Dalam sebuah perkahwinan, kebahagiaan pastinya diharapkan oleh setiap pasangan suami isteri. Setiap pasangan tentunya mempunyai cara yang berbeza untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang mereka terhadap pasangan. Namun kadang kala tanpa disangka tiba-tiba hubungan suami isteri berlaku hambar dan tidak seintim sebelumnya. Inilah tandanya jika hubungan tidak semesra dulu.
Terlalu fokus dengan tanggung jawab masing-masing
Andai selama ini anda dan pasangan hanya menumpukan perhatian dengan tugas dan tanggung jawab masing-masing, bermakna ada kekurangan dalam hubungan ini. Membina hubungan suami isteri bukan hanya fokus untuk memenuhi setiap tanggung jawab malah lebih kepada saling bekerjasama dan saling memahami. Jangan terlalu serius hingga mengabaikan pasangan, kadangkala selitkan gurau senda menjadikan hubungan lebih akrab. Ingat, anda dan pasangan adalah dua insan yang berkomitmen dalam perkahwinan, bukan hubungan rakan kerja di pejabat.
Jika merasakan hubungan kian hambar, cubalah berbincang dengan pasangan apa penyelesaian terbaik kerana jika dibiarkan terus menerus akan menjadi masalah besar dalam rumah tangga.
Tidak bersikap terbuka dengan pasangan
Setelah menjadi pasangan suami isteri belajarlah menjadi seorang yang lebih terbuka, itulah kunci utama untuk menjaga hubungan perkahwinan. Umpamanya jika anda di dalam keadaan positif ataupun negatif perlulah dikongsi bersama pasangan.
Ads
Tidak baik menyimpan perasaan negatif seorang diri kelak akan munculnya berbagai masalah yang akhirnya membuat hubungan anda dan pasangan renggang. Jangan biarkan sikap ini memburukkan hubungan perkahwinan anda. Jadi, mulai sekarang luahkan secara jelas dan berterus-terang apapun yang anda fikir dan rasakan terhadap pasangan.
Jarang melakukan hubungan intim
Bagi menjamin keserasian dan keabraban antara suami dan isteri, hubungan intim menyempurnakannya. Hubungan intim memberi banyak kelebihan secara fizikal mahupun secara emosional, bagi pasangan suami isteri. Antara kelebihannya ialah mengurangkan perasaan tidak tenteram dan menjadikan anda dan pasangan saling berhubung secara emosional. Selain itu, dapat membuat anda berdua memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik. Namun berkurangnya aktiviti seksual dalam perkahwinan menunjukkan bahawa keintiman anda dan pasangan mulai berkurang. Ambil tindakan untuk memperbaikinya. Jangan biar hubungan suami isteri menjadi renggang.
Ads
Beranggapan pasangan tidak memahami
Saling memahami dan mengerti adalah kunci penting dalam hubungan suami isteri. Namun jika anda mulai merasakan bahawa pasangan tidak memahami anda maka tanpa menunggu waktu lama, pertengkaran akan berlaku. Akhirnya, kesannya pada mood anda dalam menjalani hubungan. Maka anda atau pasangan menjadi jauh, tidak tertarik untuk berhubungan intim malah merasa bosan dengan pasangan.
Bincang dengan pasangan jalan penyelesainnya. Cubalah untuk terus belajar dan memahami cara berfikir pasangan anda untuk kembalikan keintiman yang telah berkurang akibat tidak saling memahami.
Ads
Tidak saling mendengar ketika bertengkar
Saling bertengkar dalam hubungan suami isteri adalah hal yang normal. Ia berlaku kerana masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing. Biasanya, ketika seseorang sedang marah maka ego yang dimilikinya akan semakin tinggi dan secara tidak sadar ingin segala sesuatunya didengarkan dan dituruti. Jika keduanya sama-sama dengan pendapat masing-masing, maka pertengkaran akan semakin besar.
Jika ini berlaku tandanya hubungan anda dan pasangan sedang dalam krisis. Ia tidak memberi manfaat buat anda berdua sebaliknya carilah penyelesaian yang terbaik untuk atasinya agar hubungan kembali mesra dan intim.
Sumber : https://hellosehat.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di dalam al-Quran terdapat banyak surah dan potongan ayat yang boleh kita baca untuk kehidupan seharian. Buat pasangan suami isteri dan bakal pasangan suami isteri, bolehlah mula membelek isi al-Quran untuk mendapatkan lebih ilmu dan keredhaan Allah. Doa pengasih ini boleh dan serng dibaca untuk mengikat kasih sayang sesama manusia, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri.
Sejak kebelakangan ini, pantang salah sikit asyik nak marah je. Masing-masing banyak habiskan masa di rumah, bekerja dari rumah dan anak-anak juga di rumah membuatkan pasangan suami isteri bagai tak keruan. Tak semua tapi mungkin kebanyakkannya.
SURAH AS-SHURA (Ayat 19)
SURAH TAAHA (Ayat 1 hingga 8)
SURAH TAHA (Ayat 39)
SURAH ALI-IMRAN (Ayat 31)
SURAH YUSUF (Ayat 4)
SURAH ALI-IMRAN (Ayat 200)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam sesebuah perhubungan, berselisih faham dengan pasangan kebiasaannya selalu terjadi. Selisih faham sering terjadi kerana komunikasi yang kurang baik atau masalah eksternal lain yang tidak dijangka.
