Selepas akad nikah, maka akan bermulalah kehidupan baru anda sebagai suami dan isteri. Anda akan tahu semua benda tentang pasangan anda, begitu juga dengan si dia. Hakikatnya, ia tidak sama seperti zaman percintaan anda dan dia dahulu.
Kadang-kadang ada pasangan yang masih rasa susah nak sesuaikan diri dengan keadaan ini. Mungkin dengan 8 tips ini mampu untuk membantu anda untuk sesuaikan diri hidup dengan pasangan buat pertama kali.
1) Terima pasangan seadanya
Kalau sebelum kahwin dulu mesti banyak perangai buruk yang disembunyikan. Tapi sekarang bila dah kahwin, anda sendiri akan nampak kekurangan pasangan anda. Tak bolehlah nak harap dia jadi seorang yang sempurna.
2) Jangan bergaduh perkara yang remeh
Ads
Disebabkan hal kecil sampai kecoh satu rumah. Apa salahnya cakap elok-elok atau minta tolong. Kan mudah, jadi tak perlu besarkan perkara yang kecil tu.
3) Suarakan pendapat anda
Jika anda tak suka dengan tabiat si dia sampai betul-betul buat anda rasa marah, beritahu padanya. Ada benda yang tak boleh dibiarkan lama-lama kerana ia akan merosakkan hubungan anda.
4) Belajar untuk ucap ‘maaf’
Ads
Kalau anda ada buat salah sama ada sedar atau tidak, ringan-ringankan mulut dengan perkataan maaf. Tak salah pun, sebaliknya pasangan kita akan merasa tenang dengan ucapan itu. Mungkin dalam diam anda sendiri tak tahu yang anda telah melukakan hatinya.
5) Belajar jadi satu pasukan
Dalam kehidupan berumah tangga perlunya ada kerjasama antara anda berdua. Bila anda jadi satu pasukan, anda akan bekerjasa untuk memastikan matlamat perkahwinan tercapai.
6) Muhasabah diri
Ads
Kalau anda rasa pasangan anda suka menyakitkan hati anda, cuba muhasabah diri dan bertenang. Semak semula apa tabiat anda sebenarnya sampai ia boleh menyakitkan hati pasangan anda.
7) Luangkan waktu bersama
Setelah penat kerja seharian, apa kata ambil waktu dirumah itu untuk luangkan bersama pasangan. Ini adalah satu-satu cara untuk mengukuhkan hubungan anda dan mewujudkan suasana yang mengeratkan lagi hubungan anda.
8) Letak garis panduan
Kalau anda tinggal bersama keluarga atau mentua, letakkan garis panduan untuk memastikan anda masih boleh sesuaikan diri sebagai suami isteri tanpa pengaruh dari keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.
Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.
Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.
Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini
Membersihkan rahim selepas haid.
mengeluarkan angin dalam badan.
Memecahkan lemak-lemak diperut.
Mengurangkan masalah bau badan.
Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.
bagus Untuk Hindari Senggugut
Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.
Bahan-bahan:
Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )
Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )
Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya:
Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.
Nak Rawat Keputihan-Tambah sireh – 2 helai
Nak Merapatkan Miss V-Tambah manjakani – 1 biji
Bila Patut Minum?
SUMBER : Amyra Nabila Hasnol
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbadan gempal dengan berat badan melebihi 100 kilogram (kg), sedangkan saiz ketinggian 152 sentimeter (sm) dianggap tidak seimbang dari segi penampilan sehingga sebilangan individu kurang yakin dengan dirinya.
Dalam keadaan itu mereka malu untuk menunjukkan tubuh, apatah lagi berswafoto dan dikongsi dalam Facebook atau Instagram. Jika teringin berswafoto selalunya akan berdiri di belakang subjek lain.
Situasi sama dilalui pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Pulau Pinang, Zulaikha Zulkifli, 28, yang sebelum ini mempunyai berat badan 104 kg dengan ketinggian 152 sm rasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Bagaimanapun, beliau yang sentiasa berselera makan sehingga menjadi obes sehingga pergerakan sukar dan sudah memilih pakaian sesuai, kemudiannya mengubah persepsi negatif itu dengan menggunakan swafoto sebagai terapi, selain mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam untuk mendapatkan saiz badan ideal.
Dalam tempoh setahun dua bulan, beliau melihat banyak perubahan diri secara ketara dan semakin kerap merakam gambar menyerlah sisi tubuh.
“Sebelum ini, setiap kali bergambar saya menyorok ke belakang kerana malu keadaan tubuh gemuk sehingga 104 kg. Ada kalanya saya langsung tidak mahu mengambil gambar sehingga mempunyai keyakinan selepas mendapati diri semakin ringan selepas melihat cermin badan sudah makin mengecil,” katanya.
Gembira saksikan perubahan
Beliau juga berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan berat badan dan semakin hari dirinya semakin positif dengan melihat perkembangan tubuhnya.
“Ini memberi motivasi dan menjadikan aktiviti swafoto sebagai pembakar semangat mencabar diri mendapatkan bentuk badan idaman.
“Menatap gambar sendiri dan menyaksikan perubahan adalah sebahagian terapi yang menggembirakan setiap hari. Kegembiraan itu menghilangkan segala kerisauan.
“Niat bukan menunjuk-nunjuk sebaliknya, sekadar mendapat kekuatan menatap perubahan diri yang melihat apa sahaja perubahan,” katanya.
Zulaikha berkata, ada pihak mendakwa berswafoto tanda individu itu obses dengan diri, bagaimanapun, beliau tidak berfikiran begitu.
Kira-kira 20 tahun hidupnya sebagai individu gemuk dan ada yang mentertawakan menyebabkan rasa cukup menyeksakan.
Selama itu beliau yang graduan sarjana seorang pelajar Sarjana Pengurusan Hotel dan Pelancongan IMI Universiti Centre Switzerland tidak pernah mengambil pusing mengenai berat badannya.
Bimbang risiko penyakit
Malah, beliau mula merasa tidak selesa apabila berat berlebihan secara keterlaluan hingga menghantui diri bimbang berisiko mendapat penyakit berbahaya, selain enggan menyusahkan keluarga jika ditimpa masalah.
“Saya bertekad menurunkan berat badan sehingga 62 kg. Saya mula memikirkan untuk mencari kerja selepas tamat belajar. Ketika terfikir mahu menyertai tetapi berpendapat dengan penampilan tak sempurna sukar mendapat pekerjaan itu.
“Sejak itu saya mula berusaha menurunkan berat sehingga 70 kilogram dan terus berazam untuk turunkan lebih lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai kisahnya, beliau selalu tidak selesa, sakit kaki selain sukar memandu disebabkan keadaan perut besar dan terlalu rapat dengan stereng hingga menyukarkan pemanduan.
“Ada ketika saya menjadi malu memanggil pelayan untuk memesan makanan. Kulit menjadi kusam kesan pengambilan makanan tidak sihat, sebaliknya lebih gemar kepada pilihan makanan manis,” katanya.
Dulu ketika di sekolah beliau tidak aktif bersukan dan menyertai aktiviti riadah termasuk merentas desa dan perkhemahan.
“Sejak berusia lapan tahun saya sudah gemuk kerana sentiasa berselera menikmati sajian. Saya berharap individu yang bertubuh besar jangan salahkan faktor genetik jika berat badan berlebihan. Ini kerana faktor itu hanya menyumbang empat peratus untuk potensi gemuk.
“Gemuk berpunca dari anda sendiri, pemilihan sajian tidak seimbang dan kurang bersenam antara faktor utama,” katanya.
Zulaikha tidak pernah mengambil ubat atau makanan kesihatan tambahan kerana khuatir kesan sampingan.
“Cuma keluarga pernah hantar saya ke pusat kecantikan untuk sesi balut tubuh dan urutan, selain.
“Tetapi tidak berkesan dan tubuh tetap tidak langsing,” katanya.
Panduan kurus sihat
* Kuatkan disiplin untuk dapatkan berat badan ideal
* Yakin penurunan berat penting untuk kesihatan lebih baik hindari penyakit bahaya.
* Mulakan dengan diri, jangan menunggu rakan yang akhirnya usaha anda untuk mendapat berat badan sihat tidak tercapai.
* Lakukan rujukan mengenai amalan gaya hidup sihat dan pemilihan sajian seimbang.
* Perbanyak ilmu kaedah pemakanan sihat, maklumat membantu anda merancang menu sajian sesuai
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis merisik berlangsung sudah, kini tiba untuk majlis bertunang. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Pilihan untuk barang-barang untuk bertunang kebiasaannya lebih ringkas.
Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Antara barang hantaran yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...