Perkahwinan yang nampak bahagia di media sosial belum menjanjikan kebahagiaan yang realiti. Sana-sini orang bercakap tentang kecurangan dan keganasan Rizki Billar ke atas Lesty Kejora. Malah ramai lagi lelaki yang menggunakan alasan tidak setia kerana Islam membenarkan poligami. 

 

Bukan senang nak berkahwin lebih dari satu. Nampak ádil itu mudah tetapi lihatlah dari skop yang lebih besar. Keadilan memberi nafkah zahir dan batin, menjaga emosi setiap isteri, memberi nafkah anak-anak, meluangkan masa seadilnya, menggembirakan isteri-isteri dan banyak lagi. 

 

Baca juga “Dia Playful & Cantik!” Ini Buat DATO DR NAZRI KHAN Tertarik Dengan DATIN TUAN ERNIE ROSSMERIE  – Pesona Pengantin

 

Untuk mencapai hasrat berpoligami, sah-sah lelaki perlu ‘skodeng’wanita yang ingin dikahwini. Yang mulia sikit akan terus masuk meminang tetapi selebihnya, ramai yang menjalinkan hubungan cinta dulu. Curang! 

 

Seperti penulisan dari Firdaus Shakirin, lelaki menggunakan alasan curang kerana lelaki boleh berkahwin empat. Tapi dek kerana malang tidak berbau, suami yang curang ditimpa kemalangan. Isteri yang telah dicurangi pula ‘terpaksa’menjaga lelaki yang telahpun menyakiti hatinya. 

Ads

************************************************************************

“Xde istilah lelaki curang sbb lelaki boleh kawin 4…” 

Byk yg tanya, btol ke mcm ni… 

Saya jwb, klu bulan2 hutang pun kongsi dgn isteri, klu bulan2 barang keperluan pun isteri beli, klu bulan2 dia rasa sesak sebelum gaji, maka dia tu kategori curang…sbb dia tak mampu, tapi dah gatai nak ada lebih dari satu… 

Ada satu kisah kiriman seseorang yg saya perlu rahsiakan…dia kata, suami dia curang, ada perempuan lain kat belakang…pastu dia tegur suami dia sbb dia tau suami dia tu bulan2 pun cukup makan…dia kata, jgn curang sbb bulan2 pun dia yg byk hulurkan bantuan…then, apa yg suami dia kata? 

“Xde istilah curang utk org lelaki…” 

Ads

Keesokannya, suami dia kluar utk ke tempat keje…nak dijadikan cerita, suami kemalangan teruk…keadaan suami tu dah tak mcm dulu kala…suami sepenuhnya bergantung pd isteri utk menguruskan diri…dia kata, suami dia dah xbleh urus diri sendiri dh… 

“Apa yg perlu saya buat, saya dah benci dia sbb dia curang dgn saya…skrg, jd mcm ni plak, saya jgak nk kena jaga dia, urus dia…?” 

Saya speechless la kejap…sbb xsangka lepas pergaduhan tu, trus kemalangan…kemalangan tu asbab ja, bukan punca dr kecurangan…kita pun xbleh nk kata, sbb dia curang la dia kemalangan…xbleh berfikiran mcm tu… 

Yg kita boleh fikir, bila dah curang (walaupun xde istilah lelaki curang sbb lelaki boleh kawin lebih dr satu), mcm mana klu jd mcm tu pastu isteri tinggalkan diri kita…? 

Salah x isteri tggalkan kita dlm keadaan mcm tu… 

Ads

Pilihan dia kan klu dia nk tinggal…? kita xbleh salahkan dia kan klu dia nk tinggal…? Nk kata dia tak baik? Kita pun menyalahgunakan kebaikan dia…Nk kata dia kejam? Kita pun kejam dgn dia… 

Kita tak selamanya sihat…kita tak selamanya selamat…suatu hari nnt, kita mgkin memerlukan sgt2 isteri utk menguruskan diri kita…mgkin kebaikan kita pd hari ini terhadap dia boleh menjadi asbab utk dia tidak meninggalkan kita pd saat tersebut… 

Klu kita layan dia lebih kurang, maka lebih kurang jugaklah nnt kita dilayannya… 

Doakan si isteri tersebut kuat…dia kata, sejujurnya dia x mampu pun utk uruskan suami dia disebabkan suami dia tu dh curang kpdnya, tapi memikirkan anak2, maka dia perlu redha dan terima… 

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LESTY KEJORA

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI