queen control

Dari sudut positif anda akan mengatakan sifat queen control ini adalah berdasarkan sayang semata-mata. Namun jika dipandang dari sudut lain, ini memberikan impak negatif kepada hubungan suami isteri.

Kalau anda masih menafikan ada sikap ini, berikut merupakan tanda-tanda yang mengatakan sebenarnya anda memang jenis queen control!

Ada 7 Perangai Ini, Memang Sah Anda Jenis Isteri Queen Control!

Ada 7 Perangai Ini, Memang Sah Anda Jenis Isteri Queen Control!

1.Selalu kritik suami

Sebagai seorang suami, sudah semestinya keputusan yang dilakukan dalam urusan rumah tangga terletak pada tangan mereka dan dibantu oleh isteri. Tetapi tidak kalau isteri anda ‘kaki control’ kerana mereka akan seringkali mengkritik apa jua tindakan yang anda ambil. Semua benda tak kena dan semua benda akan mendapat komplain.

IKLAN

2.24 jam tanya ada di mana

Tidak menjadi masalah kalau isteri tanya tentang keberadaan suami tetapi kalau setiap saat mesti hantar Whatsapp ‘Abang dekat mana? Abang buat apa”, rimas juga dibuatnya. Selain itu, jika diberitahu pula akan dipersoalkan kenapa berada di tempat tersebut bersama siapa. 24 jam perlu ‘update’ pun penat juga.

3.Suka check telefon bimbit

Bila suami sudah tidur atau mandi dalam tempoh yang lama, inilah masanya untuk si isteri menyelinap curi-curi check telefon bimbit si suami. Tambah pula kalau suami tidak meletakkan sebarang kata kunci pada telefon, lagi mudah nak menyelinap bukan? Dikatakan tidak percaya dan curiga, isteri yang suka buat macam ini sebenarnya kuat ‘control’ suami!

IKLAN

4.Suka mengungkit

Dijadikan ‘senjata’ setiap kali bergaduh, si isteri akan mula mengungkit kisah lama atau kesalahan lama si suami. Apa yang dibuatnya tidak salah, manakala setiap perbuatan si suami adalah salah. Tak baik tau mengungkit-ungkit kisah silam ataupun segala kebaikan yang anda lakukan untuk si suami. Kalau suami mula mengungkit, mula nak tarik muka masam..

5.Tak boleh jumpa kawan-kawan

Sebenarnya, suami pun memerlukan ‘me time’ bersama kawan-kawan atau bersama keluarganya sendiri. Asyik melekat sepanjang masa pun boleh menimbulkan rasa bosan juga walaupun sayang tinggi menggunung. Jadi, kalau si isteri asyik tak bagi suami pergi main futsal dengan kawan-kawan dan suruh bersama anda je, memang kuat betul ‘control’ itu. Inilah yang mencetuskan rasa si suami nak cari penyondol tu, awas!

IKLAN

6.Kuat cemburu

Orang cakap cemburu itu tanda sayang bukan? Tapi kalau rasa cemburu tersebut terlampau mendalam sampai ke dasar laut pun tak boleh juga. Pantang si suami tegur atau disapa oleh perempuan, mesti akan bergaduh dan mengatakan suami nak cari wanita lain. Lama-kelamaan pun suami penat nak melayan sifat ‘queen control’ ini.

7.Selalu puji diri sendiri

Ini merupakan antara sifat yang perlu dielakkan. Memberi pujian kepada diri sendiri itu perlu tapi bukan dengan merendahkan orang lain pula. Kalau dengan suami, asyik yang dipuji segala tindakan diri sendiri sahaja tanpa mengkreditkan kepada suami pun susah juga. Apa yang suami lakukan semuanya biasa, si isteri sahaja hebat.

Haaa… bila dah baca tanda-tanda ini, adakah anda seorang ‘Queen Control’? Mungkin banyak kes yang melibatkan suami curang sekali gus menyebabkan ramai isteri jadi ‘insecure’.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI