Isteri adalah tulang belakang suami yang sentiasa memastikan keluarga berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Isteri juga adalah penguat buat suami untuk terus bekerja demi menyara keluarga.
Namun, itu tidak bermakna isteri anda adalah ketua di dalam rumah. Ada kalanya isteri perlu bertolak-ansur dan perlu memahami suami. Isteri tidak boleh terlalu mengikut kehendaknya jika suami tidak mampu. Ramai wanita yang tidak tahu disebabkan perkara kecil, anda boleh dianggap berdosa pada suami.
1. Mengharapkan keluarga yang terlalu ‘ideal’ dan sempurna
Siapa sahaja yang tidak mahu keluarga yang sempurna, pasti semua mahu. Tapi, anda perlu tahu batas dan kedudukan anda. Tidak semuanya perlu sempurna sepenuhnya.
2. Nusyuz (tidak taat pada suami)
Isteri kalau boleh elakkan perkara ini kerana kita tidak tahu dalam diam sebenarnya kita telah nusyuz dengan suami. Jadi, jaga lah tingkah laku anda.
3. Tidak menyukai keluarga suami
Jika sekalipun anda tidak suka kan keluarga sebelah sana, jangan lah terlalu menunjuk sehingga suami pun perasan. Kecil hatinya nanti.
4. Tidak menjaga penampilan
Sebagai seorang isteri syurga itu terletak di bawah telapak kaki suami. Jadi, menutup aurat itu adalah wajib. Jaga lah penampilan anda agar tidak memburukkan suami.
5. Mengingkari kebaikan suami
Jangan ingkar dengan kebaikan suami anda. Mungkin dia memang seorang yang begitu. Jadi, jangan mempertikainya.
6. Mengungkit-ungkit kebaikan
Jangan pernah mengungkit kebaikan anda kepadanya. Seperti pertolongan anda pada keluarga atau mengungkit kisah lalu anda berdua. Ia boleh menyebabkan timbulnya pergaduhan antara anda berdua.
7. Cemburu buta
Cemburu pun perlu bertempat. Jangan lah cemburu sehingga orang di sekeliling juga tidak senang dengan kita. Bincang dengan cara elok.
8. Tidak menjaga hati suami
Jangan lakukan perkara yang boleh mengguris hati suami anda. Anda perlu lah tahu batas dan pergaulan anda sebagai seorang isteri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI