sumber internet

Sekarang ni bukan senang nak hidup dan suami isteri perlu cari rezeki kalau nak hidup senang. Tak kisah la kerja sendiri atau kerja dengan orang, janji duit ‘masyuk’.
Namun, bagi wanita terutamanya, walaupun gaji suami besar, ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit tanpa mengharapkan duit lelaki.

Ini antara sebab munasabah kenapa wanita lebih suka guna duit sendiri dari minta dengan suami!

Tak suka bebankan suami

Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh simpan. Duit sendiri boleh dibelanjakan tanpa segan dan rasa bersalah.

IKLAN

Nak elak berlaku kes ungkit

Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.

IKLAN

Puaskan hati keluarga sendiri

Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?

IKLAN

Sayang suami lebih

Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau wanita cari pendapatan sendiri.

Wanita nafsu mereka hanya untuk shopping

Sekarang ni duduk rumah pun boleh ada nafsu nak bershopping. Maklumlah, dunia di hujung jari je. Memang susah nak mengelak dan nak kawal nafsu. Kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI