Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir.

Suami isteri yang sedang berkonflik sebenarnya bagus jadikan wirid dan doa Al Mathurat ni sebagai amalan pagi dan petang. Sebabnya baca penerangannya di bawah. Lepas dah tahu, mesti rasa sayang kalau nak tinggalkan walau satu doa.

Al Mathurat ini wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih.

Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri. Baik cara kita bertingkah laku, mahupun cara kita menyelesaikan satu-satu masalah.

Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.

Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu.

Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya. (boleh rujuk pada buku Al Mathurat)

Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari dari membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya. Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.

Ini Doa Akhir

“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du’at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku.

Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya.

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

IKLAN

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

* Masa baca ini niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa sebut namanya.

Rasulullah telah banyak mengajarkan doa kepada umatnya, salah satunya adalah doa Al Ma’tsurat, lalu apa sajakah keutamaan dan manfaat membaca Al Ma’tsurat? Selain itu Rosulullah juga menganjurkan kepada setiap umatnya untuk mengamalkan Al Ma’tsurat setiap pagi dan sore hari, karena memiliki banyak manfaat dan keutamaan bagi manusia itu sendiri.

Amalkanlah Bacaan Doa Al Ma’tsurat, Kurangkan Baran Di Hati

Inilah 7 Keutamaan dan Manfaat Membaca Al Ma’tsurat
Al ma’tsurat merupakan doa yang berasal dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad shahih. Ada berbagai manfaat dan keutamaan jika mengamalkannya setiap pagi dan sore hari. Lalu bagaimana hukum membaca Al Ma’tsurat dan apa sajakah keutamaan dan manfaatnya?

Berikut adalah keutamaan dan manfaat membaca doa al ma’tsurat:

1. Rumah terlindung dari gangguan syaitan

IKLAN

Berdasarkan hadits Nabi yang telah diriwayatkan oleh Thabrani menerangkan bahawa barang siapa yang membaca 10 ayat dari surat Al-Baqarah di dalam rumahnya maka syaitan tidak akan mampu masuk kedalam rumah tersebut hingga keesokan harinya. Kesepuluh ayat itu adalah empat ayat pertama surat Al-baqarah, satu ayat kursi, dua ayat setelah ayat kursi, dan ditutup dengan tiga ayat terakhir surat al-baqarah.

2. Dicukupi segala keperluan di dunia

Berdasarkan hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tarmidzi dijelaskan bahwa barang siapa yang membaca bacaan surat Al Ma’tsurat yaitu surat al-falaq dan an-nass dipagi dan petang hari sebanyak tiga kali maka Allah SWT akan mencukupkan segala kebutuhannya di dunia. Sehingga seseorang tidak akan merasa kekurangan selama hidup di dunia.

3. Disempurnakan nikmat

Berdasarkan hadits Nabi yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Saunni telah dijelaskan bahawa barang siapa yang membaca ‘Allahumma inniasbahtu minka fi nikmati’ sebanyak tiga kali saat pagi dan petang hari maka Allah SWT akan menyempurnakan nikmat atas dirinya, sehingga seseorang akan mendapat banyak limpahan kenikmatan baik itu dari segi rohani maupun jasmani.

4. Sebagai tanda syukur kepada Allah SWT

Berdasarkan hadits Nabi yang telah diriwayatkan oleh Abu Dawud telah diterangkan bahawa jika seorang muslim membaca ‘Allahumma ashbaha…’ pada sore hari maka sejatinya dia telah bersyukur untuk kehidupan malamnya.

IKLAN

5. Mendapat keredhaan dari Allah SWT

Berdasarkan hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Tarmidzi telah dijelaskan bahwa jika seorang muslim membaca ‘radhitubillahi rabba…’ di waktu petang hari dengan ikhlas maka Allah SWT akan memberikan keredhaan kepadanya atas semua pekerjaan yang dilakukannya. Inilah salah satu manfaat dan keutamaan dalam membaca doa Al Ma’tsurat.

6. Mendapat pahala lebih banyak

Berdasarkan hadits Nabi yang telah diriwayatkan oleh Muslim telah diterangkan bahawa Rasulullah menemui Juwariyah yang berada dalam mushollanya. Beliau bertanya kepadanya mengapa dia berlama-lama berada di dalam musholla, padahal jika Juwariyyah membaca ‘Subhanallahu wabihandihi…’ sebanyak tiga kali maka pahalanya lebih berat dari apa yang telah dilakukan Juwariyah yaitu berlama-lama berada dalam musholla.

7. Terhindar dari segala bahaya yang dapat mengancam

Berdasarkan hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Turmdzi telah diterangkan bahwa jika seorang muslim membaca ‘Bismillahilladzi laa yaadzurru…’ sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari maka Allah SWT akan menjaganya dari segala bahaya yang dapat datang kepadanya.

Alangkah beruntungnya bagi setiap muslim yang mampu mengamalkan doa al ma’tsurat yang berasal dari Rasulullah kerana doa ini memberikan banyak manfaat dan memiliki banyak keutamaan bagi seorang muslim. Demikian informasi berkenaan 7 keutamaan dan manfaat membaca Al Ma’tsurat yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian, semoga artikel ini dapat menjadi pendorong bagi setiap muslim untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wallahualam

 

sumber :buletindaily.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI