
Salah satu perkara yang paling tinggi pada senarai tetamu untuk perkahwinan yang hebat adalah pada makanan dan minuman. Ia akan membuat anda menikmati makanan dan minuman di perkahwinan anda sendiri. Ramai pengantin menghabiskan banyak masa, usaha, dan wang pada kek perkahwinan. Jadi nampaknya agak pelik bahawa sesetengah pengantin lebih suka tidak mempunyai kek perkahwinan sama sekali!
Kek perkahwinan biasanya merupakan hiasan yang indah yang menarik perhatian dan pujian daripada para tetamu. Walau bagaimanapun, agak pelik jika sesetengah wanita tidak mahu kek perkahwinan. Mereka mencari sesuatu yang menarik, dan baru. Mereka mungkin mahu pencuci mulut dengan pembentangan yang lebih tinggi.
Perkahwinan anda adalah hari bahagia anda dan pasangan yang tidak akan dilupakan. Oleh itu, pilih pencuci mulut yang paling sesuai dengan gaya perkahwinan anda dan, tentu sahaja, menggembirakan anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terlalu ‘Demand’ Nak Pilih Pasangan Nanti Sampai Bila Tak Jumpa Jodoh

Sesetengah orang tidak kira lelaki ataupun perempuan, mereka terlalu mencari calon yang sempurna untuk dijadikan suami atau isteri. Namun, semuanya telah ditentukan oleh Allah.
Kita hanya merancang sahaja, tidak semestinya apa yang kita mahukan itu kita akan dapat. Jadi, kita perlu lebih berusaha dan sentiasa mendekatkan diri dengannya.
Tetapi, siapa sahaja yang ingin meneruskan kehidupan berseorangan tanpa sebuah keluarga? Meskipun sudah berusia namun masih belum berjumpa jodoh. Mungkin ini sebab anda masih tidak bertemu jodoh.
1. Terlalu memilih
Bila dah berkenalan dengan seseorang ada sahaja yang tidak kena dengannya. Dari segi penampilan, peribadi, dan sebagainya. Ada pula yang meletakkan pelbagai syarat menyebabkan hubungan tersebut tidak diteruskan.
2. Banyak komitmen
Setiap individu mempunyai berlainan komitmennya. Ada yang masih terikat dengan keluarga, pelajaran, pekerjaan dan diri sendiri. Komitmen juga boleh menyebabkan impian seseorang itu terhalang lebih-lebih lagi untuk menuju ke arah sebuah perkahwinan.
3. Sudah selesa hidup bersendirian / berdikari
Kebanyakkan mereka yang masih belum berumah tangga ini disebabkan mereka sudah biasa bersendirian. Malah, mereka sudah memiliki segala yang diidamkan. Ini menyebabkan mereka tiada inisiatif untuk mencari pasangan hidup.
4. Tidak didesak oleh ibu bapa
Sehingga sekarang masih ada yang tidak mendapat desakan dari kedua ibu bapa mereka untuk berkahwin. Mereka akan merasa senang kerana tiada siapa bertanyakan hal perkahwinan kepada mereka.
5. Masih mengejar kerjaya
Kerjaya yang diingini adalah salah satu impian dalam matlamat hidup. Mereka sudah meletakkan syarat kepada diri mereka untuk mengejar kerjaya yang mereka inginkan dahulu sebelum fikir soal jodoh.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persoalan Tentang Puasa Yang Sering Buat Kita Keliru & Tertanya-Tanya

