Pemilihan warna busana pengantin merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap pengantin. Hal ini adalah kerana untuk memastikan mempelai kelihatan lebih menyerlah, berseri dan tidak tenggelam dengan pilihan warna busana yang tidak bersesuaian dengan tona kulit.

Rata-rata wanita di Malaysia sering memilih warna kesukaan untuk merealisasikan busana pengantin impian tanpa mengira samada ia sesuai dengan tona kulit mereka ataupun tidak.

Perkara ini boleh menyebabkan keseluruhan penampilan kelihatan tidak menyerlah disebabkan pemilihan warna yang tidak sesuai dengan tona kulit. Jom kita lihat tip untuk mendapatkan warna busana yang tepat mengikut jenis tona kulit.

Uji Tona Kulit

Perkara utama yang harus diuji terlebih dahulu ialah dengan meletakkan diri anda di dalam helaian warna-warna yang diidamkan. Sekiranya anda tampak berseri dan aura wajah anda menyerlah, maka itulah warna busana yang tepat dan sempurna untuk anda. Harus diingatkan sekali lagi, tidak semestinya warna kegemaran anda itu merupakan warna terbaik untuk tona kulit anda.

Jenis Tona Kulit

Secara umumnya, tona kulit-kulit wanita di Malaysia berada di pertengahan skala iaitu sawo matang dimana ia sedikit kekuningan dan tidak terlalu gelap. Sebahagian lagi tergolong dalam tona kulit cerah/putih dan gelap. Walaubagaimanapun, mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap tidak harus bimbang kerana dengan pemilihan warna busana yang tepat dan sesuai, ditambah lagi dengan gaya solekan yang sempurna, pasti aura seri anda akan menonjol.

IKLAN

Tona Kulit Cerah

Bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan putih, anda berada di zon yang selamat. Ini kerana, apa sahaja warna yang bakal anda gayakan akan terlihat sempurna.Untuk kesan yang terbaik, elakkan dari memilih warna busana pengantin yang terlalu lembut kerana warna ini akan menampakkan wajah anda lebih pucat dan  tidak berseri.

IKLAN

Pemilihan warna seperti merah jambu, coklat, hijau daun, hijau zamrud, merah, warna strawberry, ungu pekat dan biru kehijauan akan menaikkan lagi seri wajah anda. Sekiranya anda menginginkan gaya lebih romantis, pilihlah warna pastel seperti dusty pink dan lilac grey.

Tona Kulit Langsat

Tona kuning langsat atau mereka yang memiliki tona kulit sederhana, anda dinasihatkan dari memilih warna kuning cair, karamel, oren ,coklat serta warna yang senada dengan warna kulit anda kerana ini akan memberi kesan pucat dan tidak berseri buat anda.

IKLAN

Warna yang cerah dan pastel akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam. Pemilihan warna yang terang dapat menaikkan lagi seri wajah anda. Warna yang boleh dipilih antaranya warna merah jambu, hijau zamrud dan ungu gelap.

Tona Kulit Gelap

Bagi wanita yang memiliki tona kulit di skala terakhir iaitu gelap, anda harus lebih berhati-hati dalam memilih palet warna yang sesuai. Anda boleh memilih warna kedam seperti navy blue, hijau lumut dan merah hati. Namun begitu warna- warna tersebut harus diberi sentuhan dengan warna sedikti terang bagi menaikkan sedikit keserian warna tersebut.

Anda boleh menggunakan sulaman renda mahupun perincian jemeki bagi menaikkan seri busana impian anda. Anda juga boleh menggayakan busana berwarna sedikit terang. Dengan penataan gaya yang tepat, pastinya penampilan anda tampak memukau.