Beberapa hari lalu, isteri yang juga pengurus kepada penyanyi Mark Adam memaklumkan bahawa suaminya itu telah disahkan positif COVID-19 dan sedang kuarantin di rumah.
Isteri Mark Adam yang dikenali sebagai Ezan atau nama sebenarnya Norazah Redzuan memaklumkan perkara itu menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Biarpun isterinya disahkan negatif tetapi dia meminta pengikut-pengikutnya mendoakan kesihatan mereka agar kembali sembuh seperti sediakala.
Tulisnya di ruangan kapsyen:-
“Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan setiap ujian Mu..Aku bersyukur kerana aku diberi peluang berdepan dengan masalah ini, dan aku yakin Engkau memilih aku kerana aku kuat dan mampu menghadapinya..”
Ezan juga dilihat sentiasa memberi kata-kata semangat buat suami kesayangannya itu agar kuat menempuh ujian serta tak mudah mengalah. Ezan berjanji akan sentiasa berada di sisi Mark untuk sama-sama ‘berjuang’ menempuh ujian tersebut.
Setiap hari berkonsepkan ‘room services’ Ezan akan menghantar makanan ke bilik suaminya dikuarantin. Dari makan tengah hari, minum petang sampailah ke makan malam. Memang nampak menyelerakan sungguh makanan-makanan tu semua!
Namun begitu, semalam, Ezan pula disahkan positif COVID-19. Allahu!
Menerusi posting terbaru di akaun Instagram milik Ezan, kapsyennya ditulis begini:-
Mark Adam tak ketinggalan memuat naik status di Instagram mendoakan isterinya agar segera sembuh. Dia juga berterima kasih kepada para pengikut yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat buat dirinya dan isteri.
Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan