Pasangan mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri. Ada orang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah dan ada yang sebaliknya. Sebagai manusia, jangan pernah berputus asa. Untuk mudah hamil, cubalah berusaha dari pelbagai sudut dan kemudian berserahlah kepada Allah.
Yang betul-betul mahukan zuriat, sanggup melaburkan duit untuk tujuan rawatan dan membeli produk-produk mudah hamil di pasaran. Banyak juga perkongsian ilmu serta doa-doa menjadi panduan untuk diusahakan. Salah satu doa dan amalan yang para isteri boleh amalkan adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahiyah ini.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:
Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
Ads
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.
Contoh :
“Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Sis dan suami cuba amalkan selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan putus asa.
Ads
Selain itu juga boleh amalkan cara ini:
Tiap kali lepas solat tak kira la solat fardhu atau sunat, bakal Ibu semua, sambil pegang perut awak, sebut tiga nama dari Asmaul Husna ni.
YA KHAALIQ = Yang Maha Pencipta
Ads
YA BAARI = Yang Maha Mengadakan Sesuatu yang TIADA
YA MUSAWWIR = Yang Maha Membentuk
Ulang 3 nama Allah ni.. Sebelum tidur pun boleh praktikkan. Sambil duduk rileks pun boleh. Suami nak bacakan pun boleh.
Apapun.. Ingat! ELAKKAN DARI STRESS. InsyaAllah. Lakukan secara konsisten 100 hari. Berminta mintalah dengan sabar dan penuh merendah diri pada Allah.
Allah Maha Mendengar, bila sampai waktunya pasti Allah Maha mengetahui segalanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Jika anda sudah berjumpa jodoh anda, maka kahwinilah nya. Namun, adakah betul niat anda ingin berkahwin dengan seseorang itu? atas dasar apa? atau ianya hanya sebagai melepaskan nafsu semata.
Banyak kes yang kita dengar hari ni bermacam-macam malah ada yang berkahwin hanya kerana ingin melepaskan nafsu mereka sahaja. Ia adalah salah sama sekali. Perkahwinan adalah perjanjian antara dua pasangan untuk membina keluarga yang diredhai Allah dalam menuju ke syurga.
Baik, ia sebenarnya begini ;
1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah
Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak.
Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa yang suami suka, isteri juga suka. Lama-lama nanti, bila semuanya dah kenal, nampak pula perbezaan.
Perbezaan ini bukan kekurangan, tapi sebuah peluang untuk kita jadikan diri kita pelengkap kepada pasangan kita.
Contohnya kita ada kekurangan dalam mengurus waktu, yakinlah pasangan kita adalah seorang yang sangat menjaga dan mengurus masa. Tapi dalam nak mengecilkan jurang perbezaan ini yang selalukan kita bertelagah. Waktu ini ujiannya besar.
Maka, hari-hari yang penuh ujian inilah waktu untuk kita merintih dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Mengadu, bercakap, minta dibantu dan minta dipandu untuk kita betul-betul sabar membina rumahtangga.
Kata Allah, “Perkahwinan itu adalah bukti antara bukti-bukti kebesaran Allah.”
Jadi Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah. Sebagai jalan untuk kita selalu hampir dan dekat dengan Dia.
2. Memperbanyakkan sumber pahala
Sebagai manusia kita lahir dengan sifat fitrah inginkan berpasangan. Iyalah, ada kawan mendengar keluhan dan cerita, ada teman ketawa dan bersama bahagia, ada pasangan untuk bermesra dan ada suami atau isteri untuk kita tunaikan tuntutan biologi kita.
Ternyata dengan perkahwinan, kita akan dapat penuhi semua itu berbanding jika kita bujang. Atau boleh saya katakan berbanding jika kita cuba untuk penuhi setiap fitrah kita itu tanpa berkahwinan.
Sungguh berpasangan yang sebelum nikah itu kan indah. Tapi banyak halangannya. Jika kita cuba juga lakukan berdosa pula.
Nak keluar jalan berdua itu dosa, makan bersama itu juga dosa, menonton wayang berdua pun berdosa. Semuanya terbatas itu dan ini. Lagi lah bersentuhan, mendekati zina. Tuhan murka.
Berbeza selepas kita berkahwin. Semuanya jadi halal. Nak bertemu di ceruk bumi mana pun boleh, nak berduaan lama mana pun terserah. Dan itu semua mendatangkan pahala.
Waktu bercinta sebelum nikah itu fikirkan hal-hal cinta ini berdosa, melihat sahaja sudah dosa dan bercakap berlebihan juga berdosa.
Tapi setelah bernikah fikirkan pasangan kita, itu pahala. Baru fikirkan sahaja. Melihat lebih lagi pahala. Bercakap dengan isteri juga pahala. Bersentuhan dan berpegangan tangan lebih daripada itu, selain dapat pahala kita dapat gugurkan dosa.
Begitulah perkahwinan memberikan cukup banyak jalan kita mengumpul pahala.
3. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam
Untuk point ini saya cukup ingat kata-kata guru saya;
“Mana mungkin kita dapat membina sebuah masyarakat Islam jika kita tak mampu menegakkan rumahtangga Islam dalam keluarga kita.”
Benar sungguhlah. Sebab harapan untuk membina masyarakat Islam bermula daripada keluarga kecil yang benar-benar Islam dulu. Daripada sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain, bergabung dan bersatu jadilah mereka ini sebuah masyarakat.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suaminya menjadi ketua keluarga yang menjadi pengurus kepada rumahtangga secara Islam. Isterinya pula pembantu merealisasikan impian terbentuknya kehidupan Islam dalam sebuah rumahtangga.
Bagaimana cara berpakaiannya, apa yang selalu dibicarakan dalam rumah, bagaimana jadual waktu sembahyang mereka sekeluarga.
Ingat, perkahwinan menjadi persoalan kepada keselamatan dan nasib masa depan umat Islam secara langsung.
****************
Iya kalian, perkahwinan itu luar biasa. Kita akan temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Cuma jalannya memang perlu penuh dengan sabar dan berserah.
Untuk yang masih menanti jodoh, kalau ada yang datang membawa niat yang baik, segerakan. Tak perlu banyak persoalan, nanti ini macam mana, itu macam mana. Makin dilambatkan, makin macam-macam yang timbul.
Tapi syaratnya kalian sudah kenal secara yang izinkan Islam. Contohnya dikenalkan oleh ibu bapa. Berkenalan terus dengan ibu bapa mereka demi melihat keikhlasan mereka untuk membina sebuah hubungan kekeluargaan.
Moga rumahtangga yang kita bina mendapat redha Allah. Dan menjadi jalan untuk kita ke syurga. Amin.
Kredit: Firdaus Mokhtar
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila pasangan kita merajuk, salah satu cara mudah adalah dengan beli hadiah tak pun kita akan bawa dia makan ke tempat-tempat yang mereka suka. Tapi apabila kita nak buat pasangan happy, beli makanan kegemaran sahaja belum tentu menjadi ya. Usaha tu kena lebih sikit supaya mereka tidaklah rasa kurang senang bersama anda.
Di bawah ini kami kongsikan tip untuk membahagiakan pasangan. Buatlah selalu dan istaqamah. Mereka gembira, anda pun pasti senang hati!
Buat si dia tersenyum
Bila anda rajin berkomunikasi dan sentiasa berkongsi cerita dengan pasangan, tentu anda tidak kekok untuk membuatkan mereka tersenyum. Cerita-cerita anda dan perbualan di antara anda dan pasangan pun sudah boleh membuatkan si dia tersenyum.
Janganlah terlalu ‘rigid’ ketika bersama pasangan. Jangan terlalu menjaga perbualan dan topik yang ingin dibicarakan kerana itu yang membuatkan masing-masing rasa kekok. Kadang-kadang, lawak ‘biasa-biasa’ pun boleh kongsi dengan pasangan.
Luangkan banyak waktu bersama
Masa berkualiti memang sukar di dapati kerana kita selalu pentingkan kuantiti masa yang diberikan. Sekiranya kita duduk bersama pasangan 24 jam sekalipun, tetapi kita sibuk dengan gajet, urusan kerja dan macam-macam hal lain sehingga kurang perhatian terhadap keluarga pun tak boleh juga.
Jadi, jika ada masa, gunakanlah sebaiknya untuk bersama keluarga. Yang penting adalah kualiti masa bersama, bukan kuantitinya.
Jadi pendengar yang baik
Setiap yang ada, gunakan sebaiknya untuk yang tersayang. Sekiranya mereka perlukan seseorang untuk mendengar keluahan atau sekurang-kurangnya mendengar mereka bercerita, jadilah pendengar setia.
Sesekali, tidak ada salahnya jika anda juga menyuarakan pendapat anda untuk membantu melegakan hati mereka.
Bawa bersiar
Sekalipun tidak membawa mereka untuk menikmati percutian, bersia-siar di dalam kota pun sudah memadai. Buat pasangan yang tidak bekerja dan hanya di rumah, mereka juga akan menghargai usaha anda untuk membawa mereka ke luar dari rumah. Ambil angin untuk segarkan minda dan nikmati keindahan sekeliling.
Beri hadiah
Kalau ada bajet, boleh juga belikan hadiah untuk si dia. Kalau tak ada, boleh skip je idea ni. Hadiah pun tak semestinya mahal dan berjenama. Cukup sekadarnya ya! Kalau anda boleh hadiahkan INI untuk pasangan, mesti mereka suka!
Menghormati pasangan
Jaga hati pasangan dan hormati mereka. Perasaan, emosi dan pendapat mereka perlulah dihargai. Janganlah terlalu mengikut ego kerana matlamat anda adalah untuk membahagiakan pasangan. Bertolak-ansur dalam setiap keputusan yang anda lakukan.
Beri pujian
Pujian tak perlu modal. Cukup hanya keikhlasan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...