Apakah Hukum Isteri Menyuruh Suami Untuk Buat Kerja Rumah? Ini Jawapan.
Kehidupan rumahtangga bukan hanya aku aku dan kau kau tapi kita iaitu bersama-sama dalam melakukan setiap perkara. Namun sering si isteri rasa bersalah, apakah hukumnya si isteri menyuruh suami untuk buat kerja rumah?
Soalan :
Berdosakah saya menyuruh suami membuat kerja-kerja rumah kerana saya dalam keadaan tidak sihat?
Jawapan :
Kehidupan rumah tangga adalah satu perkongsian hidup antara suami isteri. Oleh itu tidak salah dan tidak berdosa sekiranya isteri meminta bantuan suami untuk membuat kerja-kerja rumah dengan jujur tanpa niat hendak memperhambakan suami.
Sementara suami pula sekiranya isteri dalam keadaan tidak sihat wajiblah dia membantu isterinya itu. Sekiranya dia membiarkan isterinya melakukan kerja-kerja berat sehingga memudaratkan isteri, maka dia dianggap telah menganiya isteri.
Contohilah Rasulullah kerana baginda merupakan manusia yang paling baik melayani isteri.Dalam masa yang sama, isteri hendaklah meminta bantuan suami dengan menggunakan kata-kata yang lembut supaya suami tidak merasakan ia suatu arahan.
Tidak rasa dibebani, mereka melaksanakan setiap perkara itu dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada suami. Cukup dengan penghargaan, kasih sayang dan kesediaan suami untuk membantu apabila diperlukanDalam senario ini, suami sebagai ketua keluarga seharusnya memainkan peranan utama dalam mengatur segala urusan rumah tangga dan jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan isteri.
.
Mengikut hukum Islam, suami bertanggungjawab dalam menguruskan perkara di bawah:
• Menjaga anak
• Menyediakan makan minum dan tempat tinggal untuk isteri dan anak
• Mengurus segala urusan rumah tangga
• Mendidik anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna
• Menyelenggara hal ehwal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan menjahit.
Perkara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan kasih sayang sesebuah keluarga:
• Suami, isteri dan anak bergotong-royong melakukan kerja di rumah seperti mengemas rumah dan memasak
• Berkomunikasi dan meluahkan apa juga masalah dihadapi
• Tidak memendam rasa marah atau penat yang ditanggung
• Lakukan tugasan sebagai seorang suami dan isteri dengan ikhlas
• Didik anak untuk menjalankan tugas mereka sejak kecil
Gambar hiasan: Tangkap Pictures
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI