Seorang anak perempuan juga mempunyai tanggungjawan yang besar selepas mereka bernikah. Bukan hanya menurut suami sahaja.
Ingat jika anda masih mempunyai ibu bapa maka mereka masih dalam tanggungjawab anda. Berikan apa yang anda mampu untuk membahagia mereka. Barulah rezeki masuk dan berkat!
1. Berbakti dan menghormati orang tua
Walaupun sudah berkahwin, anda tetap perlu menghormati ibu bapa anda.
2. Hulurkan bantuan kewangan
Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk memberi keselesaan kepada ibu bapa.
Ads
3. Menjaga nama baik ibu bapa
Jaga nama baik dan maruah keluarga agar nama baik mereka terpelihara.
4. Jalinkan silaturrahim dengan orang tua
Berkahwin tidak bermakna anda lupakan mereka. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa anda.
Ads
5. Ada komunikasi yang baik
Elak tinggikan suara pada mereka. Jaga adab ketika bercakap dengan mereka. Gunakan nada yang baik.
6. Jangan bebankan ibu bapa
Jangan sesekali susahkan orang tua anda. Ringankan beban mereka dengan membantu apa yang patut.
Ads
7. Layan mereka dengan mesra
Teruskan memberi layanan yang mesra dan istimewa kepada mereka.
8. Bersabar dengan kekurangan mereka
Mereka tetap manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Jangan cepat menghukum!
9. Sentiasa mendoakan mereka
Jangan lupa sentiasa doa kesejahteraan mereka setiap kali selepas solat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkara yang merunsingkan bakal pengantin terutamanya mereka yang kecil molek pastinya saat memilih potongan gaun kahwin. Bimbang sekiranya gaun kahwin yang akan disarungkan oleh mereka yang bertubuh kecil molek tidak nampak sempurna.
Anda mungkin teruja dengan model yang memakai gaun kahwin di majalah kerana semuanya tampil cantik dan mempesonakan. Realitinya, tidak semua orang memiliki bentuk tubuh tinggi dan langsing seperti model yang kelihatan sempurna saat memakai apa sahaja potongan baju kahwin.
Bagi yang bertubuh kecil molek, di sini ada empat panduan pilihan potongan baju kahwin yang boleh anda cedok agar baju yang bakal anda sarungkan nanti terletak kemas pada tubuh. Sebaiknya mereka yang bertubuh kecil memilih gaun dengan potongan A-Line, lurus ke bawah ataupun baju kahwin dengan bentuk trompet.
TIP 1: Garis detail vertikal akan menghasilkan sisi langsing dan tinggi dengan hiasan yang ringkas (gambar kiri). Bentuk badan dengan gaun tulle halus adalah potongan sempurna yang memberi siluet tubuh tinggi (gambar kanan).
TIP 2: Anda juga boleh memilih fabrik sutera yang jatuh untuk menampilkan kesan ramping bersama belahan dada bentuk V memanjang ke bawah seperti ini.
TIP 3: Bentuk A-Line begini akan mencipta kesan kaki panjang dan menutupi kekurangan pada bahagian pinggul. Pilih baju potongan kebaya dengan potongan tinggi pada bahagian kaki bagi menampakkan kesan kaki yang tinggi.
TIP 4: Gaun kahwin dengan potongan trompet bersama renda dan V-neckline seperti ini cantik untuk anda yang bertubuh kecil molek. Anda juga boleh memilih potongan baju kahwin yang ringkas warna putih memanjang tanpa banyak hiasan, kerana ia akan memberi fokus agar tubuh kelihatan langsing dan tinggi.
Sumber: brides.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal. Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.
Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.
Setiap lelaki dan wanita mempunyai perasaan cemburu ini. Bezanya cemburu anda itu normal atau tidak sahaja. Kami akan kongsikan dengan anda mengenai 7 tanda yang anda boleh lihat pada pasangan anda, jika si dia seorang yang jenis kuat cemburu.
1. Tidak benarkan anda berkawan dengan lelaki/perempuan lain.
Ciri yang biasa anda akan lihat ialah pasangan anda akan mengawal dan tentukan dengan siapa yang anda patut berkawan. Mereka akan lebih cemburu apabila anda berkawan dengan kawan berlainan jantina. Ini adalah bukti yang sangat jelas pasangan anda adalah seorang kaki cemburu.
2. Tahu semua ‘password’ akaun anda.
Jika pasangan anda itu meminta password akaun peribadi media sosial anda seperti akaun ‘facebook’, ‘instagram’ dan lain-lain lagi media sosial yang anda ada, anda kena lebih berhati-hati. Si dia mungkin tidak mempercayai anda dan menganggap anda mungkin mahu mempermainkan perasaannya dengan bermesej pada orang lain.
3. Cuba hack akaun media sosial.
Yang paling menakutkan adalah apabila mereka cuba ‘hack’ sendiri akaun anda. Disebabkan mereka tidak mahu anda tahu, mereka cuba godam password akaun media sosial anda sampai akaun media sosial dan email anda kena ‘blocked’.
4. Anda terpaksa jauhkan daripada kawan lain.
Oleh kerana pasangan anda adalah seorang yang jenis kuat cemburu, anda ambil keputusan untuk menjauhkan diri anda daripada kawan anda yang berlainan jantina. Bagi anda itu adalah kawan. Tetapi bagi mereka, itulah pesaing mereka.
5. Ingin tahu setiap gerak geri.
Pasangan yang cemburu ini akan meminta laporan daripada anda setiap masa. Anda berada di mana, dengan siapa dan sebagainya adalah antara persoalan-persoalan yang bakal dilontarkan kepada anda. Paling seksa adalah apabila si dia minta anda untuk ‘share location’, ambil gambar, mesej atau ‘call’ sepanjang masa bagi memastikan anda tidak bersama dengan lelaki/ perempuan lain.
6. Mereka cemburu dengan apa sahaja perkara.
Lebih malang jika sifat cemburu mereka menjadi-jadi apabila anda keluar dengan kawan sama jantina atau keluarga anda sendiri pun, anda tetap akan disalahkan kerana tidak memperdulikan si dia. Cemburu pun ada batasnya. Jika dengan keluarga sendiri pun hendak cemburu, memang sesuatu yang tidak patut dilakukan.
7. Pernah bergaduh besar akibat cemburu.
Tanda terakhir yang dapat kami senaraikan jika si dia seorang yang kuat cemburu ialah anda dengan si dia pernah bergaduh besar akibat isu cemburu. Mungkin asalnya suatu benda yang remeh temeh sahaja, tetapi akibat perasaan cemburu yang tidak terkawal, maka ia menjadi besar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...