Bila berbicara soal puasa ini, pastinya ada sahaja persoalan yang sering bermain di minda kita dan membuatkan kita tercari-cari jawapan yang tepat.
Kali ini, kami kongsikan beberapa soalan yang sering diajukan ketika berpuasa. Apa yang membuatkan kita risau adalah batal atau tidak ibadah puasa kita itu. Ini jawapannya!
1. Menelan air liur ketika berpuasa, adakah batal puasanya?
Menelan air liur yang berada di dalam rongga mulut adalah tidak membatalkan puasa, kerana ia termasuk perkara yang sukar untuk mengawalnya. Tetapi jika air liur tersebut diluahkan atau dikeluarkan daripada rongga mulut kemudian ditelan semula, maka batal puasanya.
Begitu juga hukumnya menelan kahak atau hingus yang telah diluahkan. Sekiranya dia menelan kembali, maka batal puasanya. Tetapi jika kahak itu hanya tersekat di kerongkong, kemudian ia telan atau kahak tersebut turun ke dalam perutnya dengan sendiri, maka tidak batal puasanya.
Tambahan: Sekiranya air liur tersebut telah bercampur dengan najis seperti darah gusi, dan dia tidak meluahkan atau membasuh mulutnya, kemudian dia menelannya, maka batal puasanya.
2. Adakah orang yang muntah ketika sedang berpuasa itu perlu menggantikan puasanya?
Sekiranya dia muntah dengan tidak sengaja, maka tidak batal puasanya dan dia tidak perlu menggantikan puasanya. Hal ini berdasarkan hadith. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ وَمَنِ اسْتَقَاءَ عَمْدًا فَلْيَقْضِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang muntah (dengan tidak sengaja) maka tidak wajib qadha’ puasa ke atasnya, dan barangsiapa yang muntah dengan sengaja, maka hendaklah dia menggantikan puasanya”. (HR. At-Tirmidzi)
3. Bolehkah mengorek hidung atau telinga ketika sedang berpuasa?
Harus mengorek hidung atau telinga kerana gatal, atau ingin membersihkannya. Para ulama’ dalam mazhab As-Syafie menghadkan harus mengorek hidung dan telinga tidak sampai pada had batin. Sekiranya mengorek hidung atau telinga dengan tanpa apa-apa tujuan atau keperluan, maka hukumnya adalah makruh.
Huraian: Had batin bagi hidung adalah melepasi tulang hidung. Manakala had bagi telinga ialah sampai kepada gegendang telinga.
4. Bagaimana pula hukum seseorang yang berpuasa tetapi tidur sepanjang hari di bulan Ramadan?
Tidur adalah perkara yang diharuskan oleh syarak melakukannya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Namun, perbuatan tersebut menjadi makruh apabila seseorang yang berpuasa itu tidur di sepanjang hari Ramadan, kerana dia telah mensia-siakan peluang untuk mempertingkatkan beribadah di bulan Ramadan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dan, kerana dia telah mensia-siakan peluang untuk mempertingkatkan beribadah di bulan Ramadan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Huraian: Perbuatan tersebut hukumnya boleh bertukar menjadi haram, sekiranya seseorang yang berpuasa tidur sepanjang hari Ramadan lalu dia meninggalkan kewajipan menunaikan solat fardhu subuh, zohor dan asar. Bulan Ramadan bukanlah bulan untuk tidur, bahkan tidur itu tidak membatalkan puasanya.
5. Ketika sedang bersahur, tiba-tiba azan Subuh berkumandang. Lalu dia menelan baki makanan atau minuman yang masih ada di dalam mulutnya. Adakah batal puasanya?
Ya. Batal puasanya, dan dia wajib Imsak sepanjang hari tersebut, iaitu dia hendaklah meneruskan puasanya seperti biasa walaupun ianya telah batal. Kemudian dia hendaklah menggantikan puasanya itu. Sama juga dengan orang yang sedang melakukan hubungan kelamin antara suami dan isteri, tiba-tiba azan subuh berkumandang. Jika pasangan suami dan isteri itu tidak mengakhiri hubungan tersebut, maka batallah puasanya.
Sumber: ezqurban
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Hartanah Ini Kongsi Cara Sempoi Menabung! Ini Rahsia Untuk Anda Beli Rumah Awal Lepas Kahwin

Setiap pasangan yang lepas berkahwin tentu sahaja ada impian untuk membeli rumah dengan lebih awal. Jika takde tabungan yang dibuat lebih awal ataupun anda dan pasangan tidak mempunyai simpanan, alamatnya harapan untuk membeli rumah awal masih lagi jauh.
Ketika merancang untuk berkahwin, kebiasaannya yang mewah-mewah selalu kita impikan padahal kita tak pernah membayangkan hidup selepas berkahwin itu. Hakikatnya bukan semudah yang kita fikirkan jika kita baharu sahaja selesai majlis kahwin kerana yang pasti majlis kahwin memerlukan sejumlah wang yang besar.
Lagipun bukan senang nak mulakan hidup dari zero untuk menjadi hero kepada pasangan kita. Masa itulah, segala keperluan diperlukan. Lagi-lagi buat pasangan yang memang merancang untuk membeli rumah terus selepas berkahwin. Pakar Hartanah, Azizul Azli Ahmad berkongsi panduan menabung yang menjimatkan yang boleh anda praktikkan sekali gus membantu anda dan pasangan membeli rumah awal selepas kahwin.
Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin
1. Kad kahwin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.
2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.
3. Baju kahwin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kahwin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vages dah pernah buat ini.
4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.
5. Hantaran sebaiknya benda yang tak ada lagi macam mesin basuh, peti sejuk dan tilam saiz king. Ambil gambar atau letak voucer saja. Minyak wangi, kasut, beg tangan semua dah ada dan biasa!
Semua orang nak kawin di atas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kahwin itu lebih berkat dan disayangi.
6. Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Kita bukan calon pilihanraya.
7. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal. Cari tarikh hujung minggu saja.
8. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin.
9. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan grand.
10. Cenderahati bagi Yassin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya. Janganlah hipster sangat dik!
11. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah. Pakai iphone belajar la di Youtube berlambak ada.
12. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali. Baru jadi lelaki seksi.
13. Jangan hadir pameran perkahwinan, nanti daripada nak kahwin sederhana jadi majlis kahwin macam kitalah anak raja ghurka.
Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya “Alah kahwin sekali ni saja, apa salahnya”
14. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.
15. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.
16. Jangan buat pinjaman peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.
17. Mak bapak mungkin tak setuju cadangan kita, tapi didiklah pasangan kita bagi faham tuntutan agama. Buat yang wajib saja.
18. Tak guna kahwin ‘grand giler’ tapi lepas kahwin menumpang rumah mertua. Mana ada ‘raja’ duduk rumah sewa deposit pun tak ada.
19. Buang rasa malu, kahwin sederhana itu sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.
20. Rancang duit hantaran sebagai deposit rumah, itu lebih bijak daripada habiskan sehari bayar khemah dan makan sahaja.
Benar, walau sekecil-kecil majlis pun memerlukan duit. Tapi jangan sesekali bebankan ibu dan bapa. Kalau rasa-rasa nak kahwin, kumpul duit jangan bebankan ibu bapa untuk keluarkan duit mereka melainkan mereka sendiri yang tawar hati untuk membantu…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI