Perubahan zaman menyebabkan kita mudah untuk berjumpa dan mengenali seseorang dengan cepat dan mudah. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.
Kini, anda sudah boleh mencari jodoh dengan hanya mengadap ‘smart phone’ sahaja. Tetapi perlu juga diingatkan yang medium internet sudah tentu mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tertentu.
Namun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali beri maklumat peribadi anda kepada dia terlebih dahulu. Sebaiknya kenal hati budi dahulu sebelum berjumpa.
1. Tidak Mengganggu Masa Anda
Laman web adalah sesuatu yang bersifat boleh akses di mana-mana sahaja, tidak kira tempat dan waktu. Ia sangat sesuai bagi mereka yang selalu mengejar masa dan sibuk. Kesibukan merupakan antara faktor bagi golongan lelaki dan wanita lambat bertemu jodoh. Medium alternatif ini, ia akan lebih memudahkan golongan ini untuk bertemu dengan jodoh mereka.
2. Membantu Golongan Yang Kurang Keyakinan Diri
Mencari jodoh melalui internet juga adalah salah satu tempat alternatif yang baik bagi golongan yang kurang berkeyakinan tinggi. Ini kerana mereka dapat menyembunyikan kegugupan mereka berbanding jika bertemu secara berdepan dengan calon pasangan. Jika secara alam maya ia akan memberi sedikit kebebasan untuk bertanya.
Ads
3. Tidak perlu Keluar Rumah
Kelebihan mencari jodoh melalui internet juga adalah kita tidak perlu keluar daripada rumah. Bagi sesetengah orang, mereka malas untuk keluar ‘hangout’ terutama pada waktu hujung minggu kerana ia adalah waktu berehat. Jadi dengan hanya perlu melayari web cari jodoh, anda boleh bertemu jodoh dengan pasangan yang serasi.
4. Tidak Perlu Takut Ditolak
Anda yang mencari jodoh melalui internet tidak perlu takut jika mahu menolak atau ditolak oleh bakal pasangan taaruf. Ini kerana penolakan yang berlaku adalah biasa bagi cari jodoh secara ‘online’ ini. Semua calon yang mencari jodoh tidak bertemu secara berdepan. Jadi tidak perlu terasa hati atau tersinggung jika anda juga ditolak oleh calon lain.
Ads
5. Banyak Pilihan
Semestinya anda akan mempunyai banyak pilihan. Pilihlah yang terbaik dan serasi. Pastikan anda kenal bakal pasangan anda betul-betul sebelum melangkah ke tahap yang lebih serius.
6. Potensi Mendapat Jodoh Lebih Besar
Ads
Mereka yang mendaftar di laman web cari jodoh biasanya adalah mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin. Tujuan dan misi mereka adalah jelas iaitu berkahwin. Oleh sebab itu, potensi untuk bertemu jodoh juga adalah lebih besar kerana semua orang yang mendaftar pada laman web tersebut mempunyai misi yang sama iaitu berkahwin.
Sumber : baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum kahwin, ada beberapa soalan wajib bincang dengan si dia untuk kekalkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina dan elakkan jadi kes penceraian.
Tidak boleh dipandang remeh, menerusi perkongsian saudari Amyra Zamri anda tidak akan mengambil mudah dan wajib discuss dengan potential partner sebelum berkahwin.
Kalau pergi kursus kahwin pun, mesti akan highlights juga beberapa perkara yang sangat remeh dan kita rasa tak masuk akal menjadi punca penceraian. Ada yang jadi punca sebab kain tuala selalu tak sidai, ada yang sebab tak suka mandi, dan paling ketara dek kerana masalah kewangan.
Lepas kahwin, nak duduk sendiri atau duduk dengan mertua?
Lepas kahwin wife boleh kerja atau tak?
Lelaki okay ke kalau perempuan tak nak kerja after kahwin? Boleh tanggung sepenuhnya?
Plan nak ada anak bila, berapa orang, anak nak hantar pengasuh atau jaga sendiri?
Lelaki okay ke kalau ditakdirkan perempuan tak boleh atau lambat pregnant?
If pregnant nanti, nak bersalin kerajaan atau swasta?
Ada commitment/hutang apa? Ada masalah untuk bayar ke tak? Berapa amount?
Ada insurance, saving and emergency saving? Berapa amount?
Bila kahwin nanti gaji cukup tak untuk tanggung? Safe ke kalau nak ada anak?
Estimate nafkah boleh bagi pada isteri berapa?
Wajib dan penting untuk dibincangkan tertutamanya penyakit kelamin & penyakit keturunan untuk elakkan masalah dalam perkahwinan dan menyusahkan zuriat dan keturunan . Lebih baik mencegah dari merawat:
T- Ada masalah kesihatan seperti:
-Thalassemia
TB
HIV
Cancer
Penyakit kelamin
Sebarang penyakit genetik yang lain
Ada masalah tak untuk jadi imam, membimbing, mengajar ilmu agama?
Sebagai suami, boleh ke sama-sama buat kerja rumah untuk ringankan beban isteri?
Bila raya, apa rutin dan persedian? Macam mana nak raikan?
Macam mana nak bagi adil masa hari raya, terutama berlainan negeri/negara.
Tidur dalam gelap atau terang?
1. Lebih baik jumpa depan-depan untuk discuss. Boleh tahu macam mana tengok reaksi sid dia depan-depan. Jangan mesej sahaja pula. Tulis lain, dalam hati lain.
2. Bincang isu ini waktu bertenang dan mood baik. Kalau tak kena keadaan akan jadi tegang dan tak dapat berbincang dengan baik.
3. Beritahu pasangan untuk bincang topiki ini untuk kebaikan masing-masing. Kena matang, kalau tiba-tiba partner tak nak jawab atau mengelak untuk jawab, mungkin si dia masih belum bersedia untuk ke fasa seterusnya. Jangan buang masa!
4. Jika kedua belah pihak bersedia untuk bincang, biar sama-sama lalui semua soalan sampai semuanya jelas.
Baru lah anda betul-betul yakin dan hilang rasa risau dalam hati bila fikir soal lepas kahwin. In shaa Allah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukanlah jaminan jika bergaji besar kehidupan sekeluarga terjamin dan bahagia. Bergaji besar jika tidak pandai mengurusnya, kelak mendatangkan masalah jua. Terlalu mengikut nafsu , itu dan ini semuanya mahu dalam seketika punca kebocoran wang dalam rumah tangga. Hutang tinggi melangit. Minta dijauhkan perkara sebegini.
Wang ringgit perlu diurus dengan cermat supaya berkat rezeki yang anda terima. 10 tip ini dapat membantu anda :
1) CATAT PERBELANJAAN ANDA SETIAP HARI
Ini untuk memudahkan anda keep track di mana duit anda paling banyak dihabiskan. Makanan? Tempat-tempat hipster? Astro? Rokok? Pakaian atau tudung baru? Kerap tukar gadjet baru?
Bila dah dapat keep track trend perbelanjaan setiap bulan, kita akan dapat mengesan dan menganalisis cara kita berbelanja.
Jangan risau, kalau anda malas, anda boleh try download pelbagai apps untuk anda lakukan catatan ini dengan mudah. Antaranya ada Money Lover, Spending Tracker dan lain-lain. Simple saja, setiap kali makan atau setiap kali keluarkan duit, anda buka apps tu, masukkan je terus. Tak sampai seminit dah siap.
Ada duit lebih tak setiap bulan? Macam mana nak tahu?Senang saja. Berapa pendapatan anda sebulan? Ambillah semua jenis pendapatan yang ada. Kalau anda ada satu sumber pendapatan saja, contohnya makan gaji, maka satu jenis pendapatan sajalah.
Kalau ada sumber-sumber pendapatan lain macam hasil sewakan rumah, bisnes dan lain-lain, boleh masukkan sekali.
Ambil pendapatan bersih anda ini (pastikan dah ketepikan potongan-potongan seperti EPF, SOCSO dan lain-lain), dan tolak dengan perbelanjaan bulanan yang anda dah catat macam dalam nombor 1 tadi.
Kalau tak ada lebihan, anda mungkin ada masalah kewangan. Kalau defisit, anda di tahap kritikal. Kalau anda ada lebihan, itu sudah bagus. Cuma kena tengok berapa lebihan tersebut supaya boleh ditingkatkan.
Cuba amalkan formula ini setiap bulan.
Income – Saving = Expense
Dapat gaji saja, simpan dulu sebahagian. Minimum adalah 10% dari gaji. Kalau dapat simpan 50% gaji, lebih bagus dan sangat digalakkan.
Kesilapan kita adalah bila kita berbelanja dahulu sampai habis, lebihan itulah (kalau ada), baru dijadikan simpanan. Kesannya, bila terjadi apa-apa, simpanan tak cukup untuk jadi backup.
Nak simpan di mana? Simpan je di Tabung Haji. Pelaburan bukan tempat menyimpan ye !
Tabungan kecemasan atau emergency fund ini penting kalau jadi apa-apa pada anda, anda masih ada duit cash di tangan untuk digunakan.
Target supaya dicukupkan emergency fund itu minimum 3 bulan perbelanjaan.
Kalau contohnya perbelanjaan bulanan RM2000. Rm 2000 X 3, kena ada RM6000 sebagai emergency fund paling minimum.
Sebaiknya adalah gunakan ukuran 3 bulan gaji. Contohnya gaji RM3000 X 3, anda perlukan RM9000 sebagai emergency fund. 3 bulan adalah minimum. Lebih baik adalah 6 bulan perbelanjaan atau pendapatan.
Jika anda orang yang berbisnes sendiri, sangat disarankan untuk cukupkan 12 bulan punya perbelanjaan atau pendapatan dalam emergency fund. Boleh letak di Tabung Haji juga emergency fund ini.
Kalau anda tak dapat menyimpan langsung, anda kena tengok semula perbelanjaan anda. Mana-mana yang terlebih hipster sangat perbelanjaan tu, boleh ditolak buang dan tak perlu diteruskan lagi.
Poket anda mungkin cepat botak sebab anda kikis poket anda pada perbelanjaan tak perlu atau kurang utama.
Spending pada perkara yang tak perlu macam Astro, rokok, kekerapan makan di kedai hipster, selalu tukar gadjet boleh dikurangkan.
Tak apa, tak mati pun kalau kurangkan perbelanjaan pada benda-benda macam ni. Bahkan lebih bagus untuk anda juga sebenarnya.
Jika anda ada satu sumber pendapatan saja buat masa sekarang dan kadarnya adalah minimum, anda mungkin perlukan sumber pendapatan tambahan untuk membantu kewangan anda. Ataupun anda mungkin perlu cari kerja baru yang dapat berikan gaji lebih baik untuk anda.
Tetapi ingat ya, carilah kerja yang halal dan cuba imbangkan juga kehidupan anda. Jangan sampai kehidupan terabai.
Cari rezeki, cari rezeki juga. Tetapi jangan lupa jaga hubungan dengan Tuhan dan manusia. Seimbangkan hidup.
Hutang jahat ini adalah hutang yang menyebabkan anda terpaksa keluarkan duit poket anda dan tak menjana pulangan untuk anda.
Contoh hutang jahat adalah hutang personal loan/financing. Hutang credit card kalau anda tak pandai guna. Hutang kereta.
Hutang rumah jika anda tidak pandai menguruskannya dan salah strategi dalam memilih rumah (jika anda beli rumah untuk disewakan).
Kad kredit memang ada manfaatnya seperti anda akan dapat ganjaran dalam bentuk point, cashback dan sebagainya.Tetapi kalau anda tidak ada kapasiti mengurus hutang dengan baik, pastikan anda tak terjebak dengan kad kredit.
Kalau nak guna juga, pastikan lepas anda guna, anda terus bayar tanpa tangguh-tangguhkan. Hutang PTPTN pula, selesaikan secepat mungkin. Semakin lama anda biar, semakin ia menghantui diri anda.
Kalau gaji anda tak besar sangat dan kawan pula selalu ajak anda lepak kedai-kedai hipster, anda hati-hati sikit. Ajak kedai mamak setiap malam pun penyakit juga.
Sama saja. Tambah lagi, lepas habis lepak, kawan minta pinjam duit atau sikit-sikit minta belanja. Kalau setiap malam, dia minta pinjam, tak ke naya duit kita. Kawan, kawan juga. Tetapi kawan jenis hutang tak bayar ni, hati-hati sikit.
Untuk yang jenis macam ni, sebaiknya ada kesedaran sendiri untuk bayar makan minum sendiri kalau nak ajak lepak juga. Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan kawan anda.
Nak lebih baik, bancuh saja air di rumah dan minum. Boleh customize sendiri, kurangkan gula, dan dapat jaga kesihatan.
Mungkin bila ada duit banyak, dah boleh menyimpan, orang fikir nak melabur pula. Tetapi sebelum anda melabur, pastikan diri anda telah ada takaful.
Takaful lebih utama untuk anda sebelum anda masuk melabur. Kerana melabur perlukan masa untuk duit anda compounding.
Tetapi takaful, apabila anda dah mula mencarum atau contribute, anda akan ada hak untuk dilindungi di bawah pakej amaun tertentu yang telah anda pilih.Dalam takaful ini, anda boleh pilih mana satu nak diutamakan.
Jika tempat kerja anda beri coverage untuk perubatan, maka mungkin kurang keutamaan bagi anda untuk ambil medical card buat masa ini.Anda boleh ambil medical card. Saya tak kata salah.
Tetapi lebih utama untuk anda ambil Family atau Life Takaful yang berperanan sebagai INCOME PROTECTION untuk anda.
Income protection bermaksud kalau terjadi kematian (dengan izin Allah), atau anda lumpuh tak boleh bekerja, anda atau waris anda akan dapat sejumlah amaun yang InsyaAllah boleh membantu untuk survive dalam beberapa tahun.
Bila nak kembangkan duit, pastilah pelaburan tempatnya. Tetapi pelaburan ada banyak. Dan antara banyak-banyak pelaburan itu, pastikan anda jauhi pelaburan yang namanya scam atau MLM atau skim cepat kayap ni.
Jangan bulat mata sangat bila dengar geng scammers ni promot.Dia punya janji awal memang manis, tetapi bila tersontot, muka dia jangan harap kita dapat berjumpa lagi. Dia ke mana, duit kita ke mana.
Nak pelaburan yang berautoriti, masuklah antaranya :
Pastikan anda tahu prinsip dan konsep pelaburan bila masuk melabur. Dapatkan detail maklumat pelaburan anda.
Inilah 10 Langkah Bijak Kewangan. Share post ini kepada rakan-rakan anda agar lebih ramai mendapat manfaat dan bijak mengurus wang
Sumber: http://quranicgen.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa kesilapan yang sering dilakukan wanita dalam soal solekan antaranya:
1. Terlalu kerap mencuci muka menyebabkan kulit muka kering dan kehilangan kelembapan asli. Mencuci muka dua kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur sudah memadai.
2. Mengenakan mekap pada kulit yang kering. Ini akan menyebabkan mekap tidak sekata, kulit tampak kusam dan letih.
3. Menyapu mekap dengan cara yang salah juga akan membuatkan wajah anda tampak pelik. Hindarkan!
4. Terlalu banyak menggunakan bedak asas. Walaupun ia bertujuan menutup noda pada kulit, tetapi jika terlalu banyak menyebabkan anda tampak seperti pelakon wayang opera!
5. Melukis kening keterlaluan. Ia juga perlu dielakkan kecuali anda mahu menghadiri majlis dengan tema yang membolehkan anda berbuat demikian. Kening seharusnya tampak asli supaya penampilan lebih manis.
6. Menggunakan warna celak dan penggaris mata yang tidak sesuai. Jika anda menggunakan warna hitam dan disapu tebal, ia akan membuatkan wajah tampak garang.
7. Melukis garisan bibir terlalu terang. Ada orang suka menggunakan pensil pewarna bibir untuk memastikan calitan gincu sentiasa kemas. Namun pastikan garisan bibir ini dilukis dengan cermat dan pilih warna senada dengan gincu supaya bibir anda tidak nampak pelik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...