5 best places to experience fall in New York State (63)

Selepas berkahwin, pasangan suami isteri amatlah digalakkan tinggal di rumah sendiri agar dapat membina rumah tangga yang bahagia berdasarkan persefahaman mereka sendiri tanpa campurtangan dari pihak lain. Namun ada yang tinggal bersama ibu bapa selepas berkahwin. Adakah itu salah? Tidak sama sekali. Apa yang penting, suami isteri dan mentua haruslah bertoleransi terutamanya menantu yang baru saja menjadi sebahagian keluarga pasangannya.

Tidak dinafikan ada juga yang terkandas dek perselisihan faham dengan mentua. Pasangan pula tersepit di tengah-tengah, tidak tahu hendak memenangkan sesiapa. Akhirnya bila tewas, anak tiada pilihan kecuali menceraikan isterinya. Inilah yang tidak diinginkan.

Ada Sebab Kena Duduk Berasingan Dengan Mentua Selepas Berkahwin
.

Siapa yang bersalah dalam hal ini? Manfaatkanlah perkongsian di bawah.

HARI itu, ada klien kes cerai. Menantu perempuan bergaduh dengan mak mentua, si suami tak tahan lalu menceraikan isterinya. Nak ceraikan mak memang tak bolehlah kan? Tak pasal-pasal nanti dapat status anak derhaka pula. Tapi nak buang satu, maka isteri yang dibuang. Mereka sudah berkahwin selama 12 tahun, ada tiga anak. Sejak berkahwin, mereka memang tinggal bersama ibu bapa kepada si suami kerana dia merupakan anak tunggal.

Masa nak balik, si suami sempat berkata, “Kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mentua tetapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua benda nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal. Terfikir juga, memang betul apa yang dia katakan. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mentuanya kalau tinggal bersama. Tetapi kita selalu dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mentuanya mahupun ipar duai jika tinggal bersama.

Ada Sebab Kena Duduk Berasingan Dengan Mentua Selepas Berkahwin
.

IKLAN

Di manakah silapnya? Menantu kah? Mentua kah? Suami kah? Isteri kah? Lelaki kah? Atau perempuan kah?

Tetapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mentua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sangat? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai melipat kain? Tak pandai menjaga anak? Tak pandai menjaga isteri? Tak pandai mengemas rumah? Tak pandai itu, tak pandai ini? Tak ada satu pun menantu lelaki terlibat dalam hal ini. Cukuplah andai dia boleh bekerja dan menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul, sentiasa nak menantu itu ikut cara keluarga suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yang tidak sama. Hendak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dalam keluarganya?

Suami pula bila isteri mengadu, dimarahnya isteri dan dikatanya isteri yang tidak mahu bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur? Mulalah mengungkit.

IKLAN

“Dulu masa belum kahwin, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pula?!

Haa, siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak berkahwin dia juga berjanji tidak akan mengabaikan isteri walaupun tinggal bersama ibu bapanya.

Ada Sebab Kena Duduk Berasingan Dengan Mentua Selepas Berkahwin
.

Bila isteri berselisihan faham dengan mak, suami keluar rumah pergi melepak dengan kawan. Malas nak masuk campur dengan harapan kedua-dua pihak akan okey. Selepas itu kata serba salah, dua-dua pun sayang. Tak tahu nak pertahankan siapa. Huh!

Ada Sebab Kena Duduk Berasingan Dengan Mentua Selepas Berkahwin
.

IKLAN

Sebab itu digalakkan pasang yang sudah berkahwin tinggallah secara berasingan dari keluarganya. Bukan nak buang keluarga tetapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dengan kicap saja. Tak apa, asalkan hati tidak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat. Ziarahlah ibu bapa selalu. Mula-mula akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak dan ayah selepas berkahwin. Lama kelamaan kelaka akan okey, bergantung pada layanan kita pada mak dan ayah. Itu lebih baik dari mula-mula manis, tetapi lama-lama menjadi pahit.

Cuba selidik semula kenapa Hawa dicipta? Adalah untuk menemani sang Adam. Bukannya menemani orang lain, bukannya menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh dengan kasih sayang. Kenapa lelaki boleh berkahwin empat tetapi perempuan tidak boleh? Kerana mereka dicipta sebagai pemimpin yang mampu melindungi. Mereka sepatutnya berlaku adil. Tetapi perempuan tidak mampu melakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tidak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini, tiada perkara yang tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan menjadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kepada para lelaki, sila baca sejarah. Sekian.

Sumber: Farizal Radzali

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI