Tak semua orang sanggup lakukannya demi cinta, namun lain pula bagi jejaka ini. Demi mengejar cinta hati, seorang lelaki sanggup memandu sejauh lebih 32 ribu kilometer dari Malaysia ke Jerman.
Cinta jarak jauh bukan penghalang bagi seorang pemuda yang sanggup memandu kereta sejauh 25,000 kilometer untuk mengahwini gadis idamannya itu. Menerusi akaun Facebook hayashi86.com, lelaki yang dikenali dengan nama Hadri kini dalam misi untuk memandu ke Jerman demi bertemu cinta hatinya yang dikenali menerusi Internet.
Ads
Jejaka ini yang sudah melamar gadis berkenaan meenggunakan idea untuk memandu ke Eropah pada tahun lalu dan sejak dari itu beliau mula mencari tajaan. Bermula dari 19 Ogos 2019, dia diterbangkan di Putrajaya oleh Kementerian Pelancongan dan akan mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk sampai ke Jerman.
Beliau yang memandu kereta jenis Toyota AE86 juga telah mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pelancongan bagi memudahkan urusan visa dan perjalanannya ke negara Jerman.
Ads
Baginya, Hadri adalah inspirasi kepada kita semua kerana dia percaya pada apa yang dia lakukan dan mencapai yang mustahil. Pemanduan tidak akan mudah, akan ada halangan tetapi kami percaya Hadri akan menakluk semuanya dan menikmati pengalaman hidup baru bertemu dengan orang-orang baru dan pelbagai bangsa.
Selepas 17 tahun hidup solo, pelakon dan pengacara, Raja Azura kongsi video kahwin dengan seseorang memakai busana warna ungu gelap.
Sejauh mana berita ini benar atau sekadar gurauan, masih menjadi tanya orang ramai. Raja Azura yang berusia 51 tahun, masih tidak sahkan butiran video yang dikongsi, cuma kapsyen yang ditulis mengundang kepada majlis perkahwinan.
Malahan Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat tidak membalas komen rakan artis dan netizen pada video tersebut.
Namun, identiti jejaka yang ada di sebelahnya dan butiran majlis perkahwinan tidak didedahkan.
“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.
Hantaran dimuat naik ibu kepada tiga cahaya mata itu, malam tadi mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan perkahwinan keduanya bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Sekadar info, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001, namun bercerai pada 28 September 2010.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22, Megat Luqman Hakim, 21, dan Puteri Mia Maizura, 19.
Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.
Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.
Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.
Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.
Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.
Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.
Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.
“SETIAP KALI BERI MAKAN PADA KUCING, SUAMI AKAN CAKAP DENGAN KUCING MINTA DOAKAN SUPAYA KAMI JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT. MEMANG ITULAH SATU-SATUNYA PERKARA DIA AKAN KATA PADA KUCING”
Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti. Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.
Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.
Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.
Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.
Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.
Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.
Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri.
Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.
Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.
Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?
Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah.
Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Sumber: mStar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya pelawak, Achey mempunyai isteri yang sanggup susah senang dengannya. Tak semua mampu bertahan tetapi memang ada. Yang dapat pasangan begitu, setialah!
Menerusi Dol’s Podcast mendedahkan Anne pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah syarikat bank terkemuka selama tiga bulan sewaktu dirinya menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.
Dalam audio siar dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Mamat Sepah itu, Achey memaklumkan isterinya tidak menggunakan sesen pun daripada gaji dan berkorban menyerahkan kesemua untuk kegunaannya.
“Apa yang dia (isteri aku) dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini.
“Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.
“Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.
“Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” katanya dalam sebak.
Kata Achey lagi, susulan pengorbanan isteri kesayangan itulah membuatkan beliau tidak kisah jika ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne.
“Dan kalau orang nak cakap aku sekarang ini ‘menunggang’ isteri, aku akan cakap, ‘Ya aku menunggang’ sebab aku saja yang ada keistimewaan itu.
“Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Dan sebab apa aku ‘menunggang’ isteri aku sebab nama dia perlu diuar-uarkan supaya orang tahu dia.
“Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia,” kongsinya.
Pengorbanan Anne buat Achey menyentuh hati ramai. Kebanyakan warga maya meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar pasangan itu dikurniakan kebahagian berpanjangan.
Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...