Bertuah jika dapat pasangan baik, ada masalah pun pasti akan dapat selesaikan dengan cara terbaik. Banyak toleransi dan bina kebahagiaan itu cukup mudah, jika si dia memahami.
Namun kahwin bukan tempat untuk menindas dan mengambil kesempatan, beringat ya. Selebihnya baca perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini sekejap…
Dapat Pasangan Baik
1. Jangan sesekali mengarah isteri buat itu ini macam dia itu pekerja bawahan sedangkan dalam agama suami yang patut buat kerja untuk isteri.
2. Berhenti layan isteri seperti bibik, tukang masak, pengasuh dan tukang sapu rumah semata-mata sedangkan apa yang dia buat tu bukan tanggungjawab tapi ehsan bantu suami kerana itu tanggungjawab suami.
3. Suami patut malu dengan isteri yang rajin bekerja mencari nafkah sedangkan beri nafkah tu tanggungjawab suami. Hukum memberi nafkah pun wajib bukan bagi ikut mood. Tak kisah sikit tak apa janji bertanggung jawab.
4. Suami penting diri lagi lah tak boleh. Isteri terkontang kanting sorang sorang kat rumah urus anak, urus rumah, memasak sampai nak urus diri pun tak sempat sedangkan suami di luar rumah sedang ber me-time, melayan hobi, melepak borak tentang kereta. Kahwin dengan kereta lebih baik jika begini.
5. Tidak boleh abai isteri walaupun apa pun situasi. Baik fizikal, emosi dan mental isteri, patut jadi perhatian utama suami. Bukan yang terakhir!
6. Kalau isteri kata dia penat, maka betul la tu penat. Kalau isteri kata dia sunyi, maka memang sunyi betul la tu. Jangan buat endah tak endah perkara ni. Jangan cakap isteri mengada-ngada pula. Wanita tak pernah tipu bab mental dan emosi ni.
Lagipun kalau isteri nak mengada-ngada pun tak salah. Itu tanda isteri sangat perlukan perhatian suami tercinta.
Wanita tak lemah, wanita terlalu kuat sehingga kekuatan mereka itu kadang kala boleh menikam diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susah hati bila melihat cermin, nampak bibir gelap dan kusam sahaja. Memang tertekan memiliki bibir hitam. Pastinya tidak cantik dan tidak menarik, rona wajah cerah akan tampil kusam jika bibir seksi anda berwarna hitam. Pastinya bibir yang kemerahan menjadi idaman setiap wanita diluar sana tambahan lagi, bakal-bakal pengnatin di luar sana. Gincu menjadi pilhan untuk wanita yang bermasalah seperti ini tetapi ia tidak kekal. Bibir yang merah dan munggil bukan mampu menggairahkan sahaja malah, bibir merah juga memiliki daya tarikan tersendiri. Bahkan senyuman anda akan lebih sempurna dengan lukisan bibir merah mengoda.
Siapa tak mahu bibir yang merah bak delima, kan? Mesti senang, tak payah susah-susah nak kenakan gincu lagi. Calitkan sedikit dengan ‘lipgloss’ saja sudah memadai.
KENAPA BIBIR MENJADI GELAP DAN KUSAM?
Sebenarnya, warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semula jadi seperti ketidak seimbangan hormon.
Amalkan petua merahkan bibir di bawah, anda tentu akan dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.
RAHSIA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DALAM SATU MINGGU
1. CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan. Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara dalam masa seminggu. Tiada gliserin? Tiada masalah. Anda boleh menggantikannya dengan gula kasar – ianya juga cukup berkesan!
2. GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI
Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.
3. GULA
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:
1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.
4. ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila kering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Minum air kosong bukan sahaja untuk detox ye, ia juga boleh memerahkan bibir anda semula jadi, air kosong mampu membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semula jadi.
6. MINYAK ZAITUN
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada gincu anda buat sementara waktu. Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu.
BIBIR MUNGIL BERSERI DALAM SATU MINGGU!
Amalkan langkah-langkah semulajadi ini dengan konsisten untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cincin merupakan lambang dan ikatan dalam sesebuah perhubungan. Sesebuah perkahwinan akan lengkap dengan hadirnya cincin yang tersarung di jari manis pengantin sebagai tanda hati telah dimiliki. Cincin hadir dalam pelbagai corak dan reka bentuk yang pastinya membuatkan bakal pengantin rambang mata.
Untuk memilih cincin kahwin yang sempurna, penting untuk anda ketahui beberapa perkara agar anda berpuas hati dengan pilihan yang telah dibuat. Bimbang jika tersalah memilih cincin kahwin, boleh menyebabkan majlis yang berlangsung hambar.
Oleh itu, jom ketahui tip dan panduan bagi anda yang masih tercari-cari sebentuk cincin untuk dijadikan pilihan buat majlis perkahwinan.
1. EMAS PILIHAN HATI
Antara emas yang menjadi pilihan bakal mempelai di luar sana adalah emas kuning dan emas putih. Emas putih sering dijadikan pilihan kerana ia tampak lebih trendy dan bergaya ketika memakainya. Bagi anda yang gemarkan gaya lebih elegan dan eksklusif, anda boleh memilih emas putih sebagai pilihan. Perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah keselesaan masa menyarung cincin tersebut. Tanya pada hati, jenis emas yang anda inginkan kerana ia bakal disarung seumur hidup pada jari anda.
2. KESESUAIAN CINCIN & BENTUK TUBUH
Apa yang perlu anda titikberatkan adalah warna kulit, saiz atau bentuk jari sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya. Ini kerana pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang harus anda sesuaikan dengan ciri-ciri fizikal anda. Emas putih yang berwarna neutral sesuai dengan semua orang sama ada yang berkulit putih atau sebaliknya. Manakal bagi emas kuning pula, ia lebih tampak menarik dan cantik disarungkan kepada mereka yang berkulit cerah.
3. BINCANG DENGAN PASANGAN
Sarungkan di jari pasangan anda dan bincangkan tentang kesesuaian cincin tersebut di mata anda. Untuk gadis pula, luahkan pendapat anda. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak amat penting bagi mengelakkan salah faham dan tidak puas hati terjadi satu hari nanti. Jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk membeli cincin idaman hati. Sebaiknya, mintalah pendapat pasangan agar persetujuan kedua-dua belah pihak tercapai.
4. SESUAIKAN CINCIN DENGAN PEKERJAAN & AKTIVITI
Sesuaikan cincin dengan aktiviti atau pekerjaan anda. Jangan terlalu memilih yang hanya cantik di mata anda sahaja sehinggakan anda lupa tentang pekerjaan atau aktiviti harian yang anda lakukan. Sekiranya anda seorang chef, mustahil untuk anda memakai cincin bertatahkan batu berlian yang besar mewah. Jadi buatlah pilihan yang bijak!
5. BAJET
Tip paling penting yang harus dititikberatkan oleh pasangan di luar sana ialah bajet. Pada awal pemilihan cincin, jangan membuat pilihan untuk terus membelinya. Sebaliknya cuba bandingkan harga terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk melakukannya enam bulan lebih awal supaya anda lebih bersedia. Bincangkan dengan pasangan anda mengenai reka bentuk yang anda gemari dan tuliskan bajet yang anda tetapkan untuk membeli cincin. Jangan pula gara-gara ingin membeli cincin, membuatkan anda sampai tidak makan dan mengikat perut. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasakan kawan-kawan minta tolong time sesak. Manis mulutnya berjanji untuk membayar balik sehinggakan kita rasa kasihan. Tapi bila dah dapat duit, nak bayar agak liat.
Baca tulisan peguam ini, Nor Zabetha yang tolong drafkan surat yang boleh kita buat sendiri di rumah. Kalau peminjam tak bayar selepas tempoh tamat, kita boleh saman dia di mahkamah.
Ramaikan yang hadapi kes begini tapi kita tak tahu cara bagaimana nak tuntut semula duit kita! Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tukis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah : Pada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
NYATAKAN JUMLAH PINJAMAN: CONTOH: DENGAN INI SAYA *NAMA PEMBERI PINJAM WANG* SUDIN TELAH MEMBERIKAN PINJAMAN SEBANYAK RM**** KEPADA AJIS *NAMA PEMINJAM*.
Cara bayaran bagaimana? : Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
Masukkan terma pengingkaran : Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
MASUKKAN SYARAT BAHAWA SURAT MENYURAT UNTUK MENUNTUT DARI PEGUAM DAN DOKUMEN-DOKUMEN MAHKAMAH AKAN DIHANTAR KE ALAMAT PEMINJAM SEPERTI DALAM PERJANJIAN AKAN DIANGGAP SERAHAN YANG SEMPURNA. JADI TIDAK PERLU BAYAR KOS MENGIKLANKAN DI SURAT KHABAR. MASUKKAN TERMA PERJANJIAN TURUT MENGIKAT WARIS DALAM KES KEMATIAN.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang.
Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian. Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Oleh : Peguam Nor Zabetha
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!