6 Dulang Hantaran Bajet Patut Bakal Pengantin Boleh Fikir-Fikirkan

Share

Semakin tiba hari yang dinanti-nantikan pastinya bakal pengantin berasa teruja dan tidak sabar menunggunya. Buat pasangan yang akan melangsungkan pernikahan kelak dulang hantaran adalah salah satu benda wajib yang harus diberikan oleh kedua belah pihak.

Bagi korang yang masih tercari-cari dulang hantaran yang simple dan berbalaoi dengan harganya dekat sini kami akan kongsikan jenis dan corak dulang hantaran yang bajet dan cantik untuk korang tentunya dengan harga yang sangat berbaloi.

  1. Dulang kayu moden

Dulang ini semestinya di perbuat daripada 100% kayu asli yang diubah menjadi bentuk dan corak sesuai untuk diletakkan barang hantaran.

Harga : RM 24.90

2. Dulang keluli

Dulang ini bewarna putih membuatkan ia nampak lebih moden dan simple. Kualitinya juga sangat bagus dan tahan lasak kerana diperbuat daripada keluli.

Harga : RM 28.00

3. Dulang pinewood

Nampak ringkas namun isi dalamannya yang besar sangat sesuai untuk meletakkan barangan yang besar kerana keluasannya.

Harga : 29.90

4. Dulang kayu putih

Ia mempunyai corak di setiap bahagian yang membuatkan kelihatan kemas dan cantik dengan ditutupi oleh kayu penghadang disetiap penjuru.

Harga : RM 28.90

5. Dulang kayu

Kelihatan berbeza seperti no 1 tadi, dulang kayu ini tidak mempunyai penghadang dan ia jenis terbuka dan luas. Korang boleh hiasinya dengan gaya yang tersendiri.

Harga : RM 29.90

6. Kotak hantaran corak

Kotak ini agak berbeza dengan sebelumnya kerana ia jenis bertutup dan mempunyai corak di atasnya. Size juga lebih kecil berbanding dengan dulang hantaran biasa. Amat sesuai untuk barang yang jenis kecil untuk diletakkan.

Harga : RM 11.90

IKLAN