Ads

Akhirnya Bukan Yang Cantik Atau Tampan Tapi Yang Mampu Menghargai Akan Jadi Pilihan Kita

Ketika kita remaja, selalu yang kita lihat ialah fizikal dan penampilan, bahkan apa-apa yang terlihat cantik dari seseorang itu.

Tetapi ketika sudah dewasa, semakin meningkat usia, sudah mampu memikirkan kenyataan bukan hanya tentang suka dan cinta, disitulah seseorang akan sedar bahawa cinta dan suka saja tidak cukup.

Dan akhirnya kamu akan semakin sedar bahawa bukan yang cantik atau yang tampan yang menarik, tapi yang mampu menghargaimu dengan tulus dan mampu membuatmu selesa.

Ads

Yang Menawan di Hati Bukan Lagi yang Menarik Secara Fizikal, Tapi yang Mampu Berkomitmen dan Mampu Memahami

Jika dulu fizikal yang menjadi keutamaan, tapi semakin kamu dewasa pasti kamu tidak akan lagi mengutamakan semua itu.

Jika Benar Kamu Sudah Dewasa, Fikiranmu Bukan Hanya Tentang Cinta dan Suka, Tapi Bagaimana Untuk Bahagia

Jika memang benar fikiran sudah dewasa, maka pasti yang ada dalam fikiranmu bukan hanya tentang cinta dan suka, tapi bagaimana kiranya nanti kamu boleh bahagia dalam hidup bersama menuju yang lebih baik.

Ads

Jika sekarang kamu sudah berada dalam umur yang matang, pemikiran yang matang,anda mungkin  sudah tahu bagaimana kehidupan berumah tangga yang sebenarnya, maka disitulah kamu akan sedar bahawa yang bertanggung jawablah yang perlu diutamakan.

Ads

Bukan hanya itu, yang mampu bekerja keras, tidak malas, dan benar-benar memiliki visi misi, pasti yang sebegitulah yang dipilih untuk menjadi pasangan hidup.

Begitu Juga Dengan Lelaki, Bukan Lagi yang Cantik yang Akan Menjadi Tujuan Tapi yang Mampu Mengurusi Dirinya Dengan Baik dan Menghormati Yang Akan Dipilih.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

“Terima Kasih Kerana Sentiasa Ada Di Sisi,” – Jazmy Juma Luah...

Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...