Ramai orang beranggapan untuk cepat langsing anda perlu melakukan senaman yang berat dengan tenaga yang lebih. Tapi pernahkah anda tahu bahawa hanya dengan melakukan aktiviti harian seperti berjalan kaki sahaja boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih efektif? Cukup mudah kan?

Berjalan kaki jika dilipatgandakan kadarnya boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan. Tubuh akan menjadi cepat langsing dan lebih sihat.

Berikut adalah lima cara yang boleh anda cuba untuk menggandakan aktiviti berjalan kaki anda setiap hari.

1. Jalan kaki 20 minit selepas makan
Dengan berjalan kaki 15-20 minit selepas makan boleh membantu kadar gula dalam darah tetap stabil dibandingkan berjalan kaki 45 minit dalam sehari. Dengan kata lain, cubalah luangkan waktu selama 20 minit untuk berjalan kaki tiga kali sehari untuk menjaga kesihatan. Anda tidak perlu terus berjalan kaki sejam penuh dalam satu waktu, cukup hanya berjalan kaki selama 20 minit tetapi tiga kali sehari.

IKLAN

2. Imbangi dengan minum air putih secukupnya
Minum air putih lebih banyak diyakini boleh mempercepatkan proses menurunkan berat badan. Minum 1.5 liter air sehari dikatakan baik kerana ia boleh membakar 17.400 kalori dalam setahun. Seimbangkan aktiviti berjalan kaki dengan minum air putih yang cukup juga.

3. Perbanyakkan berjalan
Memang boleh buat anda lebih letih, tapi kebaikan berjalan kaki boleh menguatkan otot tubuh. Selain itu, laju metabolisme tubuh juga akan meningkat sehingga boleh membantu proses untuk menurunkan berat badan lebih efektif. Namun janganlah anda memaksa diri untuk berjalan kaki di kawasan yang curam. Di peringkat awal, laluilah di jalan yang cukup mudah, kemudian barulah anda memilih di jalan dengan tingkat yang lebih sukar.

IKLAN

5 Tip Mudah Nak Cepat Langsing Dengan Berjalan Kaki

IKLAN

4. Kombinasikan dengan latihan bodyweight
Kalau digabungkan dengan latihan bodyweight, aktiviti berjalan kaki akan memberi manfaat yang lebih besar. Misalnya, dengan melakukan 15-20 kali squat atau push-up yang diselang selikan dengan aktiviti berjalan kaki boleh meningkatkan degupan jantung dan mempercepat proses menurunkan berat badan.

5. Hindari pengambilan minuman manis
Selesai sahaja berjalan kaki pastinya anda berasa haus, jadi minumlah air putih saja. Jangan memilih minuman manis kerana ia menyebabkan berkumpulnya kalori berlebihan di dalam tubuh.

Itulah tadi sebahagian cara yang boleh anda cuba untuk memaksimumkan aktiviti berjalan kaki yang cukup mudah untuk cepat langsing. Jika dilakukan secara rutin, pasti hasilnya memuaskan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI