
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mempunyai alasan sendiri kenapa pasangan itu dipilih menjadi suri hati. Bagi Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ ini, dia juga ada sebab mengapa isterinya dipilih untuk menjadi peneman hidup hingga ke akhir hayat.
Dalam satu temubual bersama Pesona Pengantin, Dato Dr Nazri Khan (DDNK) akui dia tertarik dengan Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari adalah kerana kecantikan yang dimiliki serta sifatnya yang playful.
“Sewaktu saya mengadakan satu ceramah saham di salah sebuah universiti, isteri saya merupakan salah seorang pelajar di sana. Saya sampaikan niat saya untuk berkenalan melalui salah seorang kakitangan. Mula-mula kita minta nombor telefon dulu.
Selepas dapat menghubunginya, kami bercakap tentang saham. Saya agresif sikit. Terus bawa dia pergi makan! Dari situlah berseminya cinta kami.” katanya.
Ditanya apakah ciri-ciri pada Datin yang membuatkan DDNK jatuh hati?
“Dia seorang yang playful dan cantik. Saya pun tak rasa kekok bersama isteri walaupun dia jauh lebih muda. Dalam diri seorang lelaki ini ada sifat keanak-anakkan. Jadi bila bersama isteri, saya dapat escapism di mana saya dimanjakan seorang bidadari yang muda dan kelakar.” ujarnya.
Bagaimana pula dengan Datin. Apakah agaknya yang membuatkan Datin jatuh hati pada DDNK?
“Walaupun jarak usia kami 22 tahun tetapi adakalanya suami saya boleh menjadi seorang kawan, macam rakan sebaya. Suami saya juga seorang yang kelakar. Suami saya boleh jadi ‘loyar buruk’ setiap kali berborak!” kata Datin Tuan Ernie.
Kredit foto: Sudirman Haji Tahir
Awas Bila Suka Pakai Bengkung Ketat-ketat, Kesan Jangka Panjang Boleh Sebabkan Masalah Pernafasan Kronik

Pinggang ramping bak kerengga memang menjadi impian ramai wanita. Masalahnya realiti seorang wanita, suka makan tapi malas untuk bersenam. Bagaimanalah hasrat untuk memiliki pinggang ‘secekak’ mampu menjadi kenyataan.
Jalan singkat yang selalu kaum wanita ambil ialah dengan memakai bengkung. Dengan pemakaian bengkung, tubuh kelihatan ‘terbentuk’ jadi tak perlulah hendak bersenam dan menahan nafsu makan.
Melalui satu perkongsian Public Health Malaysia isu tentang pemakaian bengkung di utarakan.
Lebih ketat, lebih bahaya “Tengok, makcik sekarang dah ada pinggang.” Semalam terlihat fyp promosi pemakaian bengkung. Tak cukup satu lapisan, ada satu lagi lapisan bengkung untuk lebih ketat.

Ramai yang sangka dengan pemakaian bengkung/korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan akibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang)
Pemakaian korset juga akibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30-60%! Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.
Sistem penghadaman akan terhimpit menyebkan asid dari perut naik ke esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?
Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja (no problem setakat nak pakai kebaya). Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Tiada jalan singkat untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan ramping. Hanya dengan menjaga pemakanan dan senaman, barulah bentuk badan impian menjadi kenyataan.
Sumber: Public Health Malaysia Kredit foto (top image): Pexels
Tip Pilih Kasut Kahwin, Pengantin Akan Nampak Anggun Dan Tak Terpelecok

Sebelum majlis bersanding, anda patut tahu tip pilih kasut kahwin untuk kelihatan anggun dan selesa sepanjang hari bahagia.
Memang tidak lengkap penampilan pengantin perempuan tanpa kasut tumit tinggi tetapi kalau salah pilih, kaki akan sakit dan silap gaya boleh terpelecok waktu majlis berlangsung.
Jadi pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting agar anda tidak berasa sakit bahkan tampak menyerlah apabila dipadankan dengan busana kahwin memukau.
Ada Tiga Jenis Kaki
Umumnya, manusia memiliki tiga jenis kaki iaitu normal ‘foot’, tapak kaki rata (pronator) dan tapak kaki lengkungan tinggi (underpronator).
Ketiga-tiga jenis kaki ini mempunyai kemampuan berbeza untuk menjejak, menapak dan berjalan.
Menerusi mStar Online, Pengarah Operasi Areethan Malaysia, Daphne Lee, ada berkongsi beberapa tip pemilihan sepatu perkahwinan khusus buat bakal pengantin agar tampil anggun dan yang penting tidak malu besar gara-gara terpelecok.
Menurut Daphne, kasut jenis tumit tinggi merupakan suatu kemestian buat setiap bakal ratu sehari dalam menaikkan lagi seri dan penampilan seseorang untuk dipadankan dengan busana perkahwinan.
Kasut jenis ‘pointy’ dan ‘peep toe’ antara yang paling sesuai untuk digayakan oleh si ratu sehari.
Pilih Kasut Ikut Ketinggian
Jika bakal pengantin perempuan seorang yang bertubuh rendah manakala pasangannya seorang yang tinggi lampai, mereka sebaiknya memakai kasut berketinggian sekurang-kurangnya empat inci.
“Trick mudah untuk menggayakan kasut tumit tinggi adalah dengan memilih ketebalan platform sepatu berkenaan agar tekanan pada kaki dapat dikurangkan pada masa sama, anda juga akan rasa lebih selesa dan stabil.”
Sebagai contoh, jika kasut yang dipilih adalah empat atau lima inci, bermakna platformnya haruslah berketebalan dua inci.
Pilihan Kasut Bagi Bertubuh Gempal
Bagi wanita yang bertubuh gempal, kasut jenis half open peep toe mampu memberi ilusi kaki yang lebih kecil dan panjang.
Sesetengah wanita memiliki kaki jenis besar. Antara kasut yang harus dielakkan adalah jenis sling backs kerana sepatu jenis ini akan lebih menonjolkan pergelangan kaki anda.
Kasut jenis pointy high heels juga harus dielakkan kerana kasut jenis ini tidak sesuai untuk menampung berat badan dan akan membuatkan kaki anda berasa sakit.
Sebaiknya pilih kasut dari material tulle lace dan jenis half open peep toe agar kaki anda kelihatan lebih tinggi, runcing dan kurus.
Beli Jenama Dan Kualiti Terbaik
Bercakap soal kualiti, perkara yang difikirkan semestinya mengenai rekaan dan meterial yang digunakan.
Fabrik seperti plastik misalnya tidak sesuai dipakai untuk tempoh jangka masa lama kerana mampu membuatkan kaki anda cepat berpeluh, berasa sakit dan melecet.
“Sekiranya anda ingin membeli sepatu untuk dipakai ketika perkahwinan, belilah sesuatu yang berkualiti.
“Jangan sesekali beli kasut yang tidak berkualiti hanya kerana harganya yang lebih murah.
“Fabrik yang diperbuat daripada calf leather (kulit lembu) pada dalam bahagian kasut sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari,” kata Daphne.
Rona Ideal Kasut Kahwin
Selain jenis kasut, warna juga memainkan peranan yang sangat penting dan perlu anda titik beratkan.
Rona-rona seperti putih, silver, beige atau keemasan merupakan pilihan ideal untuk digayakan ketika majlis pernikahan mahupun pernikahan mahupun resepsi.
Bagaimanapun awas, kasut berwarna hitam tidak sesuai dan perlu anda elakkan!
Daphne yang mengusahakan perniagaan kasut bersama dua lagi kakaknya iaitu Sherena Lee, 34, dan Michelle Lee, 38, sempat berkongsi tip mengenai pemilihan fabrik dan perincian yang susuai untuk si ratu sehari!
Sesuai dengan status ratu sehari, Daphne berkata fabrik kasut dari jenis satin mampu menyuntik elemen mewah dan elegan.
Fabrik Dan Perincian
Material Pun Mainkan Peranan
Kasut yang mempunyai material jenis brocade atau perincian kristal dan swaroski mampu menaikkan aura glamor.
Jika anda inginkan sesuatu yang sweet & romantic, fabrik jenis satin silk ditambah perincian seperti bow dan floral mampu menonjolkan sifat feminin si ratu sehari.
Untuk sesuatu yang simple anda boleh memilih fabrik jenis satin silk dipadankan dengan kerongsang.
Jika inginkan kelainan namun simple, boleh mencuba jenis rekaan lipatan atau drape ini.
Kasut jenis ini juga sesuai dipadankan dengan busana tradisional seperti baju kurung.
Busana untuk material tulle pula sesuai digayakan dengan kasut daripada fabrik jenis french lace dan french beads.
Ujian Dalam Perkahwinan Penguat Hubungan Suami Isteri, Ini Nasihat Ustazah Asmak Husin Kalau Nak Kahwin Usia Muda

Jika anda berhajat untuk berkahwin dalam usia yang muda, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Perkahwinan bukan semata-mata mengejar ‘keseronokan’ semata-mata tetapi lebih kepada soal tanggungjawab.
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Ustazah Asmak Husin di Facebook, beliau berkongsi tentang cabaran berkahwin dalam usia yang muda.
Berikut catatan Ustazah Asmak Husin;

Kahwin muda itu kahwin semasa belajar ke? Kalau kahwin umur 25 tahun, 26 tahun dikira kahwin muda tak? Bagi saya definisi kahwin muda ini luas. Bukan sahaja terhad kepada berkahwin semasa belajar sahaja.
Sesiapa yang berkahwin bawah umur 30 tahun dikira kahwin muda. Kebiasaannya umur bawah 30 tahun ini, umur kita baru nak bina kerjaya dan masih struggle dengan pendapatan.
Apabila berkahwin muda pasti ada ujiannya. Tapi jangan pula anggap ujian ni negatif hingga menakutkan awak untuk berkahwin awal. Ujian dalam perkahwinanlah yang menjadi penguat hubungan suami isteri.
Ketika baru berkahwin, biasa simpanan masih lagi sikit. Rumah sendiri belum ada. Hanya mampu menyewa. Kereta pun baru beli. Hidup pun masih lagi mencari rentak untuk stabilkan pendapatan.

Tidak mengapa. Itulah proses berumah tangga. Yang penting awak tahu plan ke mana hala tuju perkahwinan. Awak tahu macam mana nak susun dan kawal kewangan keluarga. Yang paling penting, kena rajin dan bertanggungjawab.
BUKAN HANYA YANG INDAH-INDAH SAHAJA
Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri.
Firmankan Allah SWT di dalam Al-Quran:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk: 2)
Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ini akan melahirkan rumahku ‘Syurgaku.’
Sumber: Ustazah Asmak Husin
Kredit foto (top image): Pexels