Sesibuk mana pun anda dan pasangan, pastikan anda berdua mempunyai waktu bersama untuk saling memahami antara satu sama lain. Tapi dalam sibuk-sibuk meraikan pasangan kesayangan tu, ada ke yang terfikir untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri yang mungkin telah lama diselaputi debu? Jika anda benar-benar sayang pasangan anda, haruslah pada diri sendiri terlebih dahulu.

Bertanyakan kepada diri anda kembali, adakah baik cara layanan yang anda berikan pada pasangan anda? Selain memberi kasih sayang, pernahkah anda cuba untuk memenuhi impiannya demi lihatnya tersenyum dan berapa kali anda memberi pujian pada pasangan dalam sehari?

Ungkapan tidak semestinya layanan yang baik kepada pasangan. Mungkin mereka mahu kan lebih lagi dari itu. Jadi, mari kita lihat antara tips untuk hangatkan kembali cinta anda kepada pasangan.

1. Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah

Nak Hubungan Bahagia Hingga Ke Jannah? Amalkan 5 Tips Dari Rasullulah Ini

Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Beli lah hadiah mengikut kemampuan anda sahaja.

Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )

 

2. Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji

IKLAN

Nak Hubungan Bahagia Hingga Ke Jannah? Amalkan 5 Tips Dari Rasullulah Ini

Semua orang suka bila dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta. Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.

 

3. Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan

Nak Hubungan Bahagia Hingga Ke Jannah? Amalkan 5 Tips Dari Rasullulah Ini

Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.

IKLAN

Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

4. Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan

Nak Hubungan Bahagia Hingga Ke Jannah? Amalkan 5 Tips Dari Rasullulah Ini

Kalau boleh luangkan lah masa dengan hanya anda berdua sahaja. Jika anda sudah mempunyai anak minta bantuan sesiapa untuk menjagakan anak anda seketika. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.

IKLAN

Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.

 

5. Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan

Nak Hubungan Bahagia Hingga Ke Jannah? Amalkan 5 Tips Dari Rasullulah Ini

Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.

Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)

 

Sumber : Wanista

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI