterinya dengan baik dari segi percakapan, pergaulan yang baik serta melakukan hubungan suami isteri sebagaimana yang telah di syarakkan oleh agama Islam itu sendiri. Sekiranya, suami tidak memberi nafkah zahir dan batin itu dengan sengaja, maka suami tersebut adalah berdosa.
Kami akhiri jawapan ini dengan satu kisah yang berlaku antara Saidina Umar R.A yang bertanyakan kepada Hafsah sejauh mana wanita boleh bersabar dengan suaminya lantas dijawab empat bulan.
Maksudnya: “Umar ibn al-Khattab telah keluar pada suatu malam (untuk melihat keadaan rakyatnya). Tiba-tiba dia terdengar seorang perempuan mengeluh: “Rasa panjang malam ini,dan gelaplah di sisinya tetapi aku tidak dapat tidur kerana tiada kekasih untuk bersamanya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana Allah nescaya aku akan melakukan sesuatu sehingga bergeraklah tiang katil ini.” Kemudian Umar R.A telah bertanya kepada Hafsah, anaknya sendiri: “Perempuan boleh bersabar terhadap suaminya berapa lama?” Jawabnya: “Enam bulan atau empat bulan.” Lantas berkatalah Umar R.A: “Aku tidak akan menyekat tentera lebih daripada ini.”
Riwayat al-Baihaqi (18307)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tentunya anda teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan suami isteri. Inilah kali pertama isteri bangun untuk masak makanan sahur untuk suami dan pertama kali juga suami merasa masakan isteri di awal pagi.
Ramadan kali ini pastinya begitu bermakna untuk anda. Apatah lagi kita hanya berdua-duaan di dalam rumah dek kerana PKP.
Kali ini, kami akan kongsikan beberapa persiapan yang boleh anda lakukan tatkala menyambut Ramadan pertama sebagai suami isteri.
TIP MENYAMBUT RAMADAN
Simple tapi bagi kesan kepada kita InsyaAllah. Tak wajib dan terpulang kepada keperluan masing-masing ya?
1. Kemas bilik utk kita solat/qiamullail/mengaji Al-Quran.
2. Tampal kata-kata “Ahlan Ya Ramadhan” di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.
3. Sediakan Al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian kita untuk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dalam buku tu. Buku tu akan jadi “Diari Ramadhanku”?
4. Mohon pada Allah setiap Masa supaya dipertemukan kita dgn Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.
5. Study balik, cari ceramah-ceramah di YouTube:
– Apa kelebihan Puasa Ramadhan? – Kenapa kita Kena Puasa? – Bagaimana nak kuatkan diri Qiamullail? – Apa itu Malam Lailatulqadar? – Apa perkara yang membatalkan puasa?
6. Stop dah mengata, mengeji. Mulakan mengaji Al-Quran. Ketahui level mengaji kita di aras mana. Cari guru untuk kita belajar dalam Ramadhan ni. Malu sangat dengan Allah kalau kita culas dengan Al-Quran.
7. Ready bahan-bahan masak untuk mudahkan kita memasak sahur dan berbuka. Sedia awal-awal, simpan dalam peti sejuk. Jimat masa InsyaAllah.
Sebab Ramadhan ni kita nak banyakkan masa dengan Al-Quran. Masa berharga sangat-sangat.
7 tips dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi lepas ni ya. Semoga Allah temukan kita dgn Ramadhan yang mulia InsyaAllah.
Moga semua dosa kita diampuni dan hidup kita dirahmati. Sayang sahabat-sahabat kerana Allah?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saya ingin bertanya jika pasangan kita telah disahkan mengidap HIV positif, adakah Islam membenarkan perkahwinan ini jika kedua-duanya bersetuju?
Islam memuji umatnya yang memilih jalan kebaikan dengan mendirikan rumah tangga. Apatah lagi pernikahan itu akan menghalalkan sesuatu hubungan lelaki dan wanita yang pada asalnya tidak dibolehkan.
Islam juga menganjurkan kepada kita, sekiranya ingin memilih pasangan hidup, maka pilihlah dalam kalangan orang yang baik-baik. Keutamaan pula dalam sudut agama yang ada pada diri seseorang.
Adapun sekiranya pasangan kita mengidap HIV positif, maka hal ini tidak digalakkan walaupun kedua-dua pasangan bersetuju. Ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan buruk pula kepada anak yang bakal lahir dalam keluarga.
Firman Allah SWT yang bermaksud:“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam lembah bahaya kebinasaan, dan baikilah perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” Al-Baqarah: 195.
Tetapi sekiranya ingin juga berkahwin maka perkahwinan itu tetap sah selagi mana memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Oleh: Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...