Suami menjadi orang penting bagi kehidupan isteri dan anak-anak. Persoalannya, adakah tanggungjawab suami hanya terbatas pada keluarganya sahaja atau bagaimana?
1 – Memberi Nafkah Dan Segala Keperluan Isteri
Isteri yang dinikahi itu secara tidak langsung menjadi tanggungan penuh oleh lelaki tersebut (suami). Oleh itu, perlu diambil berat mengenai nafkah zahir dan batin isteri, serta segala keperluannya termasuk asas pendidikan Islam mengikut kadar kemampuan suami.
2 – Menyara Segala Keperluan Nafkah Dan Pendidikan Anak-anak
Jika hasil perkahwinan itu dikurniakan anak-anak, maka lelaki itu bertanggungjawab pula menyediakan segala keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya dengan dibantu oleh suri hatinya.
3 – Tidak Mengabaikan Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Sama ada ibu bapanya sendiri atau ibu bapa mertuanya, lelaki yang sudah berkahwin masih perlu menunaikan tanggungjawabnya kepada kedua-dua belah pihak. Ini kerana apabila si lelaki sudah mengahwini isterinya, ibu bapa mertua adalah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.
Dalam hadis Sahih Bukhari,
Ads
“Telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw; ‘Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Rasul?’ Jawab Rasulullah, ‘Ibu kamu’. ‘Setelah itu?’ Tanya lelaki itu lagi. ‘Ibu kamu’ Jawab Baginda. ‘Setelah itu?’ Lelaki itu bertanya lagi dan jawab Baginda, ‘Ibu kamu’. Kali keempat lelaki itu bertanya lagi, ‘Selepas itu?’ Jawab Baginda, ‘Ayah kamu’.”
4 – Membantu Isteri Menguruskan Hal Rumahtangga
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh kaum lelaki dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ketua keluarga sekaligus pembantu kepada isteri dalam melakukan tugas harian di rumah.
“Aisyah pernah ditanya, ‘Apakah yang dilakukan oleh Nabi saw di rumahnya?’ Aisyah menjawab, ‘Baginda membantuku melaksanakan kerja-kerja di rumah’.”(Hadis Riwayat Bukhari)
5 – Mencari Sumber Rezeki Yang Halal
Jika tidak bekerja, bagaimana lelaki mahu menyara keluarganya nanti? Rezeki tidak akan datang bergolek, ia perlukan usaha dan tawakkal pada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Cari dan buatlah apa-apa jua pekerjaan sekalipun, asalkan ianya halal dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Ads
Ini kerana setiap sumber pencarian yang dibawa pulang itu akan menjadi ‘makanan’ kepada isteri dan anak-anak. Jika sumber rezeki itu diperoleh dengan cara yang batil, secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada rohani, fizikal mahupun mental mereka.
6 – Mendalami Ilmu Agama
Tanpa agama, seseorang itu ibarat layang-layang yang terputus talinya. Membawa dirinya tanpa hala tuju dengan mengikut tiupan angin. Begitu juga manusia jika tanpa agama, seakan tiada panduan atau matlamat jelas dalam hidupnya.
Ads
Oleh itu, setiap lelaki yang menjadi ketua keluarga sewajarnya perlu menitikberatkan hal ini dalam mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina. Masih belum terlambat untuk mendalami ilmu agama jika kita banyak tidak tahu mengenainya.
7 – Menghubungkan Silaturrahim Dengan Masyarakat Sekitar
Walaupun sudah berumahtangga, usah menjadikan alasan tidak dapat bergaul atau beramah mesra dengan masyarakat di sekitar. Contoh mudah, boleh jadikan apa jua majlis keraian seperti majlis perkahwinan, gotong-royong, solat berjemaah di surau atau masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk sekitar.
Siapa tahu, suatu hari nanti anda sakit atau sangat memerlukan bantuan. Sudah pasti jiran terdekat atau komuniti sekitar menjadi tempat untuk anda meminta pertolongan.
Mudah-mudahan, perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutama buat kaum Adam yang sudah pun bergelar suami, atau kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Apapun, ambil dan contohilah teladan Rasulullah saw dalam mengemudi rumahtangga yang dibina bersama serikandi-serikandi Baginda Nabi saw hingga akhir hayatnya. Wallahua’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
#1 Isi Borang Kebenaran Berkahwin Secara Atas Talian: Layari [www.sppim.gov.my] dan klik menu “Benar Nikah Online” pada bahagian kanan laman sesawang tersebut.
#2 Daftar Sebagai Pendaftar Baharu: Daftar sebagai pemohon baru sebelum memohon. Langkah ini hanya perlu dilakukan seorang sama ada bakal pengantin lelaki atau perempuan. Permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah dan hendaklah dibuat jika:-
Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Salah seorang pasangan dari negeri yang menggunakan SPPIM;
Kedua-dua bakal mempelai dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi mahu buat akad nikah di negeri SPPIM.
#3 Hantar Borang: Pastikan borang online dah dicetak dan ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop untuk mengesahkan borang kebenaran nikah tu. Jangan lupa bawa sekali beberapa dokumen penting lain ke Pejabat Agama berserta borang online yang dah dicetak dan disahkan tadi. Perlu bayar RM15 seorang dan RM30 jika keduanya berasal dari negeri yang sama.
#4 Borang Kebenaran Untuk Bakal Pengantin Perempuan: Lepas seminggu, pihak lelaki boleh tuntut borang kebenaran tersebut dan beri pula pada pihak perempuan untuk isi (ini untuk pihak perempuan yang dari lain daerah). Kalau berasal dari daerah yang sama, boleh hantar terus kepada imam masjid kariah untuk pengesahan majlis akad nikah.
#5 Pasangan Berbeza Daerah: Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain, pihak perempuan perlu bawa borang lelaki yang dah disahkan ke Pejabat Agama daerahnya dalam tempoh sebulan sebelum nikah.
Lepas seminggu boleh tuntut semula borang kebenaran nikah tu dan beri pada imam masjid kariah untuk akad nikah.
#6 Akad Nikah: Selepas selesai nikah, kadi atau imam akan beri surat perakuan nikah sementara. Pasangan WAJIB SEMAK kembali nama dan segala maklumat peribadi yang tertulis dalam surat perakuan nikah sementara tu sebab maklumat ni akan digunakan untuk buat sijil nikah nanti. BUAT sijil nikah di Pejabat Agama di daerah PEREMPUAN okay?
#7 Mohon Sijil Nikah: Bawa surat nikah sementara(asal dan fotostat), IC suami isteri dan IC wali. Lepas sebulan boleh tuntut.
#8 Mohon Kad Nikah: Bila dah dapat sijil boleh terus buat kad. Kena bayar RM40 untuk yuran proses kad nikah tersebut untuk dua orang (suami isteri). Sebelum pergi boleh semak dokumen apa yang perlu dibawa bersama semasa mohon kad nikah berkenaan.
Buat masa ni permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian cuma ditawarkan untuk pasangan yang berada di negeri SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Bagi negeri yang lainnya perlu ke Pejabat Agama Daerah terdekat untuk buat permohonan kebenaran berkahwin secara manual.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat bakal pengantin yang bakal berkahwin seminggu atau dua minggu lagi tentunya banyak persediaan diri yang sudah sempurna. Ingat jangan buat saat akhir, kelam kabut nanti. Silap langkah bakal pengantin demam pula menjelang hari kahwin akibat banyak memikir.
Sebagai panduan kepada bakal pengantin perempuan baca perkongsian oleh Dian tentang pengalaman fitting baju pengantin. Cuba tip yang Dian sediakan untuk mudahkan proses memilih baju pengantin nanti.
Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
Pakai corset. Korset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tip ni penting hanya bila anda ingin pakai korset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak.
Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tip ni pun memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju di hadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust labuh kain anda.
Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak.
Inilah ketujuh-tujuh tip fitting baju pengantin yang saya dapatkan kongsikan. Tip ini InsyaAllah berguna untuk anda yang nak sewa baju. Ok. Saya doakan kita dipermudahkan,dipercepatkan, rezeki dunia dan akhirat. Aamin, InsyaAllah.
Sumber:http://diankamals.blogspot.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunga tangan telah menjadi benda wajib ada dalam setiap pernikahan. Bakal pengantin perempuan perlu memegang bunga tangan ini untuk menghilangkan rasa gugup mereka.
Namun, pemilihan bunga tangan juga sangat penting kerana anda perlu melihat dari segi size dan warnanya. Jika anda masih tiada idea dan masih mencari, di sini kami akan kongsikan kepada anda antara bunga tangan yang meletop!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...