Sampai jodohnya, pendakwah dan juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri dengan sekali lafaz pagi pada Sabtu.
Farhatul Fairuzah Kahwin Dengan Pilihan Hatinya
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan yang berlangsung di sebuah ruang acara.
Farhatul sempat berkongsi berita perkahwinannnya menerusi Insta Story dan siaran langsung akad nikah di TikTok.
Majlis terdahulu dimulakan dengan pertunangan kemudian ijab kabul. Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan dengan mas kahwin sebanyak satu dinar emas.
Ads
Berita berkenaan turut dikongsikan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya yang mendoakan kebahagiaan pasangan mempelai.
“Alhamdulillah. Tahniah buat @farhatulfairuzah dan suami, Ilham Amri. Semoga dikurniakan samara dalam mencipta cinta syurgawi,” tulisnya.
Ads
Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah dan titipan doa buat pasangan pengantin baharu itu.
Cemerlang Dalam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Pasangan pilihan Farhatul, Ilham merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.
Ads
Sekadar info, Farhatul yang baharu sahaja menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menggenggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah terdahulu muncul sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017).
Beliau juga menerima tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Sedar tak sedar dah 12 tahun penyanyi dan pelakon wanita terkenal era 90an, Arni Nazira menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada tahun 2009.
Wajah terkini Arni Nazira. Kekal cantik dan ayu dalam usia 40an!Arni Nazira yang suatu ketika dulu terkenal dengan lagu Cinta Antara Benua.
Arni Nazira kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan sukses. Mereka dikurniakan tiga cahayamata iaitu Wan Muhammad Mua’dz (11), Wan Ayesha Maserra (9) dan Wan Muhammad Mushrief (6).
Keluarga bahagia Arni Nazira bersama suami dan anak-anak tersayang.
Terdahulu, Arni Nazira pernah berkahwin dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie pada tahun 1998 namun perkahwinan itu berakhir pada Oktober 2006. Mereka dikurniakan dua cahayamata iaitu Putri Aleeya Antasha yang kini berusia 21 tahun, dan Putri Aleefa Antasha berusia 19 tahun.
Arni bersama 2 anak daranya, Putri Aleeya Antasha (kanan) dan Putri Aleefa Antasha (kiri). Cantiknya! Saling tak tumpah macam Arni.
“Saya sekarang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa menguruskan keluarga dan hal-hal rumahtangga. Semuanya saya lakukan sendiri dan tak pernah ada pembantu rumah. Sejujurnya tawaran berlakon masih ada tetapi saya menolaknya dengan cara baik.
Alhamdulillah saya sangat bahagia dan selesa dengan kehidupan sekarang, apatah lagi suami memang suka saya tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap keluarga. Dulu ada juga perancangan untuk berbisnes namun tertangguh kerana tanggungjawab terhadap keluarga lebih utama.”
12 tahun melayari bahtera rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Sebagai isteri kena banyak bersabar, bertolak ansur dan sentiasa berbincang. Saya dan suami suka berkongsi apa jua perkara termasuk masalah. Tak sembunyi apa-apa kalau ada tak puas hati. Masing-masing kena jujur demi kebaikan bersama. Alhamdulillah rezeki saya dikurniakan seorang suami yang boleh give and take, memahami, bertanggungjawab dan sehati sejiwa.
Kalau nak tahu me-time saya hanya dengan suami. Kalau ke mana-mana pun selalu berdua atau berlima dengan anak-anak. Keluarga adalah ‘harta’ dan segala-galanya buat saya. Setiap wanita ada cara me-time masing-masing. Namun bagi saya keluarga adalah terapi. Kalau sedih atau stres saya tetap perlukan suami di sisi.
Sebagai isteri dan ibu saya sentiasa ingin menjadi yang terbaik di mata suami serta anak-anak. Begitu juga hubungan saya dengan anak-anak bekas suami iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, kami selalu berhubung. Kalau tak berjumpa kami akan berhubung melalui Whatsapp atau video call setiap hari.
Saya mendoakan agar mereka menjadi anak-anak yang soleh serta solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan kehidupan yang sebenar. Seterusnya menjadi insan yang berilmu. InshaAllah.”
AWET MUDA
Beruntungnya Arni Nazira, dalam usia 42 tahun pun kecantikan dan keayuannya tidak pernah pudar. Saat ditanya apa rahsia ‘awet mudanya’ Arni Nazira tidak lokek untuk berkongsi amalannya selama ini.
“Kita wanita ni bila dah cecah usia 40 tahun dan ke atas kena beringat, jaga badan elok-elok luar dan dalam. Kerana pada usia ini badan akan mula mudah jatuh sakit. Tahap kesihatan kita dah tak sama seperti muda-muda dulu. Jadi amalkan gaya hidup sihat termasuk jaga pemakanan.
Atas nasihat ibu dan nenek saya amalkan jamu, minum air kosong secukupnya dan ulam-ulaman sejak usia muda. Alhamdulillah berkat konsisten dengan amalan itu ia telah menjadi salah satu asbab untuk kelihatan awet muda dalam usia sekarang. Paling penting kesihatan dalaman turut terjaga.
Satu lagi amalan ialah disiplin ketika berpantang. Dulu setiap kali bersalin ibu akan jaga saya sepanjang berpantang. Ibu seorang yang sangat menitikberatkan amalan berpantang. Kalau ikut cara berpantang dulu-dulu memang sangat ketat. Contohnya, cara berjalan dan makan ada pantangnya. Makanan sejuk-sejuk tak boleh ketika dalam pantang. Amalan bertungku dan ‘menyalai’ juga penting untuk kecutkan peranakan.
Arni Nazira Anuar, anak kelahiran Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Setelah bergelar penyanyi, lagu nyanyian Arni Nazira berjudul ‘Cinta Antara Benua’ mula menjadi siulan sekitar tahun 1997. Manakala filem lakonan Arni Nazira ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: Instagram @arninazira
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
MarriottxWAF2019 ialah sebuah a gabungan seni, gaya dan inspirasi yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur sebuah pusat membeli-belah pertama untuk peruncit artisanal dan kreatif.
Pertunjukan palingdinanti-nantikan ialah persembahan Fesyen Rangkaian Bridal yang menakjubkan yang memaparkan musim-musim terbaru dalam pakaian pengantin. Pertunjukan GALA Koleksi Perkahwinan Musim Bunga 2020 Galia Lahav yang disampaikan oleh jenama The Proposal, Singapura, dan gaun perkahwinan oleh Lusan Mandongus dan Estee ‘Couture Bridal yang disampaikan oleh rangkian pereka pakaian Pengantin Kuala Lumpur. Juga beralih kepala adalah label pakaian lelaki Sacoor Brothers ‘siap untuk memakai koleksi dan Koleksi pakaian pengantin Bells Wedding, yang berdua mengagumkan.
Turut memaparkan 60 vendor terkemuka, termasuk beberapa nama yang paling menarik dan dicari di rantau ini, MarriottxWAF2019 pasti memenuhi janjinya. Perancang dan penghias perkahwinan turut ditempatkan di seluruh ruang seni yang dirancang.
Antara kemunculan lain termasuk pameran seni jurugambar tempatan seperti Funkydali Photography, MunKeat Photography, Keda.Z Kumpulan Amazing; vendor yang mengkhusus dalam alat tulis, kek, juga pameran fotografer perkahwinan terkemuka Asia, Terralogical dari Indonesia, Metrophoto dari Filipina, dan Brian Ho dari thegaleria yang berpangkalan di Singapura.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Replika Cek Perkahwinan atau Mock-up Cheque banyak digunakan zaman sekarang ini sebagai hantaran perkahwinan. Ianya bukanlah Cek sebenar tetapi ia dicetak dengan mengikut spesifikasi cek yang sebenar. Tujuan Mock-Up Cheque dicetak sebagai hantaran ialah sebagai langkah keselamatan kepada kedua pihak keluarga pengantin.
Cek yang sebenar memiliki nilai yang dikeluarkan oleh yang empunya cek atau telahpun di bank-in kan kepada penerima cek lebih awal dari tarikh majlis pernikahan atau perkahwinan. Mock-up cheque ini hanyalah sebagai bukti bahawa wang hantaran telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. Ramai pasangan yang menggunakan replika mock-up cheque ini sebagai hantaran kerana ia lebih menarik dan unik.
Walaupun wang hantaran yang diserahkan adalah dalam bentuk tunai tetapi sebagai langkah keselamatan wang hantaran dalam bentuk tunai seeloknya tidak diserahkan semasa majlis berlangsung. Ini bakal mengundang kepada risiko kehilangan atau kecurian semasa sibuk mengendalikan majlis.
Foto : IG Replika cek viral
Foto : IG Replika cek viral
Semestinya replika mock-up cheque seperti telah menjadi pilihan pada pasangan yang ingin berkahwin kerana mengikuti peredaran zaman dan trend terkini.
Foto : IG acrylic.my
Foto : IG acrylic.my
Harga mock-up cheque ini pula bergantung kepada corak dan bahan yang anda pilih. Ia sangat berpatutan kepada bakal pengantin di luar sana.
Foto : IG dz_dlaila
Sumber : rekaprintblog
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...