Ketika anda dan pasangan terjerat dalam dilema ini, maka suasana hubungan cinta pacaran menjadi tidak keruan.
Oleh itu anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang harus dihindari saat berlaku perselisihan faham agar hubungan antara anda dan si dia tetap dapat dipertahankan.
Mengungkit Kesalahan
Dek kerana si dia membatalkan janji temu disaat-saat akhir, anda langsung mengungkit-ungkit semua kesalahannya di masa lalu. Pendek kata, anda selongkar semua kesalahan yang dilakukannya sebelum ini tanpa melihat sisi kebaikan yang ada pada dirinya. Ini bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik mengatasi masalah yang kalian hadapi malah ia memburukkan keadaan.
‘Membawa’ Keluarga
Sebesar apa pun keinginan anda untuk membuatkan pasangan insaf dengan kesalahan yang dilakukannnya, jangan sesekali melibatkan keluarganya. Ia seolah-olah anda telah menghina dirinya.
Memang anda boleh memberikan komen tentang dirinya namun itu bukan bererti anda berhak menghinanya. Bukannya menyelesaikan masalah, sebaliknya ‘perang’ akan menjadi bertambah kronik. Paling ditakuti, anda akan dibenci oleh pasangan kerana menghina keluarganya.
Memperlekehkan
Jangan sesekali memperlekehkan pasangan. Jika benar anda terlalu marah dengan pasangan, cubalah untuk tidak merendah-rendahkan pasangan. Semua orang ada harga diri begitu juga dengan pasangan anda.
Jika anda sendiri tidak mahu diperlekehkan oleh orang lain maka tentunya pasangan anda juga tidak mahu diperlakukan sedemikian. Sepatutnya dalam apa juga keadaan kalian saling menyokong antara satu sama lain.
Memanggil Nama Julukan
Setiap orang mungkin punya nama panggilan yang tidak disukai. Kebiasaannya nama julukan sering diberikan oleh rakan-rakan ketika waktu zaman kanak-kanak mahupun ketika di sekolah rendah.
Jadi, ketika berselisih faham dengan pasangan, elakkan sama sekali untuk memanggil nama pasangan dengan julukan tersebut. Ia seolah-olah mengejek pasangan tanpa kita sedari. Situasi ini sebenarnya boleh meruntuhkan kepercayaan diri si dia kepada diri anda.
Putus Sahaja
Usahakan untuk tidak menyebut perkataan ‘kita putuskan sahaja hubungan ini’ saat sedang berselisih faham dengan pasangan. Apabila sedang dalam keadaan marah, sudah tentu anda berada dalam keadaan di luar kawalan emosi. Jangan sesekali terlepas ungkapan itu kerana ia ibarat satu doa.
Jika setiap kali berselisih faham dengan pasangan, ungkapan ini meluncur laju daripada mulut anda maka tidak mustahil ia akan menjadi satu kenyataan. Jadi, setiap kali terfiikir untuk mengungkapkan perkataan tersebut, cuba tarik nafas dalam-dalam. Bertenanglah. Ingatlah bahawa tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila terjebak dalam perkahwinan toksik, bukan mudah untuk seorang perempuan untuk melepaskan diri daripada pasangan yang narsisistik dan juga sadistik.
Begitulah yang diandaikan oleh saudari Shifa Kamardin, nak lari daripada situasi ini, anda kena kuat semangat. Jemput hadam…
Terjebak Perkahwinan Toksik
Segala yang terpamer dalam media sosial untuk menyedapkan hati diri bahawa dirinya baik-baik sahaja sedangkan realitinya dirinya sedang runtuh.
Selalunya mereka perlukan validasi daripada orang luar untuk mendapatkan secebis kekuatan bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Sedangkan pelindung dah bertindak serupa jerung di balik pintu yang tertutup.
Terutamanya hidup dengan pasangan narsisis membuatkan isteri ni sentiasa mempertikaikan kewarasan diri dalam bertindak untuk melepaskan diri daripada belenggu kehidupan yang toksik. Segala tindak-tanduknya akan dipersoal oleh si suami.
Selalu Jadi Mangsa Keadaan
Apabila isteri keluar dari rumah untuk mendapatkan perlindungan, terus dicap sebagai isteri derhaka. Apabila isteri lawan pertahankan haknya, terus dikatanya isteri tak reti bersyukur.
Apabila isteri kena pukul, suami justifikasi tindakannya disebabkan terlalu marah kerana isteri lawan cakapnya. Semuanya punca si isteri. Salah si isteri. Diri sendiri tetapkan maksum.
Akhirnya si isteri pun terpaksa menerima takdir sebegini. Hidup dalam penafian dan sering menyalahkan diri atas segala hal yang terjadi. Bagaimana mahu bebaskan diri?
Bangkit dan Melawan Walau Emosi Runtuh
Tak lain tak bukan memerlukan tekad yang jitu, sokongan ampuh daripada keluarga dan juga status kewangan yang mantap. Cukup semua itu, si isteri akan bangkit melawan dengan penuh bergaya walaupun emosinya sedang runtuh.
Hidup ini bukan seperti cermin yang menunjukkan hampir seluruhan yang diterima tanpa rahsia. Hidup itu menyembunyikan rahsia-rahsianya sebagaimana manusia menyembunyikan rahsianya-rahsianya.
Yang paling penting, kita harus bersiap untuk menerima kenyataan setelah segala rahsia tersingkap.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!