Ada banyak cara untuk kita menambah rezeki dalam keluarga. Membina rumahtangga juga adalah salah satu rezeki yang Allah berikan kepada hambaNya. Sebab itu hubungan yang halal boleh ‘menarik’ lebih banyak rezeki.
Di sebalik itu, ada satu perkara yang boleh dilakukan pasangan suami isteri demi untuk mendapatkan rezeki yang lebih dari Allah. SEDEKAH. Apabila kita bersedekah sebenarnya kita melipatgandakan lagi rezeki yang ada. Tak percaya? Dengar apa kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ini…
Antara yang paling murah rezeki adalah Sheikh Tahir al-Baghdadi. Apa yang dipesannya unutk sentiasa murah rezeki ada tiga perkara iaitu:
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim lagi, di dalam hadis Nabi mengatakan barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada malam hari dijamin rezeki oleh Allah pada keesokkan harinya. Namun jika di antara ketiga-tiga amalan ini sukar dilakukan, jangan sesekali tinggalkan amalan bersedekah.
Pesan Ustaz Tuan Ibrahim, ada 3 perkara lagi yang sangat digalakkan untuk menambahkan rezeki iaitu:
Jadi pilihan di tangan anda. Jika mahu rezeki sentiasa mencurah-curah, boleh selitkan nasihat dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam rutin harian.
Sumber video: FB Tazkirah Ustaz dan Ustazah