Ada banyak cara untuk kita menambah rezeki dalam keluarga. Membina rumahtangga juga adalah salah satu rezeki yang Allah berikan kepada hambaNya. Sebab itu hubungan yang halal boleh ‘menarik’ lebih banyak rezeki.

 

Di sebalik itu, ada satu perkara yang boleh dilakukan pasangan suami isteri demi untuk mendapatkan rezeki yang lebih dari Allah. SEDEKAH. Apabila kita bersedekah sebenarnya kita melipatgandakan lagi rezeki yang ada. Tak percaya? Dengar apa kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ini…

 

Antara yang paling murah rezeki adalah Sheikh Tahir al-Baghdadi. Apa yang dipesannya unutk sentiasa murah rezeki ada tiga perkara iaitu:

IKLAN
  1. Jangan tinggal membaca surah al-Waqiah setiap malam
  2. Jangan tinggal solat sunat Dhuha
  3. Jangan tinggal amalan bersedekah

 

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim lagi, di dalam hadis Nabi mengatakan barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada malam hari dijamin rezeki oleh Allah pada keesokkan harinya. Namun jika di antara ketiga-tiga amalan ini sukar dilakukan, jangan sesekali tinggalkan amalan bersedekah.

IKLAN

 

Pesan Ustaz Tuan Ibrahim, ada 3 perkara lagi yang sangat digalakkan untuk menambahkan rezeki iaitu:

IKLAN
  • Jangan tinggal sedekah. Allah menyebut di dalam al-Quran, kamu tidak akan masuk di dalam golongan orang yang membuat kebaikan sehingga kamu memberi benda yang kamu sayang.
  • Jangan tinggal membaca al-Quran. Jika terlalu susah untuk baca al-Quran atau tidak pandai, cukuplah sekadar mendengar, sekurang-kurangnya dapat mengambil keberkatan. Jangan tinggal satu hari pun tanpa membaca atau mendengat al-Quran.
  • Jangan berllau satu hari pun tanpa menambahkan ilmu yang mendekatkan kita dengan Allah.

 

Jadi pilihan di tangan anda. Jika mahu rezeki sentiasa mencurah-curah, boleh selitkan nasihat dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam rutin harian.

 

Sumber video: FB Tazkirah Ustaz dan Ustazah